Automotif

Pusat Servis Baharu PEUGEOT Tawar Pengalaman Selepas Jualan Bertaraf Premium

Share

Dalam landskap automotif yang semakin kompetitif, jenama yang bijak bukan sahaja menawarkan kenderaan hebat, tetapi juga menyempurnakan keseluruhan perjalanan pemilikan. Itulah yang dilakukan oleh Cycle & Carriage apabila mereka merasmikan pusat servis PEUGEOT serba baharu di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Pusat ini merupakan sebahagian daripada kolaborasi strategik bersama Stellantis Malaysia. Ia dilihat sebagai langkah penting buat mereka dalam memperkukuhkan kehadiran serta sokongan selepas jualan untuk semua pemilik kenderaan di bawah jenama Stellantis, khususnya PEUGEOT.

“Kami teruja untuk meluaskan peranan Cycle & Carriage Batu Caves menjadi pusat servis khusus yang akan bukan sahaja berkhidmat kepada pelanggan sedia ada, tetapi juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan terbaik untuk kenderaan jenama Stellantis,” Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Adrian Short.

Infrastruktur Canggih & Fasiliti Bertaraf Tinggi

Dengan keluasan 8,005 kaki persegi, pusat servis ini dilengkapi dengan lima ruang servis dan baik pulih, serta lima ruang kerja badan dan cat. Sama ada untuk sentuhan kosmetik kecil mahupun kerja baik pulih besar, segalanya disediakan di bawah satu bumbung.

Selain itu, pelanggan turut menikmati ruang menunggu yang moden dan selesa. Malah ia lengkap dengan minuman ringan, Wi-Fi serta ruang duduk yang tenang untuk menjadikan kunjungan servis mereka lebih menyenangkan.

“Dengan fokus kepada kecemerlangan servis dan penjagaan pelanggan, kami komited untuk menyampaikan pengalaman selepas jualan yang tiada tandingan untuk semua pemilik jenama Stellantis, bermula dengan PEUGEOT,” tambah Adrian lagi.

Bagi Stellantis pula, pembukaan pusat ini adalah selaras dengan visi jangka panjang mereka untuk menyediakan pengalaman pemilikan menyeluruh.

Jelas Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, “Fasiliti baharu ini mencerminkan hasrat bersama kami untuk menetapkan penanda aras baharu dalam servis selepas jualan serta dedikasi untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar”. ”

Tawaran Kenderaan Pre-Owned

Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan, semua temujanji servis yang dibuat dalam bulan Julai akan menerima semakan kesihatan bateri percuma, pemeriksaan penyaman udara, diagnostik DiagBox, pemeriksaan 30 poin, cucian kereta dan hadiah alu-aluan.

Tidak cukup dengan itu, Cycle & Carriage turut menawarkan unit terhad PEUGEOT 3008 pre-owned bermula dari RM108,000.

Setiap unit hadir dengan perbatuan rendah, waranti sah sehingga tahun 2031, penyelenggaraan penuh di pusat servis bertauliah, serta pemeriksaan pra-hantar (PDI) yang ketat bagi memastikan kualiti dan prestasi berada pada tahap terbaik.

Tawaran ini tersedia di bilik pameran Cycle & Carriage di Cheras dan George Town.

Cycle & Carriage Batu Caves kini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pusat ini tidak beroperasi pada hari Ahad.

Pusat servis ini bukan sekadar tambahan kepada rangkaian Cycle & Carriage. Ia adalah refleksi kepada evolusi jenama yang semakin mengutamakan pengalaman pelanggan secara holistik, dari jalan raya hingga ke pusat servis.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan servis, layari www.cyclecarriage.com.my. 

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim