
Orang ramai selalu salah tafsir tentang diet, mereka beranggapan lebih lapar perut, lebih menjadilah diet.
Menurut Arif Sukri di Facebook, sebenarnya mereka silap, diet bukan tahan lapar. Tetapi atur makanan mengikut keperluan dan ada jadual yang tertentu.
Menahan lapar boleh bawa kesan buruk yang banyak untuk badan.
Ini dia 10 hal penting yang anda perlu tahu bahayanya diet menahan lapar.
1. Berlapar akan menyebabkan badan kehilangan vitamin-vitamin yang penting.

2. Mudah berlakunya rabun malam akibat kekurangan Vitamin A, Anemia yang menyebabkan sel darah merah berkurang dan beberapa simptom bahaya lain.
3. Berlapar juga menyebabkan masalah dehidrasi berlaku. Kulit mula kering secara berperingkat.
Buat para wanita yang diet tapi tahan lapar. Untuk jangka waktu panjang ia juga akan menyebabkan kitaran haid kalian tidak teratur.
4. Badan akan menyusut. Otot akan mengecil. Risiko untuk kerapuhan tulang amat tinggi. Atau kita panggil Osteoporosis.

5. Kerap letih juga antara kesan buruk menahan lapar Akibat tidak mendapat nutrien yang mencukupi.
6. Jantung juga akan menghadapi masalah akibat ketidakseimbangan sumber nutrien dalam badan. Silap hari bulan terkena penyakit jantung di awa usia.
7. Kesan jangka panjang lain adalah ia juga akan menyebabkan otak manusia tidak stabil. Mudah marah serta depresi yang tidak tentu arah.

8. Hormon juga jadi kacau bilau akibat stress yang ditanggung kerana menahan lapar.
9. Makanlah bila diet. Jangan ambil keputusan untuk kejar jarum penimbang dengan tahan lapar
10. Menahan lapar telah banyak membunuh manusia secara senyap. Walaupun dia asalnya untuk diet dan sihat.
Sumber: Arif Sukri
Kad Kredit, Bukanlah Bukti Teman Lelaki Anda Kaya

Sekeping kad plastik kecil yang bernama kad kredit boleh menjadi masalah besar kepada si pemegangnya. Tanpa pengurusan hutang kad kredit yang bijak, pastinya lambat laun pemilik kad kredit akan berpusar lebih dalam ke lubuk hutang.
Bukan hendak kata kad kredit hanya memberi keburukan sahaja, kad kredit mempunyai manfaatnya. Namun sering kali kad kredit dikaitkan dengan masalah yang diberikan- hutang tidak terkawal. Dan seperti apa jua masalah kewangan lain, ia lebih baik disedari di peringkat awal, sebelum terlewat.
Berikut adalah lima langkah mengendalikan hutang kad kredit sekiranya anda telah terperangkap dengan jerat hutang.
1-Akui masalah anda
Masalah hutang kad kredit adalah masalah anda. Oleh itu, hanya anda sahaja yang boleh menyelesaikannya. Langkah pertama adalah mengakui keadaan sebenar. Mengabaikan keadaan hanya akan memudaratkan lagi keadaan kewangan. Oleh kerana masalah yang tidak diselesaikan, pastinya akan semakin besar.
Ambil masa untuk kumpul semula semua penyata kad kredit dan letakkan di depan anda. Sering kali bagi mereka yang tidak mahu (atau tidak suka) mengaku masalah kad kredit sendiri, tidak akan membuka penyata kad kredit yang diterima di rumah. Ini kerana, tidak mahu hati berasa susah dengan jumlah hutang yang sudah melampau jumlah maksimum.
Perhatikan dan lihat setiap transaksi yang dilakukan. Dengan pen merah, tandakan perbelanjaan-perbelanjaan telah dilakukan iaitu yang anda fikir sepatutnya anda tidak memerlukan.
Selalunya, di sini terdapat berbagai-bagai entri di penyata kad kredit, ada yang tercatat nota merah. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk berhadapan dengan masalah yang anda hadapi, dan bertekad untuk lebih bertanggung jawab pada kewangan anda.
Dalam masa yang sama juga, perhatikan dan pelajari betapa tingginya ‘bunga’ yang dikenakan, jumlah minima yang perlu dibayar dan juga jumlah keseluruhan hutang untuk setiap kad kredit.
2-Beri keutamaan
Satu strategi anda boleh lakukan adalah beri keutamaan untuk membayar balik kad kredit yang mempunyai jumlah hutang terendah. Teknik ini sering disarankan untuk memberi motivasi kepada pemilik kad melangsaikan hutang terendah supaya dapat melihat jumlah hutang pada satu-satu kad kredit dapat diselesaikan. Sememangnya boleh pun!.
Dalam pada itu juga pastikan kesemua kad kredit yang lain dibayar jumlah minima supaya anda tidak dikenakan caj-caj tambahan. Teruskan pembayaran kad terendah sehingga langsai kesemua hutang tersebut, dan selepas langsai, berikan keutamaan pada kad kredit yang mempunyai jumlah terendah seterusnya.
Di samping membayar baki minima kad-kad seterusnya, gunakan jumlah yang telah dibayar pada kat pertama tadi untuk kad seterusnya. Ulangi langkah di atas sehingga kesemua hutang dapat dilangsaikan. Teknik pembayaran balik sebegini adalah lebih sistematik di samping memberi motivasi untuk meneruskan momentum pembayaran kad kredit.
3-Jaga emosi anda
Dalam proses melangsaikan hutang kad kredit, pastinya terdapat banyak suara-suara dugaan yang datang untuk melarikan fokus anda ke arah perbelanjaan menggunakan kad kredit.
Dugaan datang dalam pelbagai cara, mungkin melalui iklan-iklan TV ataupun pulangan mata ganjaran sekiranya anda menggunakan lebih banyak kad kredit anda.
Kesemua dugaan ini akan menghantui emosi dan ingat- iklan di TV, syarikat kad kredit, dan juga sistem mata ganjaran, kesemuanya dalam ‘perniagaan’ untuk membuatkan anda belanjakan wang.
4-Minimakan kad kredit
Sekiranya anda telah capai ke langkah ini, tahniah. Anda mengakui kesilapan perbelanjaan yang tidak terurus. Anda telah melakukan bayaran hutang secara sistematik dan juga mengawal emosi anda supaya tidak berbelanja dan berdisiplin ketika usaha membayar balik hutang kad kredit.
Sekiranya telah selesai bayaran kad kredit pada satu-satu kad, cepat-cepat tutup akaun anda dan tidak lagi menggunakannya. Pastinya tidak berbaloi untuk anda terjerat semula dalam hutang kad kredit.
Tutup beberapa akaun kad kredit anda dan hanya hidup dengan satu dua kad sahaja. Itu pun digunakan khas untuk kecemasan- membeli-belah bukan kecemasan.
Dengan meminimumkan kad kredit yang digunakan, dengan harapan minima juga perbelanjaan. Ada juga pakar kewangan menasihatkan supaya potong kad kredit dan buangkannya. Sekiranya anda ingin lakukan ini, teruskanlah. Asalkan anda jangan lupa tutup akaun kad kredit tersebut supaya tidak dikenakan caj tahunan pula.
5-Bangga dengan pencapaian anda
Bangga dengan pencapaian anda- tanamkan rasa gembira atas menyimpan wang dan bukannya membelanjakan wang. Dengan menjadikan menyimpan wang sebagai tabiat dan berasa gembira setiap kali mencapai matlamat kewangan anda- seperti melangsaikan hutang kad kredit, anda berjaya menyemai tabiat kewangan yang sihat.
Untuk berjaya dalam kewangan, ia tidak memerlukan ijazah kewangan peringkat tertinggi. Memadai dengan menanam sikap dan tabiat berbelanja secara sihat. Belanja kurang daripada pendapatan anda. Itu sahaja yang diperlukan untuk tidak terbelenggu hutang kad kredit.
Barli Bagus Untuk Orang Diet, Ini Manfaat Barli Yang Lain

Barli atau nama saintifiknya Hordeum Vulgarie kaya dengan khasiat fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin dan sedikit lemak.
Bijirin ini tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin yang lain. Malah, barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan malah mengenyangkan. Varli sangat sesuai dalam membantu menghilangkan berat badan kerana ia boleh bertindak sebagai menahan selera makan.
Selain digunakan untuk kecantikan, makanan menyihatkan ini juga dapat membantu membuang toksin dari dalam tubuh.
Artikel berkaitan: “Sesenduk Nasi Baru 150 Kalori” – Ini Rahsia Tentang Nasi Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Mulakan Diet
Artikel berkaitan: Diet Untuk Bakal Pengantin Lelaki, Lepas Ini Badan Tegap & Sexy lah!
Ini antara beberapa sebab mengapa barli dianggap sebagai makanan yang bagus untuk kesihatan:
1. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.
2. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi dan mengandungi tokol yang tinggi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
3. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.
4. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli boleh merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
5. Selain itu, barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.
6. Anda yang mengalami masalah rambut sebaiknya mengamalkan pengambilan barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut yang sihat.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Hidangan Steak Sizzling Potterhouse Sensasi Di Maria’s SteakCafe, Antara Terbaik Di Malaysia

Hidangan stik sememangnya menjadi kegemaran buat ramai lelaki. Jadi tidak hairanlag ramai yang sanggup berbelanja lebih sedikit untuk menikmati hidangan stik dari daging berkualiti tinggi.
MASKULIN cukup bertuah kerana telah berpeuang untuk merasa sendiri antara hidangan stik terbaik pernah kami rasa. Bayangkan pula stik tersebut hadir dalam bentuk sizzling yang kaya dengan rasa mentega dan layak digelar sebagai ‘Kings of Steaks’!
Maria SteakCafe merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar steak. Salah satu lokasinya yang cukup strategik ialah di Suria KLCC. Dan di sinilah MASKULIN sempat merasai hidangan cukup istimewa ini.
Porterhouse merupakan potongan yang cukup popular dan menawarkan dua variasi sensasi rasa berbeza – sebahagiannya striploin yang kaya dengan tekstur, manakala ia juga turut sarat dengan rasa ‘buttery’ dari lemak marble dan juga sebahagian rasa tenderloin.
PERTAMA DI MALAYSIA
Maria’s Steakhouse menyediakan stik ini dengan penyediaan cukpu sempurna. Dengan menerokai cara masakan yang pertama di Malaysia!
Menggunakan daging berkualiti tinggi Angus, daging digril dan dimasak dengan suhu yang tinggi hingga menghasilkan kerak berwarna coklat. Kemudia ia akan dimasukkan pula ke dalam oven untuk dimasak secara perlahan.
Dan paling menarik untuk hidangan pula, daging Porterhouse tersebut dipotong dan diletakkan mentega yang mencair. Lantas memberikan warna keemasan yang membangkitkan sensasi rasa luar biasa.
Setiap hidangan yang diperkenalkan oleh Maria’s SteakCafe ini sesuai untuk hidangan dua orang. Merasai hidangan daging istimewa ini mampu membuatkan sesiapa sahaja menjadi peminatnya. Cair di dalam mulut dan rasa yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Bukan itu sahaja kami turut dihidangkan dengan hidangan eksklusif MARIA’S HARI RAYA SET yang diperkenalkan untuk bulan Ramadan dan juga musim perayaan. Ia ditawarkan bermula 12 April hingga 16 Mei 2021.

Untuk pembuka selera, hidangan ayam dan daging skewers menjadi hidangan cukup menarik. Kemudian hidangan sup cendawan bagi mempersediakan kita untuk ke hidangan utama iaitu Potterhouse Sizzling.
Manakala untuk dessert pula, hidangan kek cokelat bersama ais krim vanilla premium. Buat anda yang ingin mencuba sendiri hidangan yang mempu meninggalkan kenangan sensasi ini bolehlah di semua Maria SteakCafe di KLCC, Bangsar, Damansara dan juga Bandar Sunway.