Hampir semua orang akan hadapi dengan pengalaman putus cinta. Cuma bezanya sama anda atau si dia yang memutuskan hubungan.

Dan setiap orang pasti akan berdepan pengalaman ini dengan cara berbeza. Ada yang buat-buat tak kisah tapi dalam hati menangis dan ada juga yang bermuram durja seminggu berturut-turut. Makan tak lalu, tidur tak lena.

Tapi pernahkah anda terfikir buat apa jadi lelaki yang sanggup habisakan masam bersedih semata-mata untuk orang yang tak hargai kita?

Jangan bazir tenaga ya saudaraku sekalian! Sebaliknya lakukan 6 perkara ini.

1. MOHON KEKUATAN DARIPADA ALLAH

Tip melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah dalam menjalani kehidupan mendatang. Berdoalah dan mengadulah nasib anda kepada Yang Maha Esa. Minta petunjuk agar di sebalik rasapatah hati anda ada hikmah yang lebih besar menanti di masa akan datang.

IKLAN

2. BELAJAR TERIMA KENYATAAN

Putus Cinta? Usah Bazir Tenaga Kenang Orang Yang Tak Hargai Anda!

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

BACA: Periksa Telefon Suami Senyap-Senyap Adalah Satu Jenayah Moden

IKLAN

3. BUANG SEGALA PERKARA TENTANG DIA

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan orang yang kita sayang. Buanglah segala perkara tentang dia. Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda. Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

Putus Cinta? Usah Bazir Tenaga Kenang Orang Yang Tak Hargai Anda!

IKLAN

4. SIBUKKAN DIRI

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

5. JAUHI PERKARA BERKAITANNYA 

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia. Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia. Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

Putus Cinta? Usah Bazir Tenaga Kenang Orang Yang Tak Hargai Anda!

6. KONGSI MASALAH DENGAN ORANG DIPERCAYAI

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini. Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI