Pewarna Berbahaya Dalam Campuran Ayam Goreng Mamak?

Share

PEWARNA BERACUN DALAM MASAKAN RESTORAN MAMAK!

Beberapa serbuan oleh Kementerian Kesihatan ke atas restoran mamak mendapati penyalahgunaan BAHAN PEWARNA YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN yang diimport dari China. Pewarna tersebut digunakan untuk menggoreng ayam dan sebagainya.
Sebab itu ayam goreng, tepong goreng rojak dan sebagainya kelihatan kemerah-merahan dan nampak sedap dan menyelerakan!

Adalah dipercayai penggunaan bahan pewarna tersebut sebagai salah satu penyebab kanser!

Satu-satunya alasan pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik di mata pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai zat permakanan. Bahan pewarna adalah bahan kimia bukan makanan yang dicampurkan ke dalam makanan. Kebanyakan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Contohnya, Tartrazine (Pewarna Kuning-Jingga), berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktiviti dalam kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.

Sunset Yellow FCF (Pewarna Merah-Jingga) juga kemungkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan kromosom kekal dan tindakbalas alergi.

Ponceau 4R (Pewarna Merah terang hingga gelap) diketahui penyebab kanser, bengkak tisu, alergi, dan asma (lelah). Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Eropah. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan masih membenarkan kepenggunaan dalam makanan adakalanya hingga mencapai kepekatan maksimum.

Maka dengan itu gunakanlah pewarna semula jadi yang telah digunakan dari turun-temurun iaitu dari datuk moyang kita dahulu antaranya Bunga Telang, Daun Pandan, Ubi Bit, Kunyit dan Saffron serta pelbagai pewarna tumbuhan semulajadi.

SUMBER : Facebook Dr Rosli Abdul Jalil

IKLAN