rambut lelaki kacak dan bergaya

Memiliki potongan rambut yang menarik dan cantik merupakan idaman setiap lelaki. Jadi amat penting penjagaan rambut diberi perhatian khas setiap hari.

Ada orang dilahirkan cukup bertuah dengan rambut yang lebat dan sihat. Namun tahukah anda sejauh mana lebat sekalipun rambut namun jika ia tidak dijaga dengan baik pasti akan rosak juga nanti.

Menjaga rambut sebenarnya tidaklah sesukar mana yang anda fikirkan. Apa yang penting harus amalkan rutin harian yang baik. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip menarik untuk anda menjaga rambut agak lebih bersinar, sihat dan kemas.

Barulah sentiasa tampil dengan kacak!

JANGAN TERLALU KERAP BASUH

Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.

KERINGKAN DENGAN BAIK

Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.

Penjagaan Rambut Terbaik Buat Lelaki Tampil Kacak

IKLAN

SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK

Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.

JAUHI KLORIN

Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.

GUNA PRODUK BERPADA-PADA

Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.

Penjagaan Rambut Terbaik Buat Lelaki Tampil Kacak
lelaki kacak rambutnya sihatrambut 

SYAMPU BERFORMULA KHAS

Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.

IKLAN

BASUH TAPI JANGAN ULANG

Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.

KURANGKAN SUHU

Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.

SELALU TRIM RAMBUT

Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.

IKLAN

MANDIAN SEJUK

Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.

ELAK WARNA

Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.

ALAT YANG BETUL

Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.

TOPI KETAT

Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.

PEMAKANAN YANG SIHAT

Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.

Untuk penjagaan yang baik anda juga perlu menggunakan beberapa produk rambut yang boleh membantu. Dapatkannya di sini dengan harga sangat menarik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI