Ads

Rado Bawa Wajah Baharu Ke Suria KLCC, Gabung Horologi Dengan Gaya Mewah Moden

rado

Jenama jam tangan Switzerland, Rado, memperkenalkan wajah baharu pengalaman retail mewahnya di Malaysia menerusi pembukaan semula butik di Suria KLCC, yang kini menjadi butik pertama di Asia menggunakan konsep retail terbaharu jenama berkenaan.

Terletak di Lot 106A, Aras 1 Suria KLCC, butik tersebut direka untuk membawa pengunjung lebih dekat dengan dunia Rado, bukan sekadar menerusi koleksi jam tangan, tetapi melalui gabungan seni bina, material dan pengalaman layanan yang lebih peribadi.

Pembukaan rasmi berlangsung pada 25 November 2026 dengan upacara memotong reben yang turut disertai wakil Rado, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Francis Tan serta tetamu kehormat, Datuk Nicol Ann David.

Rado Bawa Wajah Baharu Ke Suria KLCC, Gabung Horologi Dengan Gaya Mewah Moden

Ruang Retail Jadi Sebahagian Daripada Identiti Jenama

Bagi jenama jam tangan mewah, pengalaman membeli hari ini tidak lagi bermula dan berakhir di dalam kotak jam.

Persekitaran butik, cara produk dipersembahkan dan interaksi dengan pelanggan menjadi sebahagian daripada identiti jenama itu sendiri.

Rado mengambil pendekatan tersebut menerusi rekaan butik yang lebih lembut dan kontemporari, sambil mengekalkan karakter mewah yang sinonim dengan jenama Switzerland itu.

Rado Bawa Wajah Baharu Ke Suria KLCC, Gabung Horologi Dengan Gaya Mewah Moden

Gabungan batu semula jadi, marmar dan aksen keemasan digunakan bagi memberikan suasana lebih hangat dan refined, manakala garisan seni bina bersih serta pencahayaan berlapis membantu memberikan tumpuan kepada setiap koleksi jam yang dipamerkan.

Daripada sudut gaya hidup, pendekatan ini juga menggambarkan perubahan dalam cara pengguna melihat barangan mewah.

Jam tangan bukan hanya dinilai daripada spesifikasi mekanikal atau nama pada dial, tetapi turut melalui pengalaman mengenali cerita, material dan proses di sebalik sesuatu produk.

‘Master of Materials’ Kekal Menjadi DNA Rado

Salah satu identiti yang paling kuat dikaitkan dengan Rado ialah gelaran “Master of Materials”.

Jenama itu mempunyai sejarah panjang bereksperimen dengan material yang bukan kebiasaan dalam dunia pembuatan jam tradisional, khususnya melalui penggunaan high-tech ceramic.

Butik baharu di Suria KLCC direka untuk memberikan lebih ruang kepada pelanggan memahami elemen tersebut secara dekat, daripada rasa material pada pergelangan tangan hingga cara sesuatu kemasan mengubah karakter keseluruhan jam.

Ads

Rado Bawa Wajah Baharu Ke Suria KLCC, Gabung Horologi Dengan Gaya Mewah Moden

Bagi peminat jam tangan, aspek material sering menjadi salah satu perkara yang membezakan pengalaman memakai sesuatu model.

Berat pada pergelangan tangan, ketahanan terhadap calar, tekstur dan bagaimana sesuatu material menyesuaikan diri dengan suhu badan boleh memberi kesan besar kepada tahap keselesaan.

Di sinilah high-tech ceramic memainkan peranan penting dalam identiti moden Rado.

High-Tech Ceramic Yang Ringan Dan Tahan Calar

Rado mula memperkenalkan high-tech ceramic dalam pengeluaran bersiri pada 1986, selepas melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang panjang.

Material berkenaan dihasilkan menggunakan serbuk zirconium oxide yang sangat tulen sebelum dibentuk dan melalui proses sintering pada suhu sekitar 1,450 darjah Celsius.

Hasilnya ialah bahan yang mempunyai tahap kekerasan sekitar 1,250 pada skala Vickers, selain menawarkan ketahanan terhadap calar yang tinggi.

Rado Bawa Wajah Baharu Ke Suria KLCC, Gabung Horologi Dengan Gaya Mewah Moden

Namun daya tarikannya bukan hanya dari sudut durability.

Ads

Material itu juga ringan, mempunyai permukaan yang halus ketika disentuh dan mampu menyesuaikan diri dengan suhu badan pemakai dengan cepat.

Dalam konteks fesyen lelaki, karakter sebegini menjadikan jam tangan bukan sekadar aksesori visual tetapi sesuatu yang direka untuk dipakai lama tanpa terasa terlalu membebankan di pergelangan tangan.

Rado turut mengembangkan teknologi plasma high-tech ceramic, yang menghasilkan kemasan seperti logam pada ceramic tanpa menggunakan logam sebenar.

Proses tersebut memberikan lebih banyak kemungkinan reka bentuk sama ada melalui kemasan polished, brushed atau matt.

Pengalaman Lebih Peribadi Untuk Peminat Jam

Butik baharu itu juga menempatkan koleksi ikonik Rado bersama model-model terbaharu dalam satu ruang.

Namun jenama tersebut mahu pengalaman berkunjung bergerak lebih jauh daripada sekadar melihat jam di dalam display case.

Pelanggan akan dibantu oleh boutique specialist yang memberikan panduan berdasarkan minat, citarasa serta keutamaan individu, sama ada kepada mereka yang pertama kali mengenali Rado atau pengumpul yang sudah biasa dengan jenama tersebut.

Rado Bawa Wajah Baharu Ke Suria KLCC, Gabung Horologi Dengan Gaya Mewah Moden

Ketua Pegawai Eksekutif Rado, Adrian Bosshard, berkata Suria KLCC sudah lama memainkan peranan penting kepada kehadiran Rado di Malaysia.

Ads

“Suria KLCC telah lama menjadi lokasi penting bagi Rado di Malaysia, dan butik yang direka semula ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap pasaran serta pelanggan yang meminati jenama Rado.

“Lebih daripada sekadar lokasi baharu di dalam pusat beli-belah, ia mewakili visi retail terbaharu kami, sebuah persekitaran yang membawa orang ramai lebih dekat dengan jenama melalui produk serta mewujudkan pengalaman yang lebih peribadi dan menarik.

“Kami berharap dapat mengalu-alukan pengunjung ke dalam ruang yang mencerminkan identiti jenama kami serta menawarkan pengenalan yang lebih mendalam kepada dunia Rado.”

Dari Switzerland Ke Kuala Lumpur

Sejarah Rado bermula sejak 1917, dengan jenama itu terus membina reputasi melalui gabungan teknologi pembuatan, material inovatif dan bahasa reka bentuk tersendiri.

Pendekatan tersebut membolehkan Rado membawa elemen tradisi Swiss watchmaking ke arah lebih moden tanpa bergantung sepenuhnya kepada material konvensional.

Kehadiran konsep butik terbaharunya di Kuala Lumpur pula memberi satu petunjuk tentang kedudukan Malaysia dalam strategi retail Rado di rantau Asia.

Rado Bawa Wajah Baharu Ke Suria KLCC, Gabung Horologi Dengan Gaya Mewah Moden

Untuk penggemar jam tangan, butik baharu ini bukan hanya tempat melihat model terbaru.

Ia menjadi ruang untuk memahami bagaimana material, kejuruteraan dan reka bentuk boleh bergerak bersama dalam sebuah objek yang pada asasnya masih mempunyai satu fungsi paling mudah iaitu menunjukkan waktu.

BACA: Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat

Bezanya, dalam dunia horologi, cara waktu itu dipakai pada pergelangan tangan kadangkala sama penting dengan waktunya sendiri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads