Alamak! Umur muda lagi tapi rambut dah kerap gugur. Apabila berdepan dengan masalah rambut gugur, makin menipis dan mula bersepah di lantai sebelum usia tua, pasti ia perkara yang merisaukan.
Selain menjejaskan penampilan, rambut gugur juga boleh membuatkan kepala cepat botak dan wajah nampak semakin berusia. Mana tidaknya, muda-muda dah rambut gugur dan kepala botak.
Menurut satu kajian yang dilakukan ke atas seholongan wanita, tiga daripada lima wanita bersetuju bahawa rambut gugur di kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap lelaki itu.
Secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa wanita begitu mementingkan masalah rambut gugur dan kepala botak.
Jadi bagi mengelakkan rambut gugur sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri anda, atasi segera dengan 7 petua ini.
1. Minyak zaitun
Ads
Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, mengatasi rambut gugur, meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu titiskan 4-5 titis minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, boleh mencuci rambut sehingga bersih.
2. Telur
Cara semula jadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu.
3. Daun pandan
Ads
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.
4. Air garam
Air garam boleh menyebabkan liang-liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas syampu rambut, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut di dalam besen. Rendam rambut selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
5. Santan
Ads
Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
6. Kacang hijau
Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudian disapu pada kulit kepala. Sambil anda sapu, picit kulit kepala secara pelahan-lahan. Petua elak rambut gugur ini ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
7. Makan sayur dan buah
Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila kita sebut baking soda pastinya minda akan terus menerjah kepada kek atau biskut. Ia merupakan bahan yang menjadi pelengkap dalam juadah makanan tersebut.
Baking soda atau nama saintifiknya Sodium Bikarbonat merupakan komponen bahan kimia yang boleh dikatakan ada di setiap kediaman. Selain untuk kegunaan dalam masakan ia juga mempunyai banyak kegunaan lain.
Adakah anda tahu kegunaan baking soda untuk penjagaan badan lelaki? Ya, mungkin anda boleh cubanya sekarang!
Berikut merupakan 5 kegunaan baking soda kepada penjagaan lelaki.
1. MENCERAHKAN KULIT
Campurkan baking soda dengan satu sudu besar jus lemon and beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan pes ke kulit. Bilas selepas 10 minit.
2. PEDICURE
Campurkan 2-3 sudu baking soda ke dalam air untuk rendaman kaki yang menyamankan. Anda juga boleh memasukkan beberapa titik minyak pati dan rendamkan kaki selama 20 minit. Buang kulit kasar pada kaki dengan pes skrub hasil campuran baking soda dan air.
Campurkan satu sudu besar baking soda kepada pembersih wajah anda. Urutkan ke wajah dalam gerakan membulat untuk menanggalkan kulit mati dan blackheads.
4. PEMUTIH GIGI
Gigi kuning akibat merokok? Ambil sedikit baking soda dan campurkan dengan sedikit jus lemon atau jus strawberi untuk menggantikan ubat gigi. Atau campurkan saja sedikit baking soda dengan ubat gigi anda dan gosok gigi seperti biasa.
5. UBAT JERAWAT
Buat campuran madu dan baking soda. Sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas. Anda juga boleh menggantikan madu dengan jus lemon.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gatalnya bila kelemumur penuh di kepala. Paling memalukan bila anda menggaru kepala, ia jelas kelihatan bertaburan pada bahu.
Jika anda salah seorang yang berdepan dengan masalah kelemumur ini, pastikan anda tanganinya segera. Jangan biarkan kulit kepala anda tidak sihat. Bimbang jika dibiarkam boleh menyebabkan rambut anda gugur sedikit demi sedikit.
kelemumur rambut
Oleh itu, berikut adalah penerangan lanjut mengenai faktor, cara meningkatkan keberkesanan syampu anti kelemumur serta senarai dan jenis syampu yang dicadangkan oleh Public Health Malaysia (PHM).
Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti kelemumur.
Bagi meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik sisik kelemumur perlahan-lahan dengan sikat atau berus rambut. JANGAN gosok atau garu dengan agresif, ia akan akibatkan masalah kelumumur semakin teruk.
Jika penggunaan syampu tidak berkesan dapatkan pemeriksaan lanjut.
Jenis syampu untuk rawatan kelemumur
Berikut pula merupakan senarai syampu dicadangkan PHM:
Berdasarkan rajah yang dikeluarkan, terdapat 5 jenis fungsi syampu untuk rawatan kelemumur yang sesuai digunakan. Antaranya:
Syampu berasas Tar – Neutrogena T/Gel
Syampu Selenium Sulfide – Salsum Blue, Head & Shoulder Intensif
Syampu dengan Salicylic Acid – Neutrogena T/Sal, Baker’s P&
Pyrithione Zinc Shampoo – Syampu DermaZinc
Syampu dengan Ketoconazole
Neutrogena T/Gel Therapeutic Shampoo (Original Formula) – memperlahankan kematian sel kulit kepala
DermaZinc Shampoo – mempunyai antibakteria dan antikulat
Rambut berbau sememangnya satu masalah buat lelaki kurang menjaga kerapian rambut mahupun yang sibuk bekerja. Sebagai lelaki, anda bukan sahaja menjaga rapi kulit wajah bagaikan menatang minyak yang penuh, tetapi rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Lelaki yang mudah berpeluh berpeluang untuk mendapat masalah rambut berbau. Ditambah pula dengan sifat malas anda untuk membasuh rambut, membuatkan masalah ini makin rumit, sekali gus mengurangkan keyakinan pada diri.
Kita anda bermasalah dengan rambut berbau, atasinya dengan 8 tip mudah ini.
1. Gunakan tuala yang lembut
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah anda mencuci rambut. Gunakan tuala daripada material yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.
Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali. Kemudian, biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan daripada menggosok rambut secara kasar agar akar rambut tidak rosak.
2. Rajin menyikat rambut
Bagi yang jarang menyikat rambut selepas ini kena rajin-rajinkan diri anda menyikat rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang baik.
3. Basuh rambut dengan air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit kepala secara optimum.
4. Minum banyak air putih
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Elakkan minuman kafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan peningkatan suhu pada tubuh.
5. Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas, anda dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan daripada jenis ini. Makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh, sekali gus menyebabkan rambut berbau.
6. Cuci rambut setiap hari
Untuk mengelakkan rambut berbau cucilah rambut setiap hari. Kulit kepala hendaklah dibersihkan dengan sebaik-baiknya. Gunalah syampu sesuai yang mengandungi anti-bakteria.
7. Jauhi stres
Stres boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Oleh itu, elakkan stres yang keterlaluan.
8. Lakukan banyak aktiviti santai
Bagi sedikit ruang kepada diri anda untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stres dan tekanan terutamanya untuk anda yang bekerjaya. Anda boleh sibukkan diri dengan hobi atau aktiviti santai bersama kawan-kawan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.