PETANDA BERDEPAN TEKANAN
Foto: katemangostar - www.freepik.com

Suatu ketika dahulu ramai beranggapan bahawa jika bekerja dengan keras hingga hampir separuh hari di pejabat itu menunjukkan kita seorang yang rajin. Namun hakikatnya itu sebenarnya petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kerja atau mungkin anda dimanipulasi untuk kerja hingga ke tahap tersebut.

Mungkin sejak di bangku sekolah kita dilatih untuk bekerja dengan keras sedangkan apa yang penting pada zaman sekarang adalah kerja dengan bijak.

Ramai tidak sedar bahawa petanda beban kerja berlebihan itu membawa banyak keburukan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi ahli keluarga. Lebih malang upah yang diterima langusng tidak setimpal dengan keringat yang dicurahkan dari segi fizikal dan mental.

Petanda Anda Sebenarnya ‘Burnout’, Berdepan Tekanan & Beban Kerja Berlebihan
Foto: master1305 – www.freepik.com

Jadi amat penting untuk anda mengetahui sama ada tahap kerja sekarang normal atau tidak. Jika anda mengalami dan berdepan petanda di bawah, itu bermakna anda sebenarnya dibebani kerja melampau.

IKLAN

SUKAR DUDUK DIAM

Percaya atau tidak, inilah di antara kesan akibat terlaku banyak bekerja. Apabila badan berdepan burnout, badan aan berdepan kondisi di mana tidak boleh duduk diam. Ini terutamanya buat mereka yang kerja dalam kondisi tekanan tinggi. Apabila bekerja terlalu lama, diri seakan tidak boleh bezakan antara waktu rehat dan kerja.

Atau mungkin juga anda tidak dapat duduk diam kerana bebanan kerja tetap datang mencurah-curah walaupun ketika bercuti. Baru hendak berehat ada saja panggilan telefon atau SMS daripada pejabat untuk anda uruskan.

TIADA MASA UNTUK DIRI & KELUARGA

Berehat di hujung minggu untuk beriada bukanlah satu perkara yang wujud dalam kamus kehidupan anda. Akibat terlalu sibuk dengan kerja anda tiada masa bukan untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Malah segala hobi anda yang dulu pun ditinggalkan begitu sahaja akibat tiada masa.

IKLAN
Petanda Anda Sebenarnya ‘Burnout’, Berdepan Tekanan & Beban Kerja Berlebihan
Foto: nakaridore – www.freepik.com

JADI PELUPA

Setiap manusia mempunyai limitasinya tersendiri untuk berkerja dalam sehari. Apabila beban kerja itu terlalu banyak ia boleh menyebabkan anda menjadi pelupa. Ini kerada dalam fikiran hanya penuh dengan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kerja. Apabila kerja terbeban mental juga akan terjejas teruk. Lalu anda jadi pelupa. Dan ini akan menjejaskan kehidupan serta hubungan anda dengan orang lain.

TIDAK JAGA WAKTU MAKAN

Bagi anda makan itu hanya satu perkara yang peru dilakukan untuk terus ada tenaga agar dapat bekerja. Anda mungkin sudah semakin melupakan bagaimana indahnya nikmat makanan sedap. Waktu makan juga tidak menentu dan berterabur. Kadangkala makan hanya sekali sehari. Pengambilan kopi dan minuman berkafein juga sangat tinggi. Ini hanya akan menyebabkan kesihatan anda merudum teruk dalam jangka masa yang panjang.

IKLAN

MUDAH SAKIT KEPALA

Seperti MASKULIN nyatakan di atas, setiap orang ada limitasinya yang tersendiri. Kesan antara kesan akibat dibebani kerja berlebihan akan dirasai badan. Antara petanda paling jelas ialah anda mudah sakit kepala. Waktu tidur juga sangat pendek dengan hanya dua atau tiga jam sehari.

Berhati-hatilah jika anda ada simptom dan petanda seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI