Walaupun lelaki ada bulu yang boleh menutupi kesan gelap dan berdaki pada ketiak, jangan sesekali anda pandang remeh dengan penjagaan di kawasan ini.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, kesan gelap dan berdaki ini boleh mencacatkan penampilan lebih-lebih lagi saat anda berlenggeng (tidak memakai baju) atau mungkin mengenakan pakaian yang tidak berlengan.

Sebenarnya bahagian kulit yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam dan berdaki kerana kurang mendapat udara.

Malah penggunaan krim yang kurang sesuai juga boleh memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan alahan sehingga kulit ketiak menjadi semakin gelap dan berdaki.

Untuk mencerahkan kembali kulit ketiak ini, anda boleh amalkan beberapa bahan semula jadi ini.

1. Lidah buaya

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Kandungan aloesin yang ada di dalam gel lidah buaya bermanfaat untuk mengelakkan pembentukan enzim yang menyebabkan pigmentasi kulit. Selain mencerahkan kulit yang gelap, lidah buaya juga boleh mencegah iritasi pada kulit.

Caranya: Sapukan gel lidah buaya pada ketiak dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air. Ulangi cara ini dua hingga tiga kali dalam seminggu.

2. Kapur sirih dan limau nipis

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Selain mengurangkan kesan hitam, bahan ini juga boleh mengatasi masalah ketiak berbau. Pastikan anda menggunakan bahan ini sedikit sahaja kerana penggunaan kapur sirih yang banyak boleh meninggalkan rasa panas pada kulit. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan mudah alah, elak menggunakan bahan ini untuk mencerahkan ketiak.

Caranya: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bahagian ketiak selepas mandi dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Lakukan tiga kali seminggu.

3. Betik dan madu

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Betik dan madu juga dapat membantu untuk memutihkan ketiak. Kandungan asam arkobat yang ada di dalam betik dapat mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati, manakala madu pula memiliki vitamin C dan polifenol yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit ketiak.

Caranya: Parut atau kisar buah betik yang hampir masak sehingga halus. Campurkan betik tadi dengan dua sudu makan madu. Oleskan di bahagian ketiak sambil mengurut perlahan-lahan selepas anda mandi. Biarkan lebih kurang 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan secara kerap sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

4. Sirih dan beras

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam pada bahagian ketiak.

Caranya: Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, anda lumurkan campuran sirih dan beras pada ketiak. Kemudian, gosokkan secara perlahan sehingga bahan tadi tertanggal dengan sendirinya.

5. Lemon

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Lemon mempunyai kandungan asam yang bersifat anti-septik dan anti-bakteria. Buah ini dipercayai dapat membantu mengikis sel-sel kulit mati yang berada di bahagian ketiak.

Caranya: Hiriskan lemon terlebih dahulu dan pastikan jangan sampai terlalu nipis. Kemudian, gosok perlahan pada ketiak. Biarkan selama 10 minit. Setelah itu, bilas dengan air dan keringkan. Ulangi cara ini tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Timun

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Timun terkenal antara sayur-sayuran yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit termasuklah kulit ketiak. Kesannya yang menyegarkan dapat membantu melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak bahkan dapat digunakan untuk memutihkan kulit yang gelap.

Caranya: Hiriskan timun dan gosok pada ketiak secara lembut. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan cara ini secara rutin untuk mendapatkan hasilnya.

7. Ubi kentang

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Sifat anti-iritasi yang ada dalam ubi kentang juga baik untuk mencerahkan kulit dan menyamaratakan warna kulit. Jadi tidak salahlah jika ubi kentang dijadikan antara bahan semula jadi untuk memutihkan bahagian ketiak yang kehitaman.

Caranya: Parut ubi kentang dan ramas hingga mengeluarkan air. Kemudian, sapukan air tersebut pada ketiak dan biarkan selama 10 minit. Jika sudah selesai, bilas dengan air dan keringkan.

8. Kulit limau, susu dan air mawar

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Selepas makan buah limau, kulitnya jangan dibuang kerana ia memiliki kandungan yang baik untuk kulit dan membantu untuk mencerahkan ketiak yang berdaki.

Caranya: Parut beberapa keping kulit buah limau. Kemudian, campurkan parutan buah limau tadi bersama satu sudu makan susu dan satu sudu air mawar. Gosokkan campuran tadi ke ketiak dengan lembut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air. Lakukan dua hingga tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

9. Minyak zaitun / minyak kelapa dan gula

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Minyak zaitun dan minyak kelapa memiliki kandungan vitamin E yang tinggi untuk mengangkat sel kulit mati dan meregenerasikan sel kulit dengan kulit yang baharu.

Caranya: Campurkan minyak zaitun / minyak kelapa bersama gula pasir. Sapukan campuran ini pada ketiak dan gosok secara perlahan selama satu hingga dua minit. Kemudian, biarkan lima minit sebelum membilasnya dengan air. Ulangi cara ini setiap hari selepas mandi.

10. Yogurt dan susu

Petua Guna Bahan Alami Untuk Cerahkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak

Yogurt dan susu mengandungi asam laktat iaitu bahan yang boleh memutihkan ketiak secara semula jadi.

Caranya: Campurkan yogurt dengan beberapa sudu susu. Kemudian, sapu campuran ini sebagai skrub pada ketiak dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan rutin ini setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.

Follow Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI