Selain pembersih wajah, penting untuk kita pakai skrub muka kerana manfaatnya besar. Ramai yang tidak mementingkan penggunaan skrub muka kerana merasakan pembersih wajah sudah mencukupi untuk membersihkan kekotoran.
Sebenarnya skrub muka sangat penting kerana ia membantu menyingkirkan kulit mati, mencerahkan wajah, mengelak pori-pori tersumbat dan membuatkan wajah kusam kembali bermaya.
Penting nak pilih skrub muka yang ada di pasaran? Mungkin 4 produk skrub muka ini anda boleh jadikan pilihan.
1. Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Ads
Lelaki juga perlu memakai skrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini sesuai untuk lelaki kulit berminyak. Ia dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
2. HIMALAYA Apricot Scrub
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
Ads
3. St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Ads
4. Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Ini ialah rekomendasi terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Tahukah anda, selain miliki wajah bebas jerawat dan kulit yang licin, janggut atau jambang juga memainkan peranan yang besar untuk menaikkan peratus lelaki kacak.
Jadi apabila nak melebatkannya, pastikan anda bela betul. Bukan membiarkan ia tumbuh tanpa kawalan hingga memburukkan wajah anda.
Dalam masa yang sama, jika anda baru sahaja lepas bercukur, ada kalanya muka anda kelihatan sangat muda dan ‘kosong’ kerana janggut sudah tiada.
Ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan anda kerana anda yang berpendapat ‘wajah tua’ adalah imej penting untuk menunjukkan seseorang lelaki itu kelihatan matang.
Jadi kalau anda mahukan janggut kembali tumbuh dengan lebat, ini adalah 5 tip simple yang boleh anda lakukan.
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap. Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu. Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut. Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan. Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki rambut pendek nampak lebih awet muda. Selepas tamat alam persekolahan, kebanyakan lelaki cenderung membiarkan rambut mereka panjang. Namun, berambut panjang sering kali membuatkan penampilan mereka kelihatan kurang kemas. Hal ini berbeza dengan wanita yang kelihatan lebih anggun dengan rambut panjang mereka.
Lelaki rambut Pendek Nampak Lebih Awet Muda
Tahukah anda mengapa lelaki digalakkan untuk mempunyai gaya rambut pendek atau cepak? Rupa-rupanya, rambut pendek boleh menjadi salah satu ciri lelaki yang kelihatan awet muda. Walaupun tidak tersusun rapi, lelaki berambut pendek masih mampu menarik perhatian berbanding mereka yang berambut panjang.
Menurut pakar rambut, Jon Reyman, menjaga penampilan supaya kelihatan muda dalam kalangan lelaki sebenarnya amat mudah. Caranya adalah dengan memastikan rambut dipotong di atas garis leher.
Untuk tampak lebih maskulin, bahagian atas rambut boleh ditipiskan. Selain itu, penggunaan pomade juga boleh membantu agar rambut lebih mudah diurus dan kelihatan rapi.
Manfaat Rambut Pendek Untuk Lelaki
Rambut pendek bukan sahaja menjadi salah satu ciri lelaki yang kelihatan awet muda dan mampu menarik perhatian wanita, malah ia turut memberikan beberapa kelebihan lain seperti berikut:
1. Mudah Dijaga Dan Dirawat
Lelaki berambut pendek tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk menyisir atau merawat rambut mereka. Bayangkan jika anda memiliki rambut panjang, anda perlu menyisirnya dengan lebih kerap agar tidak kusut. Tambahan pula, selepas dicuci, rambut panjang mengambil masa yang lebih lama untuk dikeringkan, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengering rambut (hair dryer).
2. Tidak Mudah Berasa Panas
Kulit kepala yang berpeluh dan terasa panas adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering melakukan aktiviti di luar rumah. Namun, jika rambut anda pendek, angin lebih mudah menyejukkan kulit kepala dan leher, mengurangkan rasa panas di bahagian kepala. Berbeza dengan rambut panjang yang perlu diikat untuk mengelakkan rasa panas, rambut pendek lebih praktikal dalam situasi ini. Rasa panas yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan seterusnya memicu masalah kelemumur.
3. Lebih Jimat Kos Penjagaan
Merawat rambut pendek lebih menjimatkan berbanding rambut panjang. Anda hanya perlu mengguntingnya setiap dua hingga tiga bulan sekali dan merapikannya dengan minyak rambut. Berbanding dengan rambut panjang yang memerlukan penjagaan lebih rapi, rambut pendek mengurangkan keperluan penggunaan produk penjagaan seperti syampu khas untuk mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur berlebihan, dan rambut bercabang.
Meningkatkan Penampilan Dengan Menumbuhkan Janggut
Sesetengah lelaki, terutama mereka yang berusia 30 tahun ke atas, memilih untuk menumbuhkan janggut bagi menyerlahkan imej yang lebih maskulin. Selain itu, janggut juga boleh membantu menyamarkan leher yang mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Namun, janggut perlu dijaga dengan baik agar sentiasa kemas, kerana janggut yang tidak terurus boleh membuatkan wajah kelihatan lebih tua.
Awet Muda Bukan Hanya Bergantung Kepada Gaya Rambut
Ciri awet muda dalam kalangan lelaki bukan hanya ditentukan oleh panjang atau pendeknya rambut. Gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan penting.
Menurut pakar kesihatan, Michael Breus, lelaki yang tidak mendapat tidur yang mencukupi cenderung mengalami lingkaran hitam di bawah mata serta kulit yang kelihatan kusam. Keadaan ini boleh menghilangkan kesan awet muda, walaupun mereka mempunyai potongan rambut yang kemas.
Selain itu, bersenam secara berkala juga penting untuk mengekalkan kesihatan dan penampilan yang segar. Gunakan hujung minggu untuk berjoging atau berbasikal santai. Tidak perlu lama, hanya 30 minit sudah mencukupi untuk mengekalkan kecergasan dan memastikan tubuh kelihatan segar serta bertenaga.
Rambut pendek bukan sahaja memberikan kesan lebih kemas dan menarik bagi lelaki, tetapi juga memudahkan penjagaan serta menjadikan penampilan lebih segar dan awet muda.
Bagaimanapun, gaya rambut yang menarik perlu diiringi dengan gaya hidup sihat, termasuk mendapatkan tidur yang mencukupi dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala. Dengan mengamalkan rutin ini, lelaki bukan sahaja kelihatan lebih muda, malah lebih sihat dan bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.