Gaya Hidup

Piala Dunia Ragbi 2019 Kini Fasa Akhir, Kenali 4 Pengadil Utama Perlawanan Pusingan Kalah Mati

Share

Minggu ini peminat sukan Ragbi pasti teruja kerana kempen Piala Dunia Ragbi 2019 sudah memasuki fasa akhir iaitu peringkat pusingan Kalah Mati.

Untuk menghangatkan lagi perlawanan yang besar ini, pihak penganjur telah mengumumkan 4 nama pengadil perlawanan yang mengadili empat perlawanan bermula pada hari esok.

BACA: Jepun Lakar Sejarah! Kali Pertama Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia Ragbi 2019

Mereka adalah Jerome Garces berasal daripada Perancis, diikuti Nigel Owens dari Wales, Jaco Peyper dari Afrika Selatan dan akhir sekali Wayne Barnes yang berasal daripada England.

1. Jerome Garces

Ketika ini dia berumur 46 tahun. Namanya mula dikenali apabila mengendalikan Kejuaraan Ragbi Junior pada tahun 2009 di Tokyo. Dia akan mengadili pertemuan diantara England menentang Australia.

2. Nigel Owens

Dia terkenal dengan sifat yang agak lantang serta keras. Namun pemain amat suka dengan sifat kepimpinan yang ditunjukkannya. Antara momen yang diingati oleh semua peminat ragbi adalah memarahi pemain yang gemar mengadu serta acah sakit ketika bermain dengan mengatakan ‘Ini bukan bola sepak’.

3. Jaco Peyper

Berasal daripada Afrika Selatan. Dia diundi sebagai salah seorang pengadil ragbi terbaik dunia. Minggu ini dia bakal mengadili perlawanan antara Wales dan Perancis.

BACA: Bukan Sahaja Hebat Menunggang Kuda, Tengku Muhammad Ismail Juga Seorang Pemain Ragbi

4. Wayne Barnes

Dia akan mengadili perlawanan yang dikatakan antara ditungu-tunggu oleh semua peminat ragbi selepas All Blacks iaitu Jepun menentang Afrika Selatan pada hari Ahad ini.

Perlawanan antara Jepun menentang Afrika Selatan agak terkenal kerana Jepun adalah satu-satunya negara dari Asia yang memasuki peringkat pusingan Kalah Mati. Walaupun ada yang mengatakan mereka layak ke Piala Dunia Ragbi 2019 atas tiket pasukan tuan rumah, namun kehebatan mereka mengalahkan semua pasukan ketika peringkat kumpulan wajar dipandang tinggi.

Jadi, perlawanan mana satu bakal anda saksikan pada hujung minggu ini?

Sumber: Rugby World Cup 2019

 

IKLAN