PUMA X BALMAIN Tampilkan Kolaborasi Pertama Bersama Supermodel, Cara Delevinge

Share

Jenama fesyen terkenal BALMAIN semestinya tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap koleksi yang diperkenalkan mereka sentiasa menjadi fokus pencinta fesyen antarabangsa.

Bagi musim luruh pada tahun ini BALMAIN bersama jenama suka terkenal, PUMA melakukan kolaborasi menampilkan koleksi eksklusif. Lebih istimewa koleksi PUMA x BALMAIN ini turut direalisasikan bersama idea dari supermodel terkenal, Cara Delevinge.

Kerjasama yang sangat menarik dari tiga nama besar dalam indsutri fesyen dan pakaian ini menampilkan dua kapsul koleksi edisi terhad. Kedua-duanya direka oleh Pengarah Kreatif BALMAIN, Olivier Rousteing bersama rakan baiknya, Cara Delevinge.



Bagi BALMAIN, tiada ikon lebih sesuai untuk menyerlahkan tema troublemaker seperti yang diserlah di pertunjukan fesyen BALMAIN Fall 2019.

Koleksi yang cukup istimewa ini menggabungkan tiga elemen berbeza iaitu semangat rebelious Cara Delevinge, sentuhan mewah BALMAIN dan rekaan lasak PUMA.

Ia turut menampilkan pertembungan antara tema sukan dan fesyen yang diinspirsaikan daripada peralatan tinju.

Koleksi PUMA x BALMAIN ini akan mula didapati di pasaran tempatan mulai esok di PUMA KLCC, PUMA Sunway Pyramid dan laman sesawang PUMA.com.

IKLAN