Bagi seseorang yang memiliki ukuran tubuh agak pendek berbanding orang lain, pasti ada waktunya muncul mood rasa down sangat.

Lebih-lebih lagi kalau mindset anda adalah, “Aku ni dahlah pendek, berisi, berkulit gelap pula tu!” Pasti ia menjadi satu igauan yang sangat negatif.

Buat lelaki yang mempunyai bentuk tubuh yang tinggi dan kurus mungkin tiada masalah kerana boleh menggayakan pelbagai jenis pakaian tanpa sebarang masalah.

Namun, tidak bagi lelaki yang rendah yang lebih sukar untuk mencari pakaian sesuai dengan potongan badan mereka.

IKLAN

Sehubungan itu menerusi entri ini, Maskulin kongsikan 5 trik yang perlu anda expert terutamanya bagi lelaki bertubuh pendek untuk nampak lebih stailo :

1. ‘Outfit’

Antara kesalahan besar dan pantang larang untuk lelaki adalah memakai baju dengan corak melintang kerana ia akan menjadikan anda kelihatan bertambah pendek. Pakaian kolar bulat juga tidak sesuai sebaliknya pilih rona gelap dan baju dengan kolar ‘V’ sebagai alternatif.

Cuba masukkan baju ke dalam (tug in) seluar  bagi menyerlahkan juga menampakkan bentuk kaki yang lebih panjang.

IKLAN

2. Warna pakaian

Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengelakkan memakai baju berwarna terang kerana akan menyerlahkan kekurangan diri anda yang bertubuh pendek. Sebaliknya, pilih pakaian rona gelap atau senada bagi memberi ilusi tubuh lebih tinggi dan besar. Jadi, jangan pandang remeh kerana pemilihan warna pakaian amat penting!

Jangan Risau Kalau Sering Dilihat Pendek, Ini 5 Trik Yang Perlu Anda Expert!

IKLAN

3. Jaket

Bukan satu kesalahan untuk mereka yang bertubuh pendek memakai jaket cuma pastikan potongan itu sesuai dengan anda. Untuk lelaki, tidak perlu rasanya untuk memakai jaket berlapis untuk menutup kekurangan diri anda sebaliknya memadai dengan sehelai saja. Cuba elak mengenakan jaket yang mempunyai terlalu banyak butang.

4. Kasut

Bagi lelaki, jangan sangka kasut bertapak tebal atau tinggi seperti but membantu anda kelihatan berbeza daripada ketinggian sebenar kerana tumpuan orang mungkin akan terarah kepada kasut anda saja. Jadi, kasut tapak biasa sudah memadai malah lebih selesa ketika dipakai.

5. Aksesori

Jangan ambil mudah dengan pemakaian aksesori kerana silap pemilihan, kekurangan diri anda akan terserlah. Bagi lelaki yang bekerja di pejabat, pilih tali leher yang kecil dan ringkas, contohnya ‘skinny tie’. Beg pula janganlah terlalu besar kerana  dikhuatiri menenggelamkan badan anda yang kecil itu!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI