Jenama fesyen terkenal BALMAIN semestinya tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap koleksi yang diperkenalkan mereka sentiasa menjadi fokus pencinta fesyen antarabangsa.
Bagi musim luruh pada tahun ini BALMAIN bersama jenama suka terkenal, PUMA melakukan kolaborasi menampilkan koleksi eksklusif. Lebih istimewa koleksi PUMA x BALMAIN ini turut direalisasikan bersama idea dari supermodel terkenal, Cara Delevinge.
Kerjasama yang sangat menarik dari tiga nama besar dalam indsutri fesyen dan pakaian ini menampilkan dua kapsul koleksi edisi terhad. Kedua-duanya direka oleh Pengarah Kreatif BALMAIN, Olivier Rousteing bersama rakan baiknya, Cara Delevinge.
Ads
Bagi BALMAIN, tiada ikon lebih sesuai untuk menyerlahkan tema troublemaker seperti yang diserlah di pertunjukan fesyen BALMAIN Fall 2019.
Ads
Koleksi yang cukup istimewa ini menggabungkan tiga elemen berbeza iaitu semangat rebelious Cara Delevinge, sentuhan mewah BALMAIN dan rekaan lasak PUMA.
Ads
Ia turut menampilkan pertembungan antara tema sukan dan fesyen yang diinspirsaikan daripada peralatan tinju.
Dalam dunia aksesori moden, kaca mata bukan lagi sekadar pelindung mata, tetapi simbol gaya hidup yang menonjolkan personaliti. Jenama dari Perancis, IZIPIZI, kini melangkah lebih jauh dengan pelancaran koleksi terbaru.
Koleksi terbaharu ini, ‘Chapter’s Collection’ menggabungkan keanggunan rekaan kontemporari dengan fungsi praktikal untuk lelaki dan wanita urban.
Menurut IZIPIZI, ‘Chapter’s Collection’ membawa inspirasi daripada bab-bab kehidupan moden. Setiap rekaan kaca mata dalam koleksi ini menggambarkan kisah tersendiri, seolah-olah helaian buku yang melakar perjalanan gaya pemakai.
Dari warna sehingga bentuk bingkai, setiap butiran disusun rapi untuk mengekspresikan identiti pemakai yang berani dan penuh karakter.
Koleksi ini hadir dengan pelbagai siri termasuk Screen, Sunglasses, Reading Glasses, dan Junior, menampilkan pilihan meluas untuk pelbagai keperluan. Ia bukan sekadar aksesori, tetapi peneman harian yang versatil, sesuai untuk bekerja, bersantai, mahupun melancong.
Antara tarikan utama koleksi ini ialah palet warna yang segar dan moden. Warna neutral digabungkan dengan tona berani seperti burgundy, hijau zaitun dan biru laut, mencipta keseimbangan antara sofistikasi dan gaya kasual.
Bentuk bingkai pula direka ergonomik dengan garis minimalis yang menekankan keselesaan tanpa mengorbankan estetika.
IZIPIZI turut menekankan aspek keselesaan dengan material ringan dan fleksibel, menjadikannya pilihan ideal untuk penggunaan sepanjang hari.
Reka bentuknya bukan sahaja mesra mata, tetapi juga mesra gaya, menyesuaikan diri dengan pelbagai penampilan lelaki moden.
Pelancaran ‘Chapter’s Collection’ diraikan dengan kempen eksklusif di Malaysia, mempamerkan kaca mata sebagai elemen penting dalam gaya hidup moden.
Koleksi ini kini boleh didapati di butik rasmi IZIPIZI serta pengedar sah terpilih di seluruh negara. Dengan penawaran harga yang kompetitif, ia membolehkan lebih ramai individu menikmati gabungan fesyen dan fungsi premium.
Koleksi baharu IZIPIZI menegaskan bahawa kaca mata adalah lebih daripada sekadar alat perlindungan mata.
Ia adalah ekspresi personaliti, gaya hidup, dan naratif individu. ‘Chapter’s Collection’ hadir untuk mereka yang mahu bergaya dengan keyakinan, sambil menikmati fungsi moden yang memenuhi keperluan harian.
Dengan rekaan yang segar, palet warna memikat, serta fungsi praktikal, IZIPIZI sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sekadar pengeluar kaca mata, tetapi peneraju gaya hidup kontemporari.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan senang ingin berjaya di dalam dunia perniagaan tambahan lagi di usia muda!
Namun, pengasas jenama Bulan Bintang ini membuktikan usia bukan penghalang untuk kita berjaya dalam perniagaan dan apa yang kita ceburi. Tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan Kurta baju Melayu, jenama Bulan Bintang kini boleh dianggap sebagai antara jenama pilihan pembeli setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Individu yang bertanggungjawab membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini tidak lain tidak bukan ialah Azzim Zahid Azmi. Pada usia 25 tahun, ‘otak bisnes’ yang dimiliki olehnya telah memberikan pelbagai bentuk motivasi kepada remaja sebaya mahupun yang lebih muda untuk memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan.
Menjengah dengan lebih dekat kisah kejayaan pengasas tersebut, REMAJA senaraikan lima fakta menarik yang boleh sama-sama kita jadikan sebagai inspirasi untuk mengejar impian. Tiada apa yang mustahil guys.
Perniagaan Bulan Bintang bermula sewaktu Azzim ingin mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya dan dia mencari baju ‘paling Islamik’ yang selesa dipakai di tanah suci. Azzim menyasarkan untuk mencari Kurta, namun sukar untuknya mendapatkan Kurta dengan rekaan minimal dan ‘kosong’. Azzim akhirnya berjaya mendapatkan apa yang dihendaki dan bernasib baik kerana Kurta tersebut dikhabarkan sudah habis terjual.
Sekembali daripada ibadah Umrah dan menamatkan persekolahan, Azzim terfikir ada pasaran luas untuknya memperkenalkan rekaan Kurta minimal sebegini.
Azzim membeli beberapa gulung kain dan dia menaip, “Kilang Jahit Pukal” atau tanda pagar “#JahitPukalMurah” di kotak carian Instagram untuk mencari siapakah yang boleh merealisasikan rekaan Kurtanya itu. Selepas menemui pekerja warga Bangladesh yang boleh menjahit, dia menyiapkan 200 ke 300 helai Kurta. Bermula dengan jumlah sedikit, ia mula melipat kali ganda memasuki angka ribuan helai.
Ternyata pengalaman mengajar seseorang individu. Pada tahun pertama memulakan perniagaan Bulan Bintang, Azzim yang dahulunya hanya berpengalaman menjual baju T nyata belum lagi memahami selok-belok perniagaan musim perayaan. Sewaktu Ramadan, memang ramai yang menyerbu gerainya dan Azzim gigih menambah stok. Namun sesudah tamat Raya, dengan permintaan yang telah berkurangan; Azzim tersedar koleksinya itu ‘bermusim’. Dengan sejumlah stok tidak terjual, dia mengambil keputusan menghabiskan dua tahun berikutnya untuk fokus kepada pengajian di peringkat degree dahulu.
Hanya pada tiga tahun pengajian, Azzim menemui motivasi untuk menghidupkan semula Bulan Bintang. Kali ini, dia mencuba pasaran baju Melayu pula. Kali ini kehendak rekaannya juga berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh pasaran. Di kala ramai peniaga memperkenalkan Baju Melayu ‘slim fit’ yang melekap pada badan, Azzim inginkan baju Melayu yang sedikit longgar, tanpa logo terpampang pada baju dan paling utama, cantik. ‘Tailored-fit’ gelarnya. Sebelum Ramadan berakhir, stoknya itu habis terjual. Sekali lagi, firasat perniagaan Azzim mengena.
Daripada 3000 helai yang disediakan pada 2019, ia meningkat kepada 10,000 stok pada tahun 2020. Azzim memperkenalkan konsep ‘Next Day Delivery’ oleh Bulan Bintang di Lembah Klang untuk menyelesaikan isu penghantaran pada musim pandemik. Janji Bulan Bintang, “Order Hari Ini, Esok Sampai,” dan ia merupakan strategi yang membantu meletakkan jenama tersebut di hadapan jenama-jenama lain.
Azzim tidak lagi menoleh ke belakang. Pada tahun lalu, jenama itu telah menyediakan puluhan ribu stok baju Melayu di samping memperkenalkan semula koleksi Kurta asalnya dengan rekaan serta kualiti yang lebih baik.
Sambil menyifatkan orang muda di luar sana harus memulakan langkah perniagaan pada usia muda, Azzim merasakan ramai yang stuck pada ‘fasa angan-angan’ kerana gerun melihat usahawan senior yang sudah jauh ke hadapan. Baginya, seseorang harus melihat pada keupayaan masing-masing dan ingat, mana-mana usahawan perlu bermula dari bawah.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hujung minggu lalu, MASKULIN telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk mengikuti liputan acara ulang tahun ke-40 Casio G-SHOCK yang sarat dengan pelbagai persembahan serta pengenalan model-model terbarunya di samping kehadiran nama-nama besar jenama tersebut.
Salah satu model jam terbaharu dari G-Shock yang paling menarik perhatian kami ialah hasil kolaborasi ekslusif mereka bersama artis yang kini sedang meningkat naik berasal dari Indonesia, Rich Brian.
Mengangkat ‘toughness’ atau ketahanan sebagai elemen utama jenamanya, G-SHOCK meneruskan legasi 40 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 1983 dengan aspirasi anak muda yang hadir dengan latar belakang unik seperti Rich Brian.
G-SHOCK berkolaborasi dengan Rich Brian, rakan label terkemuka di 88rising bagi menginterpretasikan semula jam pilihannya. Jadi pakah model G-SHOCK yang menarik buat Rich Brian? Pilihan peribadinya untuk koleksi yang cukup menarik ini ialah GA-2100 yang terkenal dengan daya tahan lasaknya.
Lebih menarik inspirasi dari reka bentuk dan estetika jam lain dalam warisan G-SHOCK, dikenali dengan bezel oktagonal dan reka bentuk minimalis. Nostalgia dibina di atas kerangka masa.
Reinterpretasi Brian ini diilhamkan dari sebuah gitar membuatnya jatuh cinta kepada muzik ketika zaman kanak-kanak di Indonesia. Warna asas hijau laut yang mencolok dipadankan dengan aksen merah jambu salmon, menyinggung kenangan gitar yang menjadi obsesinya semasa kanak-kanak.
Bagi menyempurnakan keterampilan jam G-SHOCK ini tampil lebih istimewa, tandatangan Brian menghiasi bahagian belakang case, hampir seperti sebuah penghormatan buat artis muda sepertinya dari Casio G-SHOCK itu sendiri.
Dalam suatu cara, reinterprestasi ini berfungsi sebagai peringatan akan asal-usulnya dan usaha tanpa henti dalam mencapai keahlian seni. Apa yang dilihat tidak pernah sama dengan apa yang diperoleh dengan Brian.
G-SHOCK x RICH BRIAN ini bakal diperkenalkan di pasaran tempatan pada harga MYR 675 dan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi https://gshock.casio.com/my/g-news/new-releases/2023/rich-brian/, serta di semua kedai G-SHOCK dan beberapa kedai pengedar utama bermula 15 Disember 2023.
Buat peminat dan pengumpul G-SHOCK, ini merupakan koleksi pastinya menarik perhatian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!