Bagi peminat program hiburan kategori atau segmen realiti TV masih lagi relevan untuk mereka. Malah jika dilihat di segenap platform TV mahupun penstriman masih banyak kandungan realiti terus dihasilkan.

Sebagai platform penstriman semakin meningkat popular, sooka turut akan menampilkan program realiti mencari cinta tersendiri. Hasil inspirasi dari rancangan-rancangan program realiti mencari cinta yang kian popular pada masa kini, sooka, bakal memperkenalkan siri Originals berformat program realiti mencari cinta melibatkan selebriti yang pertama di Malaysia pada Disember ini.

Lebih menarik ia merupakan program realiti TV yang dihasilkan hasil kerjasama mereka dan Astro dengan bakal menampilkan seorang selebriti misteri popular, yang sering menjadi tumpuan ramai.

Program Realiti Terbaru sooka & Astro Mencari Pencuri Hati Selebriti Misteri

IKLAN

“Fenomena program realiti mencari cinta merupakan trend yang diminati oleh generasi milenial pada masa kini. Kami amat gembira kerana berpeluang untuk memperkenalkan siri Originals sooka yang berinspirasikan format rancangan realiti tersebut pada hujung tahun ini.

“Kami berharap program ini memberi peluang kepada peserta dan peminat untuk mengenali selebriti pujaan mereka dengan lebih dekat sebagai individu tersendiri, di luar profesion sebagai artis,” jelas Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd Kamal.

“Format program ini juga akan lebih mengetengahkan keserasian personaliti para peserta bersama selebriti tersebut, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan. Kami juga berharap program ini akan menggalakkan syarikat produksi tempatan untuk memberanikan diri untuk menghasilkan kandungan yang lebih kreatif pada masa akan datang.”

IKLAN

SELEBRITI MISTERI TUMPUAN

Nama selebriti misteri yang bakal tampil dilaporkan bukanlah wajah asinf dalam industri perfileman negara. Bukan sahaja merupakan seorang pelakon bujang yang ‘macho’ tetapi juga seorang insan yang berpersonaliti menarik dan santai.

“Kami berpendapat rancangan ini bakal mendapat sambutan memberangsangkan, dengan adegan-adegan penuh drama demi mencuri hati selebriti misteri tersebut. Sudah pasti tarikan utama adalah untuk menyaksikan keserasian bakal peserta bersama selebriti tersebut sebagai pendorong kepada pada peminat untuk terus menonton kisah selanjutnya sehingga ke episod terakhir, ” tambah Emarina.

IKLAN

Pencarian bakal bermula

Semua golongan wanita bujang di Malaysia berusia antara 21 – 45 tahun di jemput untuk menyertai uji bakat program realiti tersebut, seperti berikut:
1. Hantarkan video berdurasi pendek ‘Mengapa saya ingin berkenalan [selebriti pilihan anda]
2. Namakan 3 selebriti tempatan popular yang ingin anda kenali
3.Emelkan penyertaan anda berbentuk video atau Pautan di submissionforaudition@astro.com.my
4. Sila nyatakan pada subjek e-mel: ‘Penyertaan: Saya ingin mengenali selebriti lelaki paling popular’
5. Tarikh Akhir akhir penyertaan : 23 Ogos 2022

Program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka pada akhir tahun ini. Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka – pelan VIP Entertainment.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI