Sebagai sebuah jenama yang banyak memasarkan pelbagai produk penjagaan diri, kesihatan dan kecergasan, Watson melihat kesedaran terhadap subjek tersebut sangat penting.

Salah satu cara mereka mengangkat kesedaran ini ialah dengan penganjuran ‘Watson Get Active’. Edisi pada tahun ini menyaksikan ia diadakan buat kali kelapan yang berlangsung pada 23 dan 24 September 2023 di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Salah satu kejayaan acara ini yang palijg signifikan ialah acara kecergasan yang merangkumi Zumba, Tabata dan Spin Cylce. Lebih menarik penyertaan seramai lebih 5,000 orang ini telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records dengan Penyertaan Terbesar Dalam Rutin Kecergasan Dalaman Secara Serentak.

Program Watson Get Active 2023 Catat ‘The Malaysia Book of Records’ Penyertaan Terbesar Dalam Rutin Kecergasan Serentak

Melihatkan jumlah penghidap diabetes dan obesiti yang semakin tinggi di kalangan rakyat Malaysia, acara kecergasan tahunan anjuran Watson ini sedikit sebanyak mampu memberikan kesedaran terutamnya buat ahli dan pelanggannya.

‘Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No. 1 di Malaysia, Watsons Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan bagi menggalakkan gaya hidup sihat. Kami berhasrat untuk pergi lebih jauh dengan menganjurkan sambutan senaman pelbagai terbesar untuk pelanggan kami.

IKLAN

“Tahun ini, kami telah mempertambah tawaran senaman kami, termasuk Zumba, Tabata dan “Spin Cycle”, selama dua hari. Selain itu, kami berhasrat untuk memecahkan rekod Malaysia Book of Records’ sekali lagi dengan Penyertaan Terbesar dalam Rutin Kecergasan Dalaman Serentak,’ jelas Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.

Program Watson Get Active 2023 Catat ‘The Malaysia Book of Records’ Penyertaan Terbesar Dalam Rutin Kecergasan Serentak

Sepanjang karnival Watsons Get Active 2023 berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti pesta senaman penuh muzik selama 90 minit yang dimeriahkan oleh 25 tenaga pengajar terlatih diketuai oleh Duo Zumba Alex Phang dan Deno Au. Jason dan Anna untuk rutin senaman Tabata dan Shafiq dan Ken untuk ‘Spin Cycle’.

IKLAN

Selain itu, pelanggan dijanjikan pesta kecergasan yang penuh keseronokan, bazar kesihatan dan kecantikan, pensampelan produk dan banyak lagi semasa karnival dua hari ini. Karnival Watsons Get Active ini juga menampilkan sebanyak 40 gerai daripada jenama kesihatan dan kecantikan di mana peserta boleh memanfaatkan tawaran eksklusif, demonstrasi, hadiah sepanjang hari dan persembahan artis terkenal seperti Firdhaus, Nicole Lai, DOLLA dan COEX.

Program Watson Get Active 2023 Catat ‘The Malaysia Book of Records’ Penyertaan Terbesar Dalam Rutin Kecergasan Serentak

Menurut Caryn lagi, “Watsons Malaysia amat konsisten dalam menyokong inisiatif untuk membantu masyarakat. Justeru, RM10,000 akan disumbangkan kepada Special Olympics Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong komuniti kurang upaya intelek melalui program sukan, kesihatan, pendidikan dan pembinaan komuniti.

IKLAN

“Tahun ini, Watsons telah menyumbangkan barangan keperluan dan produk bernilai lebih RM1 juta kepada masyarakat Malaysia dan menerima anugerah tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama kami sebagai Syarikat Terbaik (Runcit) dalam Kelestarian & CSR Malaysia 2023 oleh CSR Malaysia.”

Program Watson Get Active 2023 Catat ‘The Malaysia Book of Records’ Penyertaan Terbesar Dalam Rutin Kecergasan Serentak

Tahniah buat Watson di atas kejayaan penganjuran acara yang banyak memberikan kesedaraan dan manfaat kecergasan dan kesihatan. Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untukseleksi di masa akan datang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI