Bagi pelari yang aktif terdapat beberapa ‘musuh’ utama mereka yang paling ditakuti.

Selain masalah kecederaan akibat melecet atau blister ada satu lagi jenis kondisi yang cukup ditakuti. Dan perkara ini biasa berlaku kepada pelari yang usia sudah meningkat. Namun jangan sangka ia tidak oleh berlaku kepada anda yang masih muda ya.

Kecederaan yang MASKULIN perkatakan adalah kecederaan lutut. Bayangkan anda tengah sedap berlari pada pace yang cukup baik tiba-tiba rasa tidak selesa dan sakit di bahagian lutut. Langkah yang diambil selepas itu dirasakan mencucuk-cucuk bagaikan dicucuk jarum.

Mahu tidak mahu, terpaksalah larian dihentikan. Lebih teruk lagi jika kecederaan serius yang menyebabkan anda perlu dipapah dan diberi pertolongan untuk mendapatkan rawatan ke hospital dengan segera.

Punca Utama Mengapa Lutut Anda Sakit Semasa Berlari

Dan tahukah anda bahawa ramai pelari aktif terpaksa menggantung kasut larian akibat kecederaan lutut yang serius!

PUNCA SAKIT

Jika anda terasa sakit di bawah tempurung lutut dan rasa lagi teruk semasa berlari atau menggunakan tangga itu bermakna anda patella anda telah lari dari ligamen.

IKLAN

Cara Atasinya:

  • Kurangkan jarak larian
  • Selang-selikan dengan aktviti yang tak emlibatkan lutut
  • Ambil ubat anti-inflammatory
  • Jika sakit berterusan sila jumpa doktor
  • Lakukan senaman foam roll

MASALAH BERAT BADAN

Namun tidak dinafikan masalah utama yang menyumbang kepada masalah sakit lutut buat anda yang suka berlari ialah berat badan yang berlebihan. Apabila anda memiliki berat badan yang tinggi, ia akan menyebabkan lutut terpaksa menampung beban yang berat.

Ditambah pula bila anda melakukan aktiviti larian, ia hanya menyebabkan lutut amat mudah terdedah dengan kecederaan dalaman.

Jadi kepada anda yang mempunyai ebrat badan berlebihan pastikan terlebih dahulu bahawa kondisi lutut anda dalam keadaan baik sebelum berlari.

IKLAN

Usah lari dalam jarak yang jauh dan memaksa diri. Berlari pada pace yang sesuai denga anda. Biarlah ia perlahan tapi dalam masa yang sama memberikan keselesaan kepada badan anda.

Sebagai contoh mula berlari dalam tempoh 5 sehingga 10 minit. Apabila sudah selesa dan konsisten tambahkan jarak atau masa larian sehinggalah genap kepada 30 minit.

Jika anda mula selesa apabila mencapai tahap itu bermakna fizikal anda semakin selesa dan boleh berlari pada jarak lebih jauh.

IKLAN

Punca Utama Mengapa Lutut Anda Sakit Semasa Berlari

SUSUN STRATEGI LARIAN

Untuk mengelakkan anda mudah sakit lutut paling penting ialah merancang corak atau strategi larian.

Pertama sekali lakukan warm up kira-kira 10 minit dengan brisk walk untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.

Kemudian apabila bermula lakukan larian kira-kira seminit dan selang-selaikan dengan berjalan selama 2 minit.

Ulang langkah di atas sehingga 15 ke 20 minit dan habiskan dengan 5 minit berjalan untuk cool down.

Anda boleh dapatkan kasut larian pada harga sangat berpatutan di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI