Salah satu buku kejayaan terawal pernah saya baca adalah The 7 habit of highly effective People, tulisan Stephen R Covey, buku best –seller serata dunia ini telah terjual lebih daripada 25 juta salinan di serata dunia.

Mungkin anda pernah membaca buku tersebut atau pun belum, artikel saya kali ini adalah ingin menyampaikan inti pati buku tersebut kepada anda. Oleh kerana dalam karier saya menemu bual beratus usahawan-usahawan berjaya, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang disebutkan dalam buku ini. Apa pun untuk menjadi seorang yang berjaya, jangan pernah dengar cakap orang, buat sahaja selagi anda rasa ia tepat dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain.

Prinsip Cepat Kaya, Jangan Peduli Kata Netizen

1-Menjadi proaktif

Orang yang berjaya mempunyai pendekatan yang proaktif. Ertinya, mereka sendiri yang ‘mengemudikan’ hidup mereka. Mereka yakin dan tahu bahawa hidup mereka adalah di bawah kawalan mereka dan sering membawa diri sendiri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan sendiri.

Seseorang yang proaktif akan bertanggungjawab dengan diri sendiri dan berpandangan ke hadapan. Mereka tidak akan menyalahkan keadaan atau menyalahkan orang lain atas keadaan diri mereka sendiri.  Sebagai perbandingan, seorang yang reaktif akan menyalahkan cuaca kerana ‘tiada mood’. Ataupun menyalahkan orang di sekeliling kerana diri sendiri tidak berjaya.

Menjadi proaktif ertinya adalah untuk menerima tanggungjawab bahawa apa sahaja yang terjadi pada diri sendiri adalah akibat diri kita sendiri. Sekiranya ingin berjaya, maka, perlu pikul tanggungjawab untuk ubah diri sendiri ke arah kejayaan.

 

2-Memikirkan hasil akhir

Orang yang berjaya mempunyai gambaran akhir sebelum memulakan sesuatu. Gambaran tersebut adalah matlamat yang ingin dicapai. Manusia adalah bersifat visual. Visual akan merangsang minda dan gambaran sesuatu matlamat tercapai akan merangsang minda untuk melakukan aksi.

IKLAN

Seperti sebuah bangunan yang memerlukan pelan, daripada hanya mendirikan tiang menjadi bangunan yang gah. Orang yang berjaya setiap hari mempunyai gambaran setiap yang ingin dilakukan tercapai mengikut perancangan yang dilakukan.

Prinsip Cepat Kaya, Jangan Peduli Kata Netizen

3-Beri keutamaan kepada yang penting

Orang yang berjaya tahu cara merancang dan mengambil langkah melakukan apa yang dirancang mengikut keutamaan kepentingan.  Penyelidikan ada mengatakan setiap hari minda kita memikirkan 30,000 hingga 40,000 perkara. Dengan pelbagai gangguan di sekeliling kita, mereka berjaya adalah mereka yang memberi fokus pada kerja di tangan.

Dalam konteks sama juga, mereka yang berjaya bijak membahagi masa dan juga kerja mengikut kepakaran dan keuntungan- memberi prioriti pada tugasan yang menghasilkan pulangan nilai terbaik kepada diri sendiri.

 

4-Fikir menang-menang

IKLAN

Orang yang berjaya percaya bahawa segala rezeki atau kekayaan adalah berlebihan di dunia. Ertinya, untuk berjaya, bukan bermakna orang lain perlu gagal. Untuk mendapat rezeki, bukan bererti orang lain tidak dapat rezeki. Prinsip menang-menang membawa maksud untuk fikirkan kejayaan datang dalam pelbagai bentuk dan kepada semua orang- dan ia perlu digalakkan untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Fikir menang-menang membolehkan kita lihat bahawa manfaat boleh dikongsi dengan pihak lain juga. Ia mengajar kita untuk menghargai mereka di sekeliling kita tidak kira dalam karier, perniagaan dan hidup.

 

5-Faham dan difahami

Orang yang berjaya, hebat dalam berkomunikasi. Hebat berkomunikasi bukan bermakna hebat berbicara sahaja, tetapi hebat dalam memahami orang lain. Dengan memahami mereka di sekeliling kita, ia menjadikan kita seorang yang dihormati dan berpengaruh.

Ia dikatakan bahawa komunikasi bermula bukan di mulut, tetapi di telinga. Untuk berjaya, seseorang perlu memahami sesuatu keadaan itu sebelum membuat sebarang keputusan. Apabila kita faham mereka di sekeliling kita, kita akan menjadi orang yang difahami dan dapat membina hubungan yang lebih baik dengan orang sekeliling.

IKLAN

 

6-Sinergi

Orang yang berjaya mempunyai sinergi. Iaitu kebolehan membina hubungan antara mereka dan mereka di sekeliling. Mereka yang mempunyai sinergi juga disukai oleh orang ramai. Sinergi pula bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buatkan tetapi, ia terjadi dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki.

Interaksi dengan pihak lain adalah penting oleh kerana ia akan memberi pendedahan baru dan ilmu baru kepada kita yang selama ini hanya boleh didapati melalui pengalaman. Minda juga akan terbuka dengan pendekatan berbeza apabila menyelesaikan sebarang masalah.

Prinsip Cepat Kaya, Jangan Peduli Kata Netizen

7-Memperbaiki diri sendiri

Orang berjaya berusaha untuk memperbaiki diri mereka sendiri. Mereka tidak akan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki dan sentiasa akan mempelajari perkara-perkara baru dan menambah lagi ilmu dan skil. Mereka tahu, sekiranya mereka tidak mendapat ilmu baru, bererti mereka adalah di belakang.

Ilmu juga penting untuk setiap tabiat yang telah dikongsi di atas! Dalami ilmu kejayaan dan anda juga boleh tergolong antara orang-orang yang berjaya.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI