Tidak dapat dinafikan, platform Hero Remaja telah banyak melahirkan bakat-bakat ternama dalam industri seni tanah air. Sejak sekian lama sudah terbukti inilah di antara platform yang berjaya mencungkil bakat luar biasa dan mewarnai dunia hiburan tanah air.

Bukan sekadar bergantung kepada paras rupa semata, pertandingan Hero Remaja sentiasa berusaha menyerlahkan bakat yang dicungkil mereka mempunyai pelbagai pakej yang hebat. Lihat sahaja pemenang Hero Remaja 2020, Ahmad Nadhir Bin Ahmad Nasar yang kini cukup dikagumi ramai dengan bakat lakonannya.

Selain petah berkata-kata, dia juga dilihat mempunyai semangat yang cukup membara untuk bergelar sebagai anak seni yang mampu memberikan sumbangannya tersendiri.

Bagaimana pula dengan edisi pada tahun ini? Berdepan pandemik, edisi tahun ini pastinya lebih berbeza dan hadir dengan cabarannya. Jadi pastinya calon Hero Remaja yang dicari mempunyai signifikasi lebih bermakna di sebalik cabaran yang bukan hanya dirasai di negara kita tetapi di peringkat global.

IKLAN

Prelude Hero Remaja 2021, Bakal Tonjolkan Finalis Yang Tampil Dengan Bakat Tersendiri

Sejak Disember tahun lalu, Nu Ideaktiv menerusi majalah Remaja bersama-sama penyiar rasmi, Astro telah mula menjalani sesi uji bakat. Bakat-bakat yang hadir tampil dengan objektif dan misi tersendiri untuk bergelar sebagai Hero Remaja.

Sama ada ingin menjadi anak seni atau menjadi ikon bagi golongan remaja, setiap seorang daripada peserta yang hadir mempunyai semangat kental. Selepas tujuh bulan berlalu, kini tiba masanya untuk episod pertama tayangan bagi pencarian ini.

IKLAN

Tapi berbeza untuk tahun edisi tahun 2021, Pencarian Hero Remaja 2021 akan dimulakan dengan program Prelude Hero Remaja 2021. Sebanyak lapan buah episod bakal dutayangkan dengan menampilkan pengenalan dan persiapan finalis menempuh cabaran utama dalam program ini.

Dari sini penonton sendiri akan dapat melihat perkembangan serta potensi yang ada ada setiap finalis terpilih. Prelude Hero Remaja 2021 episod pertama akan ditayangkan pada 3 Julai 2021 (setiap Sabtu) pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

IKLAN

Prelude Hero Remaja 2021, Bakal Tonjolkan Finalis Yang Tampil Dengan Bakat Tersendiri

Setiap episod juga boleh ditonton menerui penstriman Astro Go. Untuk maklumat lanjut layari www.remaja.my/hero dan juga laman media sosial rasmi Majalah Remaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI