petua migrain kkm
Foto: gpointstudio - www.freepik.com

Bercakap tentang migrain pasti mereka yang pernah atau sering terkena serangan sakit kepala ini dapat merasakan peritnya. Ia merupakan kondisi sakit yang berupa salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Namun terdapat beberapa petua dan langkah pencegahan yang boleh kita lakukan untuk elakkannya daripada berlaku.

Berbeza dengan tanggapan ramai bahawa migrain cuma berlaku kepada gologan dewasa, ia sebenarnya bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja. Seiring dengan peningkatan usia sakit kepala akibat migrain ini akan jadi lebih ketara.

BACA: Beberapa Rutin Senaman Mampu Besarkan Otot Bisep & Trisep

Secara umumnya ia boleh hilang secara beransur apabila usia meningkat kepada 45 hingga 50 tahun. Akan tetapi ia juga berisiko untuk tidak hilang seumur hidup. Sehingga kini punca sebenar mengapa migrain boleh berlaku masih lagi samar dan tidak diketahui.

Tapi pakar perubatan mendapati peluang seseorang mendapat migrain lebih tinggi jika ada ahli keluarga terdekat juga menghidap mingrain.

SUDUT PERUBATAN

Secara saintifiknya, migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.

IKLAN

Ia merupakan Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.

Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Petua Hilangkan Migrain Mengikut Saranan KKM
Foto: yanalya – www.freepik.com

BAGAIMANA IA BERLAKU

Saluran-saluran yang terdapat darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.

Apabila iaberlaku, urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

IKLAN

Terdapat beberapa perkara yang boleh mencetuskan serangan migrain:

  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok
Petua Hilangkan Migrain Mengikut Saranan KKM
Foto: jcomp – www.freepik.com

DUA JENIS UTAMA

Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).

Migrain Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.

IKLAN

Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.

Migrain Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.

CARA KURANGKAN MIGRAIN

Seperti yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook, terdapat beberapa petua untuk hilangkan migrain:

  • Elakkan makan makanan masin, diproses dan berkeju
  • Harus tidur dan rehat secukupnya
  • Jauhi minuman berkafein tinggi
  • Amalkan diet seimbang
  • Cuba elakkan situasi stres
  • Selalu melakukan senaman

Follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelai terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI