Petanda Bateri Kereta Sudah Hampir ‘Kong’ & Perlu Tukar Segera

Share

Salah satu komponen kereta yang dianggap biasa namun fungsinya sangat penting. Kalau tiada bateri memang tidak akan dapat hiduplah enjin kereta. Perkara ini MASKULIN percaya mungkin anda sendiri pernah hadapinya.

Kereta tak dapat dihidupkan akibat masalah bateri ini memang melecehkan. Untuk elak masalah ini menimpa anda perlu peka dengan penjagaan bateri. Jika anda menggunakan bateri basah, pastikan air bateri sentiasa mencukupi.

Bateri kering

Manakala bateri kering pula tidak perlu risau tentang perkara tersebut. Cuma perlu peka dengan jangka hayatnya yang telah dinyatakan oleh pengeluar.

Bateri basah

Ada beberapa petanda dan perkara yang boleh anda lakukan untuk kenal pasti petanda bateri kereta anda bakal ‘kong’ dan perlu ditukar dengan segera. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pengguna TikTok, @james_alatin yang menerangkan tentang perkara boleh anda periksa.

Ikuti beberapa petanda menunjukkan bateri kereta anda sudah hampir ‘kong’ dan perlu ditukar dengan kadar segera!

CHECK LAMPU DASHBOARD

Ini mungkin petanda paling asas. Kereta anda juga akan memberikan amaran jika bateri mula menunjukkan prestasi yang tidak sepatutnya. Bila lampu bateri di dashboard menyala, pergilah tukar bateri dengan segera ya.

POWER WINDOW SUSAH TURUN

Masa mula-mula dapat kereta dulu power window bukan main ‘smooth’ saja turun naik. Tapi biasalah lama-kelamaan ia pastinya tidak akan lancar. Namun jika power window seakan tersekat-sekat dan tidak lancar, itu mungkin petanda bahawa bateri kereta anda bermasalah. Jika ia berulang dengan kerap periksalah bateri dengan segera.

PUSH START BUTTON SUSAH NAK HIDUP

Bila mahu hidupkan kereta dengan menekan butang ‘push start’ kereta didapati cukup sukar untuk dihidupkan. Ini juga petanda bateri kereta sudah hampir ‘kong’ dan rosak.

PERIKSA INDIKATOR PADA BATERI

Kebanyakan bateri sekarang dilengkapi indikator tersendiri. Anda boleh periksa indikator pada bateri yang menunjukkan kondisi bateri terkini.

PERIKSA TARIK PASANG BATERI

Selain itu anda juga boleh periksa tarikh pemasangan bateri. Jika ia sudah melebihi dua atau tiga tahun itu sudah cukup menunjukkan bateri perlu ditukar segera. Kebiasaannya bateri akan ‘kaput’ dalam tempoh tersebut. Jadi tukarlah segera!

Kredit:

@james_alatin Simptom Bateri Kereta Nak Kaput #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #jaga #bateri #simptom ♬ original sound – James_Alatin

IKLAN