Selepas mencipta sejarah sebagai atlet berbangsa India pertama bergelar juara dunia di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) .
Pesilat negara, Thamaraj Vasudevan kini dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa pada 2 Januari ini.
Thamaraj Vasudevan Dinaikkan Pangkat Sarjan
Menurut Setiausaha Persatuan Silat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Noorsyahiddawati Abdullah Sani, ia sebagai penghargaan buat atlet berusia 28 tahun yang telah berkhidmat dalam Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Sibu, Sarawak itu susulan kejayaannya meraih pingat emas kategori bebas putra di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20, Ahad lalu.
5 fakta mengenai Thamaraj Vasudevan
Kejuaraan Dunia Pencak Silat: Thamaraj Vasudevan telah mencatat sejarah sebagai lelaki India Malaysia pertama yang memenangi pingat emas dalam Kejuaraan Dunia Pencak Silat yang diadakan di Abu Dhabi. Kejayaan ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepada dirinya tetapi juga kepada negara Malaysia
Perpindahan dari Taekwondo ke Silat: Asalnya seorang pesilat Taekwondo, Thamaraj mula melibatkan diri dalam silat pada tahun 2017 setelah disarankan oleh jurulatih dan rakan-rakannya ketika berkhidmat dalam angkatan tentera. Keputusan untuk beralih ke silat membawa cabaran baru bagi beliau kerana perlu mempelajari teknik dan peraturan baru dalam masa yang singkat
Pencapaian di Abu Dhabi: Selain memenangi pingat emas, kejayaan Thamaraj turut menyumbang kepada kejayaan keseluruhan pasukan Malaysia yang membawa pulang enam pingat emas, sembilan perak, dan empat gangsa dari kejuaraan tersebut. Prestasi ini menandakan Malaysia sebagai salah satu kuasa utama dalam sukan Pencak Silat di peringkat global
Promosi dalam Kerjaya Tentera: Berikutan kejayaannya, Thamaraj telah dinaikkan pangkat dari Koperal ke Sarjan dalam Kor Polis Tentera Diraja. Promosi ini adalah pengiktirafan bagi sumbangannya dalam sukan silat dan juga sebagai wakil negara dalam peringkat dunia
Aspirasi Masa Depan: Setelah kejayaan di Abu Dhabi, Thamaraj kini memasang impian untuk melanjutkan koleksi pingatnya dengan menyasarkan kejuaraan lain seperti Kejuaaran Asia dan Sukan SEA. Beliau berazam untuk terus meningkatkan kemahiran dan membawa lebih banyak kejayaan untuk Malaysia
Ahmad Fauzan Hadi yang meraih pingat emas di acara silat kreatif tunggal putra (Kredit: FMT)
Dalam pada itu, turut diberikan kenaikan pangkat Sarjan seorang lagi pesilat yang meraih pingat emas acara silat kreatif tunggal putra Ahmad Fauzan Hadi.
Ads
Selain itu, Noorsyahiddawati juga meluahkan rasa teruja melihat pencapaian Thamaraj yang beralih daripada sukan taekwondo kepada seni silat hingga membuahkan hasil dengan bergelar juara dunia.
Kredit: Bernama
Katanya, atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu telah menunjukkan minatnya dalam sukan silat dan pihaknya telah melatih serta menghantar Thamaraj menyertai Kejuaraan Silat Kebangsaan pada 2022.
Thamaraj muncul antara pesilat senior yang menyumbang enam pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Dunia, menyaksikan Malaysia turut membawa pulang sembilan perak dan empat gangsa.
Ads
Terdahulu, pada aksi di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) itu, Thamaraj menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, untuk membawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
Sumber: Bernama
Ads
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SHAH ALAM – Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Sertai Dari Lokasi Anda Sendiri
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Daniella Sya pelakon yang kini semakin mencuri perhatian terutama daripada audiens penggemar drama-drama Melayu. Di sebalik jelitanya wajah si tinggi lampai ini tersimpan seribu satu kisah perjalanan seni yang cukup mencabar dan mampu memberikan inspirasi kepada generasi baharu.
Siapa sangka gadis tinggi lampai berwajah ayu ini mempunyai latar belakang yang kaya dengan ilmu persilatan. Daniella sudah aktif dalam seni silat sejak 10 tahun yang lalu.
Dan ia bermula dengan seni silat gayung dipelajarinya di Petaling Jaya. Dengan pengetahuan dalam seni silat itulah yang menjadikan Daniella sebagai seorang pelakon berpotensi tinggi untuk filem aksi.
Selain itu, Daniella juga pernah berguru dengan pakar silat yang juga pelakon aksi terkenal Indonesia, Cecep Arif Rahman. Dia merupakan bintang aksi yang pernah muncul dalam filem hebat seperti ‘The Raid’, dan ‘Star Wars: The Force Awakens’.
“Ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri ‘Dosa’, Cecep dapat tangkap yang gerak-geri saya ada basic silat. Lalu dia tanya dan mengajak saya untuk mengunjungi kelas Pencak Silat di Indonesia.
Cecep Arif Rahman
“Jadi saya terbang ke Indonesia untuk belajar sedikit sebanyak tentang silat di sana. Ia merupakan pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” tambahnya lagi.
Ikuti temu bual lengkap MASKULIN bersama Daniella Sya menerusi isu Oktober – Disember majalah MASKULIN di pasaran sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orangnya segak dan berkarier, rupa paras yang tampan membuatkan namanya menjadi sebutan netizen.
Lagi pula gambarnya duduk mesra melayan ‘baby sayang’ atau Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila hangat dibualkan.
Orangnya berkerjaya dan mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.
Ada yang mula berspekulasi, siapakah gerangan individu ini sebenarnya dan apa status hubungannya bersama Mira Filzah?
Ada khabar angin mengatakan beliau sebenarnya kawan Mira Filzah sewaktu zaman pengajian, namun persahabatan mereka terpisah kerana dirinya melanjutkan pengajian di luar negara.
Walaupun sehingga kini Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kerana menghormati permintaan kedua belah keluarga, orang ramai dapat mengagak dan memahami situasi tersebut.
Ditambah lagi, ada khabar angin mengatakan beliau sudah pun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September tahun ini.
BIODATA
Nama Penuh: Wan Emir Astar
Instagram: Wan Emir Astar
Twitter: Wan Emir Astar
Umur: 30 tahun
Kerjaya: Arkitek
Anak Kepada: (Ayah) Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, (Ibu) Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.