Gaya Hidup

Petua Paling Mudah Untuk Ucapkan ‘Selamat Tinggal’ Pada Jerawat Pasir!

Share

Jerawat pasir atau jerawat bersaiz kecil kebiasaan tumbuh di kawasan muka sekitar dahi dan pipi. Lebih memeningkan kepala apabila ia turut meninggalkan kesan dan parut yang tidak elok di wajah.

Gejala ‘Jerawat Pasir’ sangat popular dikalangan lelaki, bukannya bermaksud anda tidak tahu menjaga kulit atau kebersihan diri tetapi sebenarnya pola pemakanan dan beberapa isu lain turut menjadi faktor utama tumbuhnya jerawat pasir ini.

Di bawah adalah beberapa tip yang boleh anda guna pakai dan amalkan untuk hilangkan jerawat pasir.

1) Serbuk kopi & Lemon

Lemon mempunyai fungi untuk mencerahkan, menghilangkan kesan minyak, serta menghakis kulit kusam di wajah.

Kopi pula boleh dijadikan skub wajah dengan memberi beribu manfaat kepala kulit wajah, ia dapat membuka pori-pori yang tersumbat dan membantu menyamarkan garis-garis halus di wajah.

Cara-cara pembuatannya,
1. Siapkan 2 sudu (camca besar) dengan sedikit perahan lemon di dalam mangkuk kecil.
2. Gaul sehingga sebati, dan oleskan masker tersebut di wajah.
3. Urut lembut di wajah dan biarkan untuk beberapa ketika.
4. Bilas dengan air suam dan lap wajah menggunakan tuala muka yang bersih.
5. Lakukan dua kali seminggu.

2) Apple Cider Vinegar

Tidak ramai sedar tentang khasiat cuka epal ini, ia bukan sahaja digunakan untuk menurunkan berat badan, tetapi juga bagus untuk kesihatan kulit wajah. Gaulkan cuka epal dengan air dengan nisbah 1:1 kemudian rendamkan kapas ke dalam air campuran tersebut selama beberapa minit. Sapukan di wajah dan utamakan di kawasan yang bermasalah dan bilas dengan air sejuk.

3) Lidah Buaya atau Aloe Vera

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera mengandungi polifenol yang berguna sebagai antibakteria yang dapat mencegah dan mengurangkan jerawat. Caranya mudah sahaja, hiris halus permukaannya sehingga nampak cecair seakan jelly. Oleskan di wajah selama 30 minit lalu bilas dengan air suam.

4) Bawang Putih Dan Madu

Selain lidah buaya, bawang putih juga mempunyai fungsi sebagai antibakteria dan minyak astiri yang dikenali baik untuk mengatasi jerawat. Tetapi perlu diingat, bawang putih akan memberi kesan yang agak panas jika anda mengamalkannya. Untuk mengurangkan rasa panas tersebut anda boleh tambahkan sedikit madu dan oleskan ramuan tersebut pada bahagian wajah yang bermasalah. Diamkan selama 5-10 minit dan lakukan amalan ini selama dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil maksima.

IKLAN