Berita

Profesor Pro-Zionis Cabut Lari, Tuduh Malaysia Negara Tidak Selamat

Share

Selepas kehadirannya di Malaysia mencetuskan kecaman orang ramai, profesor sains politik pro-zionis dari Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley telah keluar dari Malaysia pagi ini.

Memetik laporan Malaysia Gazzete, Gilley mendakwa Malaysia tidak selamat untuk dilawati selain menuduh negara ini menganjurkan holocoust kedua terhadap orang Yahudi.

“Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah di hadapan gerombolan Islamo-fasis yang ‘disebat’ oleh kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang,” katanya dalam hantaran di laman X.

Foto: Tangkap layar ciapan profesor pro-Zionis, Bruce Gilley di laman X.

‘Mengemis’ Kos Pulang

Dalam satu perkongsian lain, pensyarah terbabit berkata dia tidak akan menerima bayaran perjalanan sehala dan hotel berjumlah AS$2,346 (RM11,000) daripada Universiti Malaya (UM) bagi program syarahan yang telah dilakukannya sebelum ini.

“Saya tidak akan menerima pembayaran balik kos perjalanan dan penginapan daripada Universiti Malaya akibat kelakuan memalukan dan kerajaan Malaysia.

“Bayaran $2,346 di sini meliputi penerbangan sehala saya ke Malaysia dan hotel saya. Terima kasih kerana menyokong,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjalankan kempen kutipan derma daripada umum secara dalam talian bagi menampung kos berkenaan.

Gilley yang dijemput sebagai panel program di Universiti Malaya menjadi tular selepas mendakwa pemimpin politik Malaysia menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap masyarakat Yahudi.

“Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi kawan atau pendamping Amerika Syarikat, ucaptama mengenai dasar luar Malaysia,” tulisnya.

Dia bagaimanapun telah memadam perkongsian berkenaan di Twitter.

Kritik Wartawan Penyiaran Malaysia

Terdapat satu lagi kenyataan Gilley yang mengkritik wartawan penyiaran Malaysia menyebut ‘Dari Sungai ke Sengara’ dan Israel Cuak.

“Ini adalah ‘maksiat lama’ ahli politik Malaysia kembali kepada nasihat Mahathir untuk belajar daripada orang Jerman tentang cara membunuh orang Yahudi. Hari ini hos berita TV menamatkan siaran harian dengan ‘From River To The Sea’ dan ‘Israel cuak’,” katanya.

Foto: Penceramah pro-zionis, Bruce Gilley ketika menyampaikan ceramah di Universiti Malaya.

Semakan mendapati dia telah dijemput sebagai penceramah bagi dua program di UM iaitu

Will Malaysia Become An Active Middle Power anjuran Pengajian Strategik dan Antarabangsa pada 23 April

Program kedua pula pada 24 April yang bertajuk Workshop: Reserch Methodology For Postgraduate Students anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM.

Sumber: Malaysia Gazzete

BACA: Fahmi Fadzil Kesal Universiti Malaya Jemput Penceramah Pro-Zionis

 

IKLAN