Anda rasa anda sudah cukup kuat untuk ditabalkan menjadi orang paling gagah di Asia Tenggara? Jika ya, usah berlengah lagi kerana pertandingan istimewa R U Tough Enough kini kembali mencari calon seterusnya.

Pertandingan yang cukup dinantikan oleh penggemar sukan orang kuat di Asia Tenggara ini dibawakan khas oleh KIX HD (saluran Astro 729) dengan kerjasama Fisherman’s Friend.

Menurut penganjur, pertandingan R U Tough Enough Southeast Asia membawa maksud baru untuk menampilkan kekuatan sebenar kerana faktor fizikal sahaja tidak mencukupi.

‘R U Tough Enough’, Pertandingan Mencari Orang Terkuat Asia Tenggara Kini Dibuka

Jelas Pengarah Eksekutif, Jualan Afiliasi dan Pengiklanan, Celestial Tiger Entertainment, Annie Chan, “Hari ini, R U Tough Enough membuka cabaran kepada semua negara di Asia Tenggara dan pada pertama kali untuk Hong Kong, khusus buat semua individu yang gagah agar melangkah keluar dari zon selesa mereka dan membuktikan kekuatan berhadapan dengan individu-individu gagah lain di rantau ini!”.

BACA: 6 Kesalahan Besar Sering Dilakukan Oleh Lelaki Semasa Di Gym

IKLAN

PENAMPILAN LEBIH BARU & BERMAKNA

Pada tahun ini juga menyaksikan R U Tough Enough menampilkan logo yang baru dengan rekaan yang menyerlahkan pemenang-pemenangnya.

Kekuatan fizikal, kecekalan mental dan ketahanan emosi adalah teras utama juara R U Tough Enough, dan pemohonan secara dalam talian kini sudah dibuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang bersedia untuk menghadapi cabaran R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dimana empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia!

‘R U Tough Enough’, Pertandingan Mencari Orang Terkuat Asia Tenggara Kini Dibuka

Final Showdown akan menyaksikan finalis Malaysia bersaing dengan peserta yang paling gagah dari Hong Kong, Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam.

IKLAN

Daftar sekarang untuk bertanding dalam merebut gelaran ‘Southeast Asia’s Toughest’ – R U Tough Enough Southeast Asia 2019 yang akan menerima pemohonan dari hari ini sehingga 22 September melalui laman web rasmi: www.KIX-TV.com/tough.

HADIAH LUMAYAN

R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Hadiah utama bernilai sebanyak US$15,000 (RM60,000) menanti pemenang serantau yang akan dinobatkan sebagai ‘Southeast Asia’s Toughest 2019’!

Untuk menyertai, anda boleh memohon secara dalam talian di www.KIX-TV.com/tough selewat-lewatnya pada 22 September.

IKLAN

Calon-calon yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sesi ujibakat tertutup dan seramai empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia menandingi finalis dari negara Asia Tenggara dan Hong Kong dalam Final Showdown di Sunway Pyramid pada Ahad, 3 November.

‘R U Tough Enough’, Pertandingan Mencari Orang Terkuat Asia Tenggara Kini Dibuka

Sejak pertandingan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014, R U Tough Enough telah melebarkan sayapnya ke Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Pada tahun ini, R U Tough Enough Southeast Asia 2019 mengalu-alukan peserta dari Hong Kong buat pertama kali.

Mesej inspirasi buat semua peserta bahawa setiap orang berpotensi untuk menonjolkan kekuatan diri dalam cara tersendiri, telah menarik perhatian beribu peserta merentasi rantau ini dan telah memberi impak dalam kehidupan setiap peserta sebelum ini.

Sebagai suatu penghormatan, kisah-kisah inspirasi peserta-peserta R U Tough Enough akan dipertontonkan dalam slot istimewa selama 30-minit, yang akan disiarkan di KIX HD (Astro Saluran 729) pada Januari 2020.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI