
Kalau kereta ada jadual servis, badan pun sama. Bezanya, ramai lelaki sanggup push badan sampai letih, tapi bab makan masih main agak-agak. Padahal kalau anda nak badan lebih fit, stamina lebih panjang dan fizikal lebih sasa, senaman saja tak cukup. Pemakanan ialah ‘fuel’ yang menentukan sama ada anda progress atau sekadar penat. Bagaimana dengan protein bar?
Antara nutrien paling penting untuk lelaki yang aktif bersenam ialah protein. Protein bantu pemulihan otot, sokong pembinaan jisim otot dan buat anda rasa kenyang lebih lama. Anda boleh dapat protein dari makanan semula jadi seperti ikan, telur, ayam, daging tanpa lemak, kekacang dan produk tenusu.
Dalam dunia fitness sekarang pula, satu pilihan yang makin popular ialah protein bar. Snek kecil yang nampak ringkas ini selalu jadi penyelamat untuk lelaki yang tak sempat makan, asyik outstation, atau jenis terus masuk gym lepas kerja.

Kenapa Protein Bar Jadi Pilihan Ramai?
Protein bar biasanya dipasarkan sebagai snek yang sesuai untuk gaya hidup aktif. Ada yang ambil sebagai kudapan sihat, ada juga yang makan selepas workout untuk bantu recovery. Kebanyakan protein bar mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding snek biasa dan direka untuk menyokong badan selepas latihan.
Ia juga sering dijadikan alternatif yang lebih baik berbanding coklat bar atau snek konvensional, terutamanya bila anda sedang dalam perjalanan dan nak sesuatu yang cepat.
Tapi ini bahagian yang perlu anda ingat. Protein bar bukan ‘magic food’. Ia bukan tiket auto jadi lean atau auto jadi muscular. Ia cuma alat, dan alat yang betul pun boleh jadi masalah kalau salah guna.

Protein Bar Boleh Buat Berat Badan Naik?
Soalan paling common, protein bar ni buat gemuk tak?
Jawapan jujur ialah anda hanya akan naik berat badan jika anda makan lebih banyak kalori daripada yang badan bakar setiap hari. Jadi protein bar tak semestinya buat anda naik berat, tapi ia boleh jadi punca berat naik kalau anda ambil tanpa kawal.
Sesetengah bar nampak kecil, tapi kalorinya boleh mencecah 300 kalori atau lebih, terutama yang tinggi gula dan tinggi karbohidrat. Kalau anda makan satu dua bar sehari tanpa sedar, anda sebenarnya tengah tambah kalori macam makan satu meal tambahan.

Dan yang buat ramai lelaki terperangkap ialah bar ni nampak macam snek ‘clean’. Padahal kalau kandungan dia tinggi gula, ia lebih kurang sama vibe macam anda makan dessert, cuma packaging dia nampak sporty.
Apa Yang Wajib Semak Pada Label Protein Bar
Kalau anda nak main protein bar dengan bijak, ini perkara yang anda kena check setiap kali sebelum beli:
- Jumlah kalori
- Kandungan protein
- Jumlah gula
- Karbohidrat dan lemak
- Saiz hidangan sebenar
Ini point paling penting. Ada bar yang nampak sihat, tapi bila baca label, gula dia tinggi dan protein dia biasa-biasa saja.
Rule of thumb untuk kebanyakan lelaki aktif:
- Cari protein sekurang-kurangnya 15 hingga 25 gram
- Gula idealnya rendah
- Kalori ikut matlamat sama ada nak bulking atau cutting
Mana Satu Sesuai Untuk Anda
Pemilihan sebenarnya bergantung pada objektif anda. Ini bahagian yang ramai skip.
Kalau anda sedang bulking atau nak tambah jisim
Pilih bar yang lebih tinggi kalori, protein tinggi dan karbohidrat lebih tinggi. Bar jenis ini sesuai untuk anda yang perlukan extra fuel dan struggle nak cukupkan kalori harian.
Kalau anda sedang cutting atau nak turunkan lemak
Pilih bar yang lebih rendah kalori, rendah karbohidrat tapi masih tinggi protein. Ia boleh jadi snek yang bantu anda kenyang tanpa sabotaj defisit kalori.
Kalau anda hanya nak maintain dan hidup aktif
Cari bar yang seimbang — protein cukup, gula rendah, kalori sederhana.
Timing Yang Betul Bila Nak Makan Protein Bar
Ini bahagian yang boleh buat protein bar jadi sangat berguna, atau jadi punca badan makin ‘blur’.
Sebelum workout
Jika anda lapar dan tak sempat makan proper meal, ambil protein bar 30 hingga 60 minit sebelum bersenam. Tapi pilih yang tak terlalu tinggi gula supaya perut tak memulas.
Selepas workout
Ini timing paling selamat untuk protein bar. Lepas training, badan perlukan protein untuk proses pemulihan otot. Bar boleh jadi penyelesaian cepat bila anda tak sempat makan.
Dalam perjalanan atau waktu kerja sibuk
Protein bar sesuai sebagai emergency snack. Daripada anda belasah keropok atau air manis, lebih baik pilih bar yang ada protein.
Sebelum tidur
Kalau anda lapar dan tak boleh tidur, protein bar boleh bantu. Tapi pastikan ia tak tinggi gula atau kalori kalau anda tengah cutting.

BACA: Kasut Larian Carbon Plate, Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Perlukan?
Jadi Berbaloi Ke?
Jawapan dia ya, kalau anda guna dengan bijak.
Protein bar berbaloi untuk lelaki yang:
- Sibuk dan perlukan snek cepat
- Nak tambah protein harian
- Nak sesuatu yang mudah selepas workout
- Nak elak snek kosong nutrisi
Tapi untuk jangka panjang, makanan semula jadi tetap lebih win. Ayam, telur, ikan, kekacang dan makanan real adalah asas sebenar.
Protein bar ni macam tool dalam toolbox. Kadang-kadang anda perlu. Tapi kalau anda guna setiap hari tanpa fikir, lama-lama anda bukan jadi lebih fit, anda cuma jadi lebih pandai justify tabiat makan.
Bukan Pengganti Diet
Kalau anda lelaki yang betul-betul nak improve kecergasan, jangan hanya fokus pada senaman. Tengok juga apa yang masuk dalam badan. Protein bar boleh bantu, tetapi ia bukan pengganti diet yang betul.
Pilih yang sesuai dengan matlamat anda, semak label, jaga timing dan guna sebagai sokongan, bukan alasan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




