Shuib Sepahtu, pelawak dan usahawan terkenal, baru-baru ini memberi kejutan kepada sahabat baiknya, Mamat, dengan membuka sebuah kedai makan bernama Sepah Penyet di Melaka.

Kejutan itu berlaku ketika Shuib meminta Mamat untuk membuat video promosi, tanpa tahu bahawa mereka sedang merancang restoran tersebut.

Terharu dengan kejutan itu, Mamat menyaksikan sendiri papan tanda Sepah Penyet yang terpampang di hadapan kedai.

“Rezeki tak pernah salah alamat, kita buka kedai makan, Mat,” ujar Shuib kata-kata yang menggambarkan ikatan sahabat sejati dan keikhlasan dalam berkongsi rezeki.

@shuibsepahtu Rezeki tak salah alamat!!! Kita bukak kedai makan Mat!!! SEPAH PENYET!!! @Mamatsepah_Nana Alhamdulillah semoga Allah mudahkan. Jemput datang pada 26 April ni kita Grand Launching. Korang follow @Sepah Penyet utk diskaun dan promo yang best!!! #SepahPenyet #Melaka #mitc #penyet ♬ original sound – shuibsepahtu

Grand Launching Penuh Harapan

Dengan pelancaran rasmi bakal berlangsung pada 26 April 2025, Shuib mengajak orang ramai untuk hadir dan menyokong usaha mereka.

Beliau turut menjanjikan pelbagai promosi dan diskaun eksklusif kepada pengikut media sosial Sepah Penyet.

Ads

Restoran ini dijangka bukan sahaja menyajikan hidangan lazat berkonsepkan ayam penyet dan sajian Melayu kontemporari, malah membawa pengalaman makan yang mesra keluarga dan santai.

Lebih Dari Sahabat, Shuib dan Mamat Kini Rakan Kongsi Bisnes

Persiapan Yang Teliti, Impian Yang Besar

Shuib dan Mamat tidak meletakkan Sepah Penyet sebagai projek biasa-biasa.

Dengan perancangan rapi, kualiti menu yang dijaga dan strategi pemasaran yang kreatif, mereka mahu restoran ini menjadi simbol kekuatan persahabatan yang membuahkan kejayaan.

Bukan sekadar membuka kedai, tetapi mewujudkan ruang di mana memori, perjuangan dan semangat setiakawan itu boleh dirasai setiap pelanggan yang datang.

Ads

Sokongan Padu Dari Peminat dan Rakan Artis

Ruangan komen media sosial Shuib dihujani dengan ucapan tahniah dan sokongan padu daripada rakan artis, peminat serta masyarakat umum.

Ramai yang tersentuh melihat bagaimana seorang sahabat sanggup membawa rakan seperjuangannya ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia perniagaan.

Ada yang menyuruh Shuib untuk buka cepat, manakala ramai lagi mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan Sepah Penyet menjadi satu jenama yang berjaya di Malaysia.

Lebih Dari Sahabat, Shuib dan Mamat Kini Rakan Kongsi Bisnes

Ads

Lebih Dari Sahabat, Shuib dan Mamat Kini Rakan Kongsi Bisnes

BACA LAGI : Lapor Diri Sambung Pelajaran Ke Peringkat Sarjana, Tomok Buktikan Usia Bukan Penghalang

Lelaki dan Sahabat Ikatan Yang Tak Ternilai

Kisah Shuib dan Mamat adalah contoh nyata bahawa persahabatan lelaki yang dibina atas kepercayaan, kesetiaan dan kasih sayang mampu berkembang menjadi satu bentuk kerjasama yang produktif dan membina masa depan.

Dalam dunia yang penuh cabaran, seorang sahabat yang ikhlas adalah rezeki yang tiada nilainya.

Sumber : Tiktok @shuibsepahtu

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI