Polis Kini Boleh Mengesan Anda Yang Kerap Menonton Kandungan Lucah

Share

 

“Kami akan pantau mereka yang menonton filem lucah tak kira di mana saja anda berada” itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith.

Lebih menarik adalah, mereka yang mengesahkan bahawa laman sesawang berusur lucah juga akan disekat dalam masa tempoh terdekat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Petikan yang diambil dari Astro Awani, “Selain laman sesawang berunsurkan lucah, pemantauan web lain termasuk yang berunsurkan perjudian akan turut dikaji, memang menjadi satu perkara yang diperjuangkan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web yang tidak berfaedah dan bukan-bukan,” menurut Eddin Syazlee Shith lagi.

Menurut artikel di Awani, mereka telah melaporkan bahawa satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) ditubuhkan bagi memantau mereka yang melayari kandungan lucah di alam siber, terutamanya pornografi kanak-kanak.

Terdahulul artikel daripada Says.com ada menyebut bahawa Terengganu merupakan negeri yang paling lama menonton filem lucah. Ini ekoran daripada mereka yang bekerja offshore ataupun kawasan pendalaman. Mungkin ini antara faktor tontonan kerap di negeri ini.

 

Menariknya unit ini, mereka dibekalkan dengan peralatan canggih untuk mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang ditonton dan dimuatnaik oleh pengguna. Dah macam dalam filem Hollywood. Bagus juga inisiatif ni, tak adalah gejala pornography

 berlelusasa selepas ini. Tak payah lah tengok filem lucah, bukan ada faedah pun.

Sumber Bernama/ Astro Awani

 

 

 

 

 

IKLAN