
Anda Juga Boleh Cuci Rambut Macam Salon Jika Guna Cara Ini
Tip cuci rambut seperti di salun?
Ya, anda boleh melakukannya sendiri. Berikut langkah-langkah yang boleh anda lakukan. Selamat mencuba!
JANGAN LAKUKANNYA TERLALU KERAP
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
LARASKAN SUHU AIR
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
JIMATKAN SYAMPU
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
URUT PERLAHAN-LAHAN
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
BERI PERHATIAN KEPADA PERAPI
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
INGAT, KURANG ADALAH LEBIH BAIK
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
BILAS RAMBUT ANDA DENGAN SEMPURNA
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
AKTIFKAN PEREDARAN PADA AKAR
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Selamat mencuci rambut!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Usah Berangan Nak Kekal Kacak & Macho Kalau Abaikan Tujuh Perkara Ini
Tidak dinafikan ada sesetengah lelaki secara semula jadinya lahir dengan wajah yang elok dan tampan. Apa sahaja yang mereka gayakan pasti nampak sedap saja siapa memandangnya.
Namun ramai juga tidak tahu bahawa keremajaan itu satu sifat yang tidak kekal! Faktor penjagaan diri sangat penting bagi penampilan lelaki. Rupa paras boleh diberikan sentuhan dengan pelbagai kepakaran dalam dunia peragaan sekarang, Jadi jangan ingat nada berwajah elok maka tidak harus melakukan penjagaan diri dengan baik.
Jika anda ingin kekal kacak, bergaya dan berpenampilan menarik jangan abaikan 7 perkara MASKULIN kongsikan di bawah.
Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab. Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja dengan pasangan.
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!
Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan makan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk beriadah atau bersenam. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple, lagi seronok bersenam bersama kesayangan kan.
Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!
Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Isteri terutamanya sila ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.
Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.
Buat jejaka kacak sekalian, jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk tip serta perkongsian menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
17 Tip Grooming Lelaki Wajib Ambil Tahu & Buat Untuk Kekal Kacak
Rasanya setiap hari pasti ada senarai tip grooming atau rutin penjagaan diri yang anda amalkan. Bermula sebelum mandi hinggalah selesai berpakaian ingin melangkah keluar dari rumah.
Evolusi tip penjagaan diri lelaki sentiasa berubah-ubah. Namun tujuannya tetap sama. Ia bertujuan untuk nampak lebih menarik, berbau lebih harum dan nampak kemas. Dan kemas ini tidak bermaksud dengan hanya berpakaian ala-korporat atau berambut pendek.
Anda boleh saja berpakaian kasual atau berambut panjang. Apa yang penting penjagaan diri dilakukan dengan sebaik mungkin.
Untuk produk penjagaan diri ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. Produk yang mahal tanpa penggunaan yang betul atau konsisten pun tiada gunanya juga.
Menjadi lelaki kacak dan berpenampilan menarik sebenarnya tidaklah susah namun untuk melakukannya anda perlu sentiasa konsisten dan berdisiplin.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip grooming yang wajib anda tahu dan lakukan untuk menjadi seorang lelaki yang sentiasa kemas, tampan dan berbau harum.
1. Jangan pernah keluar rumah tanpa menggunakan deodoran
2. Sentiasa trim segala bulu-bulu di badan termasuklah di kawasan ‘kejantanan’ anda
3. Bulu jambang di bahagian leher hanyalah untuk rockstar dan artis, bukannya anda.
4. Ingat menggunakan perfume – less is more!
5. Pastikan telinga bebas dari sebarang bulu panjang yang meliar
6. Trim bulu hidung sekurang-kurangnya seminggu sekali
7. Potong kuku sekali setiap minggu dan elakkan ia kotor
8. Sentiasa cuci muka di waktu pagi
9. Cuci muka sebelum tidur
10. Gunakan pelembab selepas melakukan rutin nombor 8 dan 9
11. Jika berambut pendek pastikan belakang leher anda tidak berserabut dengan anak rambut yang meliar
12. Pastikan kening tidak bercantum
13. Laburkan sedikit duit untuk beli mesin pencukur
14. Ketahuilah jika mulut rasa tak best itu bermakna mulut anda berbau
15. Gunakan syampu untuk singkirkan kelemumur
16. Walau apapun gaya rambut anda, pastikan anda kunjungi kedai gunting sekurang-kurangnya sebulan sekali
17. Buat anda yang menyimpan jambang atau janggut pastikan anda trim setiap hari
Semoga perkongsian ini mampu memantapkan lagi penampilan anda sebagai seorang lelaki yang kacak dan berpenampilan menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

je senang






