PM Anuar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai penerima Global Islamic Finance Leadership Award (GIFA) 2025, anugerah berprestij yang mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam memacu perkembangan kewangan Islam di peringkat dunia.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa penghargaan tersebut bukan hanya untuk dirinya seorang, tetapi kepada seluruh tenaga penggerak yang berkorban masa dan usaha demi memastikan industri kewangan Islam terus berkembang kukuh.

PM Anwar Terima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025
PM Anwar

“Saya percaya penghargaan ini adalah untuk mereka semua, dan saya hanya mewakili para penggerak yang telah berkhidmat dengan jauh lebih cemerlang serta bermakna daripada apa yang saya lakukan,” katanya merendah diri.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2025, Prof Humayon Dar, sekali gus meneguhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global.

Ads

Kewangan Islam Sebagai Agenda Dunia

Ditubuhkan sejak 2011 oleh Edbiz Corporation, GIFA merupakan penarafan tertinggi yang memberi pengiktirafan kepada kerajaan, institusi dan individu atas pencapaian dalam membangunkan sistem perbankan dan kewangan Islam. Ia bukan sahaja soal angka atau aset, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian, keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Dalam ucapan perasmian, Anwar menegaskan bahawa kewangan Islam mesti terus memainkan peranan besar dalam mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta melahirkan generasi baharu pemimpin beretika. Bagi beliau, kejayaan industri ini tidak wajar hanya diukur pada saiz aset semata-mata, tetapi pada kemampuannya mengubah kehidupan masyarakat dan menjamin masa depan.

Ads

Majlis berprestij itu turut dihadiri oleh isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Teladan Kepimpinan Untuk Lelaki Maskulin

Pengiktirafan antarabangsa ini memberi mesej jelas kepada lelaki moden: kepimpinan bukan tentang kedudukan semata-mata, tetapi keberanian memacu perubahan berlandaskan nilai dan prinsip. Anwar membuktikan bahawa konsistensi, visi jelas, serta keupayaan mengimbangi kepentingan dunia dan akhirat mampu menjadikan seorang pemimpin dihormati.

Ads

Dalam dunia penuh cabaran hari ini, inilah inspirasi buat lelaki Maskulin – bahawa kejayaan sejati lahir apabila kita berjuang bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi juga untuk manfaat masyarakat dan generasi mendatang.

Sumber: BERNAMA

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads