Lepas fenomena Blood Brothers, nama Irfan Zaini mula meledak.

Ramai yang mula kenal wajahnya bukan saja dari lakonan, tapi daripada cara dia pegang watak dengan jujur.

Namun di sebalik lonjakan populariti, Irfan tidak jadi mangsa spotlight. Dia tidak kelam kabut cari projek baru, tidak tenggelam dalam perhatian mendadak.

Populariti Naik, Tapi Irfan Tetap Kaki Bumi

Ramai pelakon bila tiba-tiba naik, terus jadi orang lain. Terus rasa diri untouchable.

Tapi Irfan, walaupun makin dikenali, tetap dengan aura low-key dia.

Masih merendah diri. Masih pilih duduk dengan krew, borak kosong sambil tunggu set up lighting.

“Ada masa, perhatian tu buat kita lupa kenapa kita mula. Tapi saya selalu ingatkan diri yang saya suka berlakon sebab saya nak bercerita, bukan sebab nak jadi popular,” katanya.

Popular Lepas Blood Brothers, Tapi Irfan Pilih Kualiti Dari Sekadar Glamor
Foto : Lifestyle – Bernama

Skrip Bukan Sekadar Cerita, Tapi Tanggungjawab

Apa yang membezakan Irfan adalah caranya memilih skrip. Dia bukan jenis sapu semua tawaran.

Setiap kali ditawarkan watak, dia akan tanya dulu pada diri sendiri, “Watak ni ada makna ke? Aku boleh bawakan dengan jujur ke?”

Ads

Pernah sekali, dia tolak satu projek besar semata-mata sebab dia rasa tak cukup bersedia nak angkat karakter tu.

“Kalau aku ambil, aku tipu penonton. Dan aku tipu diri aku sendiri,” katanya.

@maskulinmy Bagi Irfan Zaini, menjadi lelaki maskulin bukan sekadar soal populariti semata-mata. Sebaliknya, fokus utama beliau adalah memilih skrip dan watak berkualiti untuk menghiburkan penonton dengan hasil kerja terbaik. Baginya, kejayaan sebenar terletak pada usaha dan nilai, bukan sekadar perhatian sementara. #Maskulin #IrfanZaini #Malik #BloodBrothers #GayaHidup ♬ ●Funky●Fun●House(1499910) – FLAT san

Berhenti Fikir Pasal ‘Naik’, Fikir Apa Kau Boleh Bagi

Bagi Irfan, bukan tentang siapa paling cepat ‘naik’, tapi siapa paling konsisten beri nilai.

Dia sedar bila kau ada penonton yang percaya, kau ada tanggungjawab. Setiap kali berlakon, dia anggap itu amanah.

“Saya kena bagi yang terbaik, sebab orang datang tengok bukan sebab saya saja. Tapi sebab mereka nak rasa sesuatu. Kalau saya buat sambil lewa, saya khianat kepercayaan tu,” jelasnya lagi.

Ads

Dan mungkin sebab itu, watak-watak dia terasa hidup. Bukan sebab skrip yang power, tapi sebab dia hidupkan skrip itu.

“Romantik Bukan Forte Saya, Tapi Saya Cuba Demi Penonton”

Irfan akui, dia bukan jenis jiwang. Tapi bila dia nampak sokongan ramai penonton terutama penonton wanita dia terbuka untuk cuba.

“Saya cuba buat satu cerita ringan, suami isteri, bukan sebab nak jadi popular… tapi sebab saya nak beri something untuk mereka yang support say,” katanya.

Popular Lepas Blood Brothers, Tapi Irfan Pilih Kualiti Dari Sekadar Glamor
Foto : The Star

BACA LAGI : Teh Ais Ikat Tepi Atas Bukit, Usaha Kreatif Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai

Setiap Projek, Dia Jadi ‘Kosong’ Semula

Antara sikap paling kuat dalam diri Irfan ialah kesediaan untuk kosongkan diri setiap kali dia ambil watak baru.

Ads

Bagi dia, pelakon yang rasa dia “dah tahu semua” adalah pelakon yang dah berhenti berkembang.

“Saya belajar dari semua orang. Kadang-kadang bukan pengarah yang ajar saya, tapi orang set, orang props, makcik catering pun kadang bagi saya perspektif baru. Saya kena kekal kosong supaya ilmu boleh masuk.”

Dan mungkin itu sebab dia nampak ‘fresh’ dalam setiap karakter. Tak pernah nampak recycle.

Irfan Zaini bukan pelakon yang gopoh nak ke hadapan. Dia tahu dunia hiburan ni laju, tapi dia pilih untuk perlahan supaya langkah dia penuh sedar.

Dalam dunia seni yang serba cepat ni, Irfan Zaini adalah peringatan senyap bahawa kualiti akan kekal, bila niat kita jujur.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI