Pada zaman sekarang amat suka untuk kita jumpa orang tiada akaun media sosial. Itulah petanda bahawa dunia digital kini telah menjadi sebahagian besar kehidupan kita.

Malah profil kita di alam maya kini menjadi salah satu daripada personaliti yang cukup dinilai dan diperhatikan oleh orang lain sama ada yang kita kenal atau tidak.

Perhubungan tanpa sempadan inilah yang telah mewujudkan dinamik yang berbeza dalam persekitaran sosial moden masa kini. Dari sudut positifnya dunia kita semakin dekat walaupun tinggal berjauhan dengan keluarga atau kenalan.

Namun ada juga yang mengambil kesempatan untuk berlaku curang kepada pasangan. Bercinta dalam diam di talian yang kemudian boleh meleret hingga ke luar. Sudah banyak kes kecurangan yang kita dengar dan baca di dalam pelbagai laporan.

Petanda Besar Pasangan Anda Sebenarnya Ada Teman Tapi Mesra

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, manusia curang ini sama sahaja. Mereka akan paparkan petanda-petanda yang diri sendiri tidak dapat sembunyikan apabila mereka curang.

Jika anda nak tahu pasangan curang atau tidak, perhatikan petanda-petanda yang MASKULIN kongsikan di bawah.

PANTANG BERJAUHAN DENGAN TELEFON

Telefon pintarnya akan sentiasa melekat di tangan. Atau paling tidak akan disembunyikan daripada anak mata anda. Sama ada di dalam poket atau purse, ia pasti akan dijaga dengan penuh ketat. Berenggang dengan telefon bagaikan dunia sudah hampir kiamat buat mereka.

ONLINE TENGAH MALAM BUTA

Di saat anda sedang nyenyak tidur itulah waktu si dia begitu galak ‘bercengkerama’ di laman media sosial dengan kekasih gelapnya. Waktu ini dipilih oleh mereka untuk lari daripada syak wasangka anda. Salah satu lagi jika masuk toilet terlalu lama sambil bawa telefon pun cukup mencurigakan.

Petanda Besar Pasangan Anda Sebenarnya Ada Teman Tapi Mesra

NAMPAK ONLINE TETAPI DIAM

Ini biasa berlaku. Kalau tengok nampak ‘hijau’ sahaja penampilannya di Facebook chat. Tapi tiada sebarang aktiviti yang berlaku di akaunnya. Sedang sibuk chat dengan orang lain agaknya?

AKTIF UPDATE STATUS

Sesetengah orang memang sudah jadi kebiasaan mereka untuk update status berkongsi apa sahaja yang mereka lakukan. Namun jika ini tabiat yang tiba-tiba berlaku, ia berkemungkinan si dia melakukannya untuk tarik perkatian seseorang yang dia suka.

SUKA CARI KESALAHAN ANDA

Antara simptom orang bersalah ialah suka mencari salah pasangannya. Ada sahaja yang tak kena di matanya tentang apa yang anda lakukan di laman media sosial. Ini sebenarnya nak cover rasa bersalah pada diri sendiri sahaja.

Jadi sayangilah pasangan anda. Harus tanya diri sendiri juga apakah yang menyebabkan si dia beralih arah. Mungkin ada sesuatu yang kurang anda lakukan kepadanya? Atau anda telah banyak berubah.

Jika anda ingin hadiahkan sesuatu yang istimewa, minyak wangi sentiasa menjadi idea menarik. Dapatkannya dengan harga berpatutan di sini.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI