Memahami jenis sikat yang betul dan fungsinya adalah kunci untuk mencapai gaya rambut impian anda.
Ini tidak kiralah sama ada anda mahu gaya rambut kemas, bertekstur atau ber-volume. Setiap sikat direka dengan tujuan khusus dan memilih sikat yang tepat adalah langkah pertama untuk penampilan yang lebih kemas dan berkeyakinan.
Melabur dalam sikat berkualiti adalah sama pentingnya dengan memilih produk penjagaan rambut yang sesuai.
1. Sikat Bergigi Jarang
Sumber foto: Google
Sikat bergigi jarang sesuai untuk lelaki yang mempunyai rambut tebal atau kerinting. Ia membantu merapikan rambut tanpa menarik atau merosakkan helai rambut. Sikat jenis ini juga ideal untuk menyisir rambut basah selepas mandi kerana ia mengurangkan risiko rambut patah. Ia sangat berguna untuk merapikan rambut dan memastikan ia tidak kusut.
Sikat bergigi rapat adalah pilihan terbaik untuk lelaki dengan rambut lurus dan halus. Sikat ini membantu dalam merapikan dan meluruskan rambut, memberikan penampilan yang lebih kemas. Ia juga boleh digunakan untuk menyisir bahagian rambut yang lebih pendek, seperti jambang atau rambut di belakang telinga. Sikat ini memudahkan anda mencapai gaya yang rapi dan tersusun.
Sikat garfu, atau lebih dikenali sebagai afro pick, adalah alat yang sesuai untuk lelaki dengan rambut afro atau kerinting. Ia direka khas untuk mengangkat rambut dari akar dan memberikan volum yang lebih besar tanpa merosakkan tekstur rambut. Sikat ini membantu mengekalkan bentuk rambut kerinting dengan sempurna dan memberikan penampilan yang lebih penuh.
Sikat styling mempunyai kombinasi gigi yang rapat dan jarang, serta dilengkapi dengan hujung yang tajam. Sikat ini digunakan untuk gaya rambut yang lebih kompleks dan memerlukan detail, seperti pompadour atau quiff. Ia membantu dalam membentuk dan menggayakan rambut dengan lebih tepat. Sikat ini juga berguna untuk membahagikan rambut kepada bahagian yang lebih kecil ketika menyisir.
5. Sikat Berus (Paddle Brush)
Sumber foto: Google
Sikat berus berbentuk leper dengan permukaan yang luas, sesuai untuk lelaki dengan rambut panjang atau separa panjang. Sikat ini membantu merapikan rambut dengan cepat dan mengurangkan kerosakan pada helai rambut. Ia juga sesuai untuk mengeringkan rambut dengan pengering rambut, kerana permukaannya yang luas membantu menyebarkan haba dengan lebih merata.
6. Sikat Fön (Vent Brush)
Sumber foto: Google
Sikat fön direka khas untuk digunakan bersama pengering rambut. Ia mempunyai lubang-lubang pada badannya yang membolehkan udara panas mengalir melalui rambut, mempercepat proses pengeringan. Sikat ini sesuai untuk lelaki yang ingin mendapatkan volum dan tekstur pada rambut mereka. Ia membantu dalam memberikan gaya yang lebih bervolum dan kelihatan semula jadi.
7. Sikat Jambang
Sumber foto: Google
Sikat jambang adalah alat yang tidak boleh diabaikan oleh lelaki yang berjambang. Sikat ini membantu dalam merapikan dan menyikat jambang, memastikan ia kelihatan kemas dan rapi.
Ads
Penggunaan sikat jambang juga membantu dalam pengedaran minyak semula jadi dari kulit ke helaian jambang, menjadikannya lebih sihat dan bersinar.
Setiap jenis sikat mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Memilih sikat yang sesuai dengan jenis rambut dan gaya yang diinginkan adalah penting untuk mendapatkan penampilan yang terbaik.
Ads
Dengan menggunakan sikat yang betul, lelaki boleh menjaga rambut mereka dengan lebih berkesan dan mencapai gaya yang diidamkan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau sebelum ini anda hanya guna Vaseline untuk lembutkan bibir dan atasi tumit kaki merekah, rupanya banyak lagi kegunaan Vaseline.
Baik perempuan ataupun lelaki yang nak cantik tapi dalam masa yang sama nak juga berjimat, memang sesuai untuk guna Vaseline ini.
Kakak Manis menerusi bebenang di laman Twitternya berkongsi 30 cara nak guna Vaseline. Selain murah, produk ini juga jimat untuk digunakan pelbagai fungsi.
Adakah anda pernah terfikir, apakah benda putih yang terdapat diatas kepala anda? Ia adalahkelemumurataupun dandruff.
Perkara ini sangat biasa berlaku kepada sesiapa sahaja dan dengan cara yang tepat, anda boleh menghilangkannya dengan cepat lantas mencegahnya.
Salah satu faktor berlakunya kelemumur adalah penjagaan kulit kepala/rambut yang tidak sempurna disamping keadaan cuaca dan tekanan diri (stress). Tapi jangan risau kerana terdapat banyak rawatan dan petua yang anda boleh amalkan.
Masalah kelemumur boleh menyebabkan keguguran rambut dan mungkin boleh menyebabkan kepala anda botak!
Oleh itu, untuk mengelak daripada masalah tersebut, berikut adalah 21 cara-cara menghilangkan kelemumur (kebanyakannya tidak mendapat sokongan saintifik) dan 4 cara mencegahnya dengan berkesan!
Dalam entri ini, anda akan ketahui:
Entri ini agak panjang, jadi anda digalakkan untuk bookmark laman ini untuk rujukan masa hadapan. Sekiranya anda sudah bersedia, jom selamatkan kepala daripada jajahan kelemumur!
4 Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Kepala yang Betul
Sebelum kita ketahui cara-cara tersebut, anda perlu tahu bagaimana penjagaan kulit kepala yang betul. Berikut adalah 4 langkah yang anda perlu tahu:
Kelemumur berlaku kerana terdapat sel mati pada kulit kepala. Ia bukannya disebabkan oleh rambut, namun kulit itu sendiri.
Mayo Clinic mencadangkan kita menggunakan syampu anti-kelemumur setiap hari sehinggalah sisa-sisa sel kulit mati itu berkurangan/tiada. Kemudian jarakkan penggunaan syampu tersebut kepada 3 kali seminggu.
Amaran: Jangan menggunakan syampu secara keterlaluan kerana bahan kimia seperti lauryl sulfate yang terdapat di dalam syampu tersebut boleh mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan banyak lagi kelemumur terhasil.
Jika anda menggunakan syampu kelemumur, pastikan anda membiarkan syampu tersebut seketika (lebih kurang 5 minit) di atas kulit kepala anda sebelum membilasnya. Ini boleh memberikan masa yang secukupnya untuk bahan kimia syampu tersebut bertindak balas.
Amalan menyikat rambut boleh meratakan kesan minyak (yang terhasil secara semulajadi di atas kulit kepala) ke atas semua permulaan kepala.
Masalah tekanan diri ataupun stress boleh menyebabkan penghasilan kelemumur, oleh itu anda digalakkan untuk mengatasi masalah stress anda dengan efektif. Anda boleh mendapatkan langkah-langkah berkesan dalam menghadapi masalah stress di sini.
Selain itu, pengamalan diet yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan yang penting ke atas kesihatan kulit kepala. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil diet yang tinggi khasiat zink dan vitamin B6.
Berikut adalah senarai kaedah yang anda boleh guna untuk menghilangkan masalah kelemumur anda selama-lamanya. Walaupun begitu, senarai ini adalah dikumpul daripada pelbagai sumber dan kebanyakannya adalah kaedah rawatan tradisional.
Oleh itu, pastikan bahawa anda menggunakan cara-cara yang dinyatakan di bawah dengan harapan yang sejajar dengan apa yang anda lakukan. Bersedia?
Bukan semua syampu rambut direka dan diproses untuk tujuan yang sama, terdapat pelbagai kenis syampu diluar sana yang berteraskan untuk menguatkan akar rambut, menghitamkan rambut, menjaga kulit kepala dan lain-lain.
Oleh itu, anda dikehendaki untuk memilih syampu untuk kelemumur ataupun syampu anti- kelemumur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Antara syampu yang anda boleh mencuba adalah Clear, Head and Shoulders dan lain-lain.
Penggunaan bahan adalah salah satu yang paling senang untuk menghilangkan kelemumur. Langkah-langkahnya adalah:
1. Gunakan yogurt anda untuk menghilangkan kelemumur. Cuma bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan untuk 10-15 minit.
2. Bilas dengan air yang bersih, guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.
Selain kelemumur, aspirin juga digunakan untuk menghilangkan jewarat secara remedi. Namun, kali ini adalah untuk kelemumur. Cara-caranya adalah:
1. Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
2. Masukkannya ke dalam syampu rambut anda, dan sapu/guna seperti biasa.
3. Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika (2-5 minit), kemudian bilas seperti biasa.
Sekiranya anda ikuti PanduanSaya, anda akan perasan bahawa cuka epal ataupun apple cider vinegar ini mempunyai banyak kegunaan selain dalam masakan. Kali ini untuk menghilangkan kelemumur pula. Ikuti langkah mudah ini:
1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih.
2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.
3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.
5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.
Percaya atau tidak, gabungan pisang dan cuka boleh merawat kelemumur. Cara-cara penyediaan dan aplikasinya adalah:
1. Kupas satu ulas pisang.
2. Campurkannya dengn 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga ia menjadi paste
3. Kemudian sapukannya keatas rambut dan kulit kepala.
4. Ratakan campuran tersebut keseluruh permukaan kepala anda
5. Biarkan selama 20 minit sehingga 1 jam, dan kemudian bilas dengan sempurna.
6. Ulang langkah setiap hari selama 1 minggu.
Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam perbagai situasi dan termasuklah dalam menghilangkan kelemumur.
Cara-caranya adalah mudah, anda cuma perlu menggosok sedikit baking soda pada rambut dan kulit kepala anda. Kemudian bilas selepas 1 minit.
Ulangi langkah di atas setiap hari untuk 2 minggu. Anda akan terkejut dengan hasilnya!
Selain dijadikan bahan masakan, baking soda boleh memainkan peranan yang besar kepada kulit kita, PanduanSaya pernah mengutarakan penggunaan baking soda untuk mengatasi masalah jerawat, kali ini menghilangkan kelemumur. Langkah-langkahnya adalah:
1. Bilas rambut anda dengan air sejuk.
2. Campurkan cuka dengan air dengan ratio yang sama, buat lebih kurang 70-100ml.
3. Ratakan campuran ini pada permukaan kulit kepala anda dan biarkannya untuk 5-10 minit.
4. Bilas dengan air sejuk dengan sempurna dan cepat-cepat bersihkan kulit kepala anda.
5. Dapatkan satu sudu teh baking powder. Campurkannya dengan 30-40ml.
6. Sapukan campuran baking powder tersebut pada kulit kepala anda dengan rata. Biarkannya selama 3-5 minit.
7. Bilas dengan air yang bersih dengan sempurna.
8. Keringkan rambut anda dengan tuala ataupun tunggu ia kering dengan sendiri. Setelah kering dengan sempurna, keluarkan lebihan flakes di atas kepala anda dengan menggaru kulit kepala.
9. Tahniah! Anda sudah bebas kelemumur.
Penggunaan limau nipis ataupun limau purut dalam menghilangkan kelemumur sudah diamalkan turun-temurun lagi. Langkah-langkahnya adalah:
1. Campurkan air perahan limau nipis ataupun limau purut dengan baking soda.
2. Sapu pada permukaan kulit kepala dan biarkannya selama beberapa minit.
3. Apabila kulit kepala terasa gatal, mula membersihkannya.
4. Bilas rambut dengan air yang bersih.
5. Ulangi langkah ini setiap hari.
Minyak bayi mengandungi beberapa bahan yang sangat baik kepada permukan kulit. Ia bukan sahaja sesuai kepada bayi sahaja, malah kepada orang dewasa juga. Termasuklah dalam penjagaan kulit kepala. Langkah-langkahnya adalah:
1. Sapukan baby oil pada permukaan kulit kepala. Ratakan dan urut sedikit.
2. Tudung kepala anda dengan tuala dan biarkannya untuk semalaman.
3. Basuh dengan syampu anti-kelemumur yang berkualiti. Minyak dari baby oil sepatutnya melembutkan kult kepala anda semasa anda sedang tidur dan memudahkan kelemumur tersebut tertanggal.
4. Amalkan sebelum anda masuk tidur.
Minyak telur ataupun egg oil mengandungi omega 3 seperti Docosahexaenoic Acid (DHA) yang mana boleh menggiatkan semula sel folikel pada kulit. Ini boleh menghilangkan kelemumur pada permukaan kulit kepala.
Langkah-langkah untuk ikut petua ini adalah:
1. Sapu dan urut minyak telur (egg oil) ke atas kulit kepala selama 5-10 minit dan biarkannya untuk semalaman.
2. Syampu pada pagi harinya.
Kelapa mempunyai banyak kegunaan dan salah satu daripadanya adalah menghilangkan kelemumur. Ikut langkah yang mudah ini:
1. Basahkan rambut anda dan keringkannya (untuk hilangkan semua kotoran yang mungkin ada).
2. Sapukan minyak kelapa pada permukaan kulit kepala anda dan biarkan untuk beberapa minit.
3. Basuh/bilas dengan air yang bersih. Pastikan anda bilas sehingga tiada kesan minyak tersebut.
4. Ulangi langkah-langkah tersebut sekali seminggu sehinggalah kelemumur tersebut tiada lagi.
Kelapa dan madu menjadi satu gandingan yang sangat sesuai dalam mengatasi masalah berkaitan kulit. Hal ini kerana kedua-duanya mengandungi khasiat yang banyak kepada kulit. Langkah-langkahnya adalah:
1. Campurkan minyak kelapa, minyak zaitun, yogurt (optional) dan madu ke dalam satu bekas. Gunakan ratio 2:2:3:2 agar ia membentuk satu paste yang sesuai.
2. Sapukan paste tersebut ke kulit kepala anda dengan rata. Biarkan selama 10 minit. Ini boleh membantu peredaran darah di kepala anda.
3. Bilas dengan menggunakan syampu sehingga semua bekas paste tertanggal.
4. Optional – Guna conditioner ataupun pengering rambut setelah anda menggunakannya
5. Cara lain adalah anda sapukan minyak kelapa secara terus ke atas kulit kepala anda tanpa sebarang campuran
sumber: panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain menggunakan produk-produk di pasaran untuk memudarkan parut jerawat, ada cara jimat boleh anda lakukan.
Caranya hanya mengunakan petua natural mengunakan kulit pisang. Tapi jarang kan orang menggunakan getah kulit pisang untuk cantikkan kulit wajah?
Getah Kulit Pisang Untuk Kulit
Petua menggosok kulit pisang pada wajah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nauf Safuan untuk memudarkan parut jerawat, membersihkan kulit, mengecutkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada kulit.
“Petua dari sekolah lagi. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan, saya ambil kulit pisang ni.Saya pakai tenyeh kat muka ni.” Tulisnya ringkas.
Kulit pisang
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.
Kongsinya, “Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahanya.”
Fungsi Lain Kulit Pisang
Kalau nak tahu, dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Selain itu, kulit pisang juga boleh dijadikan masker untuk lembapkan kulit. Cara ini juga mudah cuma perlukan campurkan dengan bahan lain. Nah, cubalah!
Bahan:
Pisang
Kuning telur
Caranya mudah, haluskan kulit pisang, lalu campurkan dengan satu kuning telur. Jadikan sebagai masker wajah. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas wajah hingga bersih.
Tak susah bukan? Malah, kulit pisang juga boleh digunakan untuk membersihkan wajah daripada sebarang cela. Nutrisinya juga dapat menenangkan radang kulit, selain mengurangkan jerawat yang timbul tidak menentu.
Selamat mencuba!
Tonton episod penuh di saluran Youtube Maskulin untuk mendengar kisah Bell Ngasri lebih lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang