Sayap latihan profesional Kumpulan Alibaba, Alibaba Global Initiatives (AGI) bakal melancarkan edisi terbaru program Alibaba Latihan Netpreneur di Malaysia.
Program ini turut mendapat sokongan dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Ia bakal yang dianjurkan selama empat minggu dengan merangkumi pelbagai kuliah dalam talian untuk memperkasakan usahawan tempatan merentas pelbagai sektor.
Program ini dijadualkan bermula pada 12 Julai hingga 16 Ogos dengan Alibaba Latihan Netpreneur meneruskan usaha-usaha AGI untuk memperlengkap usahawan dan pempimpin perniagaan dengan langkah-langkah yang ketara dan boleh laksana yang dapat diambil oleh mereka untuk mencapai kemajuan dalam ekonomi digital.
TUMPUAN LEBIH KHUSUS
Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, ia telah melatih seramai 317 usahawan di Malaysia. Kurikulum pada tahun ini akan menawarkan tumpuan yang lebih khusus pada trend perdagangan dalam talian pascapandemik seperti beli-belah rentas sempadan dan pembangunan ekonomi digital lain.
“Dengan peralihan syarikat kepada saluran dalam talian untuk memastikan perniagaan terus berjalan ketika pandemik, pendigitalan bukan lagi merupakan konsep asing kepada usahawan.
“Peringkat seterusnya adalah tentang bagaimana menukarkan kemajuan digital menjadi kelebihan terbesar kita untuk masa hadapan. Kami berharap edisi ditambah baik Alibaba Latihan Netpreneur ini akan membantu usahawan di Malaysia membangunkan strategi digital jangka panjang dan lebih bijak yang akan membuka lebih banyak peluang e-dagang untuk mereka,” jelas Penasihat Kanan di Alibaba Global Initiatives, Dan Liu.
BUKA LEBIH BANYAK PELUANG
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz pula berkata, “MDEC menyambut baik inisiatif ini kerana ia akan menjadi nadi kepada perniagaan untuk kekal berdaya tahan pada masa depan, memandangkan kita sedang melangkah ke fasa endemik.
“Perkembangan pesat pendigitalan dan akses digital telah membuka lebih banyak peluang baharu seperti perdagangan rentas sempadan. Sebagai agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, kami akan terus memangkin dan memacu ekosistem perdagangan digital dengan pelbagai program intervensi melalui inisiatif Malaysia Digital.
Kerjasama yang efektif dengan syarikat teknologi global seperti Alibaba ialah satu pencapaian yang amat penting dan kami akan mewujudkan lebih banyak kerjasama seperti ini pada masa depan”.
Program Alibaba Latihan Netpreneur akan dikendalikan secara dalam talian dalam bahasa Inggeris oleh pembimbing Alibaba diiktiraf dan pemimpin perniagaan yang mempunyai pengalaman dalam menerajui kejayaan perniagaan digital mereka sendiri. Para peserta akan meraih peluang untuk memperdalam ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka tentang:
• Ekonomi digital di China dan trend serta amalan terkini yang mencorakkan perkembangannya
• Perjalanan beberapa perniagaan tradisional terpilih yang telah berjaya melalui transformasi digital
• Evolusi perniagaan Alibaba, termasuk peranan teknologi digital dalam menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat dalam ekosistem
• Rangka kerja dan pendekatan untuk pembinaan perniagaan yang berjaya dan inovatif dalam dunia digital hari ini.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan kepada rantau Asia Tenggara, AGI dan Lazada juga akan memasukkan satu sesi berkhususkan serantau ke dalam program ini, sekali gus memberikan pelbagai input mengenai landskap perdagangan digital tempatan kepada para peserta.
Peserta yang menamatkan program akan menerima e-sijil dan layak menyertai komuniti usahawan AGI. Komuniti ini kaya dengan gabungan usahawan gigih yang pelbagai, berfikiran serupa dan berjaya, serta menyediakan pelbagai peluang yang tiada bandingannya untuk menjalin rangkaian, bekerjasama dan belajar.
Peserta yang cemerlang akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam program imersif luar talian selama seminggu di ibu pejabat Alibaba di Hangzhou, China, tertakluk pada pemenuhan kriteria kursus dalam talian.
Permohonan untuk menyertai program ini adalah terbuka sehingga awal bulan Julai. Untuk maklumat lanjut tentang kriteria pendaftaran, butiran program penuh dan bagaimana untuk mendaftar, sila kunjungi di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=4TNLoxXce30&t=31s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI