Zaman sekarang boleh dikatakan produk penjagaan wajah lelaki memang sudah tidak kalah dengan produk untuk wanita.
Dengan lambakan produk yang ada di pasaran pastinya ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan kulit anda. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi bagaimanakah kita nak kenal pasti sama ada produk itu bersesuaian dengan kulit atau tak?
Dan nasihat MASKULIN, janganlah percaya sangat dengan pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Jika menggunakan produk yang tak betul anda mungkin alami gejala seperti di bawah:
Terasa panas
Ads
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda.
Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Ads
Kering & kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kuit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu.
Ads
Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
Lebih sensitif
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu. Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit menggelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Khasiat cuka epal memang tak boleh disangkal lebih-lebih lagi untuk membuang lemak. Ia telah digunakan oleh orang Greek dan Mesir sejak beribu tahun dahulu sebagai makanan dan ubatan.
Khasiat cuka epal ini mula diberi perhatian setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat yang boleh diamalkan setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Selain khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh badan, Jarvis juga mengesyorkan agar cuka epal dicampurkan dengan madu untuk membuat air ‘honergar’ (madu + cuka epal).
Jika anda nak kurangkan rasa masam, campurkan cuka epal dengan sesudu madu. Untuk dapatkan hasil terbaik, minum dua kali sehari.
Jom ketahui 8 lagi khasiat cuka epal, selain buang lemak.
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat, selain dapat mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
Dalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda mengawal nafsu makan dalam proses menurunkan berat badan. Sebelum anda memulakan apa-apa diet, pastikan anda rujuk dengan ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Walaupun penemuan ini memerlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik telah menemui bahawa asid asetik yang ada dalam cuka boleh mengurangkan paras kolestrol di dalam badan tikus makmal. Malah satu kajian lain yang dijalankan di Jepun mendapati, orang yang mengambil 15 gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian tersebut.
Jika tekak anda rasa tidak selesa, ambillah cuka epal. Ia mengandungi tahap asid yang ldapat membunuh bakteria yang ada dalam mulut. Caranya, campurkan satu cuka epal dan satu sudu madu ke dalam secawan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.
Cuka epal juga sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti ekzema atau merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit mahupun selulit. Minuman berkhasiat ini kaya dengan potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Manakala beta karotin yang ada dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
Cuka epal boleh dijadikan sebagai pelembut rambut. Menurut seorang arkitek, Cheryl Cheko, beliau sering dipuji oleh pekerja salun kerana rambutnya yang cantik. Rahsianya ialah menggunakan soda bikarbonat sebagai syampu dan cuka epal ketika membilas rambut. Bahkan ia juga boleh menghilangkan gatal pada kulit kepala. Cuka epal bersifat asid dan kebanyakan masalah rambut disebabkan oleh rambut yang terlalu beralkali. Fungsi cuka epal dapat membantu meneutralkan rambut dan kulit kepala. Sebelum menggunakannya pada rambut, pastikan anda larutkan cuka epal dengan air bagi mengelakkan rambut rosak.
Cuka epal sangat baik untuk merawat kaki yang bermasalah seperti kaki berbau, kutu air atau tumit kaki pecah. Untuk mengatasi masalah kutu air yang ringan, anda campurkan 2 sudu makan cuka epal dengan 3 cawan air. Rendam kaki dalam larutan ini selama 10-15 minit. Orang yang bermasalah dengan kaki berbau pun boleh amalkan cara ini. Bukan itu sahaja, rendaman cuka epal untuk tumit kaki kering dan pecah juga dikatakan efektif untuk mengembalikan kelembapannya. Caranya, gunakan air sejuk untuk rendam kaki selama 20 minit. Setelah kering, sapukan pelembap kaki dan pakai sarung kaki sebelum anda nak tidur. Elak gunakan cuka epal jika kaki anda luka kerana ia akan membuatkan luka lambat sembuh dan berlaku jangkitan.
Cuka epal juga bermanfaat sebagai bahan untuk berkumur dan mengatasi masalah mulut berbau. Kajian dari penelitian yang dilakukan oleh Mayo Foundation for Medical Education and Research membuktikan bahawa cuka epal sangat baik untuk mengatasi bau mulut. Ia mengandungi enzim baik yang dapat membantu menghancurkan plak penyebab karang gigi, melindungi mulut daripada bakteri sisa-sisa makanan dan menyimpan nutrisi yang baik untuk menjaga kesihatan gigi.
Pengambilan cuka epal dalam diet harian pasti ada kebaikan untuk tubuh kerana ia kaya dengan nutrisi. Namun jangan ambil berlebihan, amalkan secara sederhana dan berpada-pada. Bagi yang ada masalah kesihatan, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor sebelum mengambil cuka epal ini. Untuk yang ingin mengamalkan cuka epal, pastikan anda larutkan cuka epal terlebih dahulu untuk mengurangkan kepekatannya untuk mengelakkan sebarang kemudaratan lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak punya haruman kegemaran sendiri? Sama ada lelaki mahupun wanita, setiap individu pasti memiliki jenis wangian tersendiri. Setiap haruman itu punya kuasa yang mampu membawa si pemakai ke dimensi berbeza. Magis! MASKULIN membariskan pilihan produk haruman terbaik sepanjang tahun 2017 ini!
SAUVAGE DIOR
Dior melancarkan haruman terbaru tahun ini dengan mengekalkan konsep original Eau Sauvage dari tahun 1960. Pun begitu, haruman kali ini pastinya mempunyai kelainan dengan sedikit elemen liar, fresh dan maskulin. Diinspirasikan daripada ideologi ruang besar yang bebas, awan biru yang nyaman serta rasa panas di bawah mentari juga sifat liar adalah antara gabungan rasa yang melahirkan haruman ini. Sesuai bagi kaum lelaki yang inginkan wangian serba baru, SAUVAGE DIOR adalah pilihan terbaik untuk tahun 2017.
TOM FOR VELVET ORCHID
Lebih lembut, halus dan feminin. Wangian dari pereka Tom Ford ini memberi satu definisi kedamaian yang kuat dengan gabungan bahan seperti honey, vanilla, orange, blossom, rose, jasmine dan lain-lain menjadikan produk haruman ini lebih lembut dan ringan berbanding Black Orchid. Velvet Orchid ini lebih bersifat oriental, floral dan feminine, sesuai untuk si gadis yang inginkan aura yang memukau.
BALMAIN HOMME PERFUME
Apa lagi yang bisa dikaitkan produk hasil curahan kreativiti jenama Balmain ini? Semestinya sifat berani yang tinggi, modern, energetic dan bersemangat menjadi paksi utama dalam penghasilan produk wangian ini. Sesuai untuk kaum lelaki yang inginkan kesegaran menempuhi aktiviti harian di tengah kota. Apa yang menariknya, reka bentuk botol haruman ini melambangkan signatur jenama Balmain dalam melahirkan rekaan jaket architecture perincian militari yang sememangnya simbolik kepada pengarah kreatif jenama ini, Olivier Rousteing.
DAHLIA DIVIN GIVENCHY
Masih ingat kesegaran haruman Dahlia Noir? Kali ini Givenchy memperkenalkan Dahlia Divin yang sememangnya punya kuasa magis yang sama seperti Dahlia Noir yang bisa membawa kamu ke dunia fantasi. Tambahan pula, wajah Dahlia Divin adalah milik penyanyi R&B terkenal, Alicia Keys yang semestinya menjadi dambaan mereka yang inginkan haruman lebih segar dan santai persis penyanyi itu. Kesinambungan antara bahan Sambac jasmine dan white flowers, hasil idea daripada pereka haruman, Francois Demachy ini menjadikan Dahlia Divin ini haruman yang luar biasa.
MONT BLANC EMBLEM INTENSE
Bersifat maskulin, lebih kuat, sensual dan punya elemen ghairah yang tinggi, Mont Blanc Emblem Intense ini adalah kunci kepada gaya sebenar lelaki hari ini. Paduan haruman yang sememangnya menjadi pujaan kaum lelaki serta bentuk botol silver ala futuristik itu adalah antara haruman terbaik untuk tahun 2017. Haruman ini dilabelkan sebagai haruman yang punya ciri-ciri authentic and elegance daripada Mont Blanc.
DOLCE & GABBANA VELVET MIMOSA BLOOM
Velvet Mimosa Bloom dari Dolce & Gabbana ini adalah haruman flora khas untuk wanita. Kesempurnaan wangian ini terserlah pabila gabungan bahan seperti orange, bergamot juga narcissus menjadi paduan magis dengan melahirkan haruman yang lebih sophisticated dan modern. Velvet Mimosa ini adalah wangian pilihan wanita kota yang inginkan sesuatu yang berbeza, ia diantara salah satu produk haruman terbaik 2017!
Awet muda ini sebenarnya bukan sahaja idaman wanita tetapi juga lelaku. Tanyalah diri anda sendiri yang usianya mungkin sudah mengjampiri 40-an.
Siapa pun pasti tak senang duduk jika wakaj mula dipenuhi garis-garis halus dan nampak lebih tua.
Lebih mengharukan jika bertemu individu yang umurnya macam sebaya tapi memanggil anda dengan gelaran ‘abang’ atau ‘pakcik’. Ouch!
Sesuatu yang perlu anda berikan perhatian jika kulit wajah yang sepatutnya tegang, kini nampak kusam, penuh kedutan dan garis-garis halus.
Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang