Nama Raf Simons sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan seorang pereka fesyen berasal dari Belgium yang cukup disegani di persada industri fesyen antarabangsa.
Setiap rekaan yang dihasilkannya pasti mencuri perhatian ramai terutamanya di kalangan selebriti berpengaruh dunia. Malah sebelum ini dia pernah menjadi pengarah kreatif untuk Chtristian Dior serta ketua pengarah kreatif di Calvin Klein.
Ads
Terbaru, Raf Simons muncul memperkenalkan hasil seni kreatif yang diabadikan ke atas t-shirt. Menyatukan titik pertemuan di antara fesyen dan seni merupakan satu misi peribadi yang mahu dibawa oleh Raf Simons.
Ads
Itulah yang ditonjolkan olehnya menerusi Hand-Painted Hospital Gown T-Shirt untuk koleksi Spring/Summer 2020.
T-shirt yang dicat sendiri oleh Raf Simons ini diberi julukan sebagai kerya seni yang boleh dipakai atau wearable art. Menariknya semakin lama ia dipakai ia akan berubah mengikut perubahan masa dan kelunturannya.
Ads
Potongan daripada Tyvek hospital gaun dengan warna asas ungu, ia dilukis dengan cat hitam berbentuk bintang dan coretan gabungan warna hitam-merah menghiasi kemasannya.
Rekaan t-shirt ini juga menyaksikania mempunyai sebanyak tiga poket patch pada bahagian hadapan. Koleksi mewah ini dipasarkan pada harga USD811 dalam kuantiti terhad.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki terutamanya yang ingin tampil elegan dan mempunyai pekerjaan sebagai eksekutif antara pakaian yang wajib anda miliki ialah sepasang sut.
Sesuai dengan penampilan pemakaian yang segak, sut memberikan imej elegan dan maskulin buat seorang lelaki.
Oleh itu memang amat penting anda memilih sut yang sesuai mengikut saiz badan. Semua orang mempunyai saiz badan berbeza-beza dan tidak semua potongan sut sesuai untuk sembarangan.
Mungkin anda sendiri pernah lihat ada orang mengenakan sut yang menggelebeh terlalu besar atau sut yang senteng singkat disebabkan fizikal seseorang itu lebih besar atau tinggi.
Ingat penampilan anda mamberikan first impression yang sangat penting apatah lagi jika pertama kali bertemu dengan orang penting seperti klien dalam kerjaya anda. Untuk mencari sut yang sempurna untuk jenis badan anda sebenarnya tidaklah memakan belanja yang terlalu.
Apa yang penting anda harus tahu sut manakah yang betuk-betul sesuai dengan anda!
Ramai orang kata insan yang bersaiz kecil sukar untuk bergaya. Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Apa yang anda perlukan adalah sut yang ada dua butang sahaja pada jaket. Ia akan membuatkan badan anda kelihatan lebih tinggi.
Dan pastikan juga jaket anda berakhir pada empat ke lima inci di bawah pinggul. Minta tukang jahit anda untuk buang sebarang kelompangan pada seluar supaya anda akan kelihatan lebih tinggi.
Pemilihan warna juga sangat penting. Untuk anda berfizikal pendek sut yang berwarna gelap yang medium ataupun gelap secara keseluruhannya paling sesuai. Ini kerana jika anda pakai warna tunggal dari kepala hingga ke kaki itu hanya buat badan kelihatan lebih panjang.
Bagi anda yang sedikit gempal seleok-eloknya elakkan pilih baju yang bercorak. Sebaliknya pilihlah sut yang bercorak pinstripes yang menegak. Ia akan memberikan ilusi orang memandang dan alih perhatian mereka daripada melihat saiz badan anda.
Sut dua butang juga akan mampu mengetengahkan bahu anda dan memanjangkan tubuh anda dan dengan ini akan membantu anda kelihatan lebih ramping dengan serta-merta.
Sebolehnya anda kekalkan lapel iaitu bahagian dada baju yang berlipat ke tepi. Pastikan ia ia tidak lebih dari ukuran 2.5 inci. Inilah saiz dan ukur yag sesuai dengan anda.
Selain itu, jika sut anda ditambah lapisannya dibahagian dada, itu adalah satu perkara yang baik kerana ia akan menambah lagi kepenuhan kepada baju itu dan membuat badan anda kelihatan lebih tegap.
Jejaka yang mempunyai fizikal tinggi perlu memilih jaket tiga butang. Ia merupakan pilihan yang paling sesuai dengan bentuk badan anda. Berbeza dengan sut dua butang yang berfungsi untuk manampakkan badan lebih tinggi. Bagi anda itu tak perlu.
Namun anda harus elak jaket dan seluar yang senteng. Gaya ini hanya kelihatan cantik buat lelaki yang mempunyai ketiggian yang sederhana sahja. Jika anda memakaikan ia akan membuatkan anda kelihatan seperti memakai seluar kurang saiz.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi ramai orang bila sebut sahaja tentang seluar jean dan denim pasti akan terbayangkan jenama popular dari Amerika Syarikat atau Eropah. Tapi bagi yang benar-benar mendalami dan menjadi penggemar jeans sejati pasti tahu bahawa Jepun merupakan antara negara terbaik mengeluarkan pakaian ini.
Tapi mungkin anda sendiri tertanya-tanya mengapa jenama jeans dari Jepun cukup dihormati dan digemari oleh kaki denim senatero dunia.
Beberapa dekad selepas Perang Dunia Kedua hampir kesemua jeans di negara Jepun berasal dari Amerika Syarikat. Namun tidak lama selepas itu sebuah syarikat di sebuah pekan kecil Kojima, Kurabo Mills mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri fabrik denim.
Kojima kemudian berkembang menjadi sebuah pusat penghasilan atau hub denim terbaik dengan kawasan sekitar Okayama turut menyaksikan pelbagai jenama tumbuh dengan banyak.
Selepas melakukan beberapa trial dan error, Kurabo Mills akhirnya menghasilkan sejenis kain denim dikenali sebagai KD-8 pada tahun 1972. Nama ‘KD’ tersebut diambil bersempena gabungan nama kilangnya ‘Kurabo’ dan juga nombor ‘8’ pula mewakili jumlah percubaan dilakukan untuk menghasilkan denim tersebut.
Bagi peminat denim era tersebut mereka terus kagum dan perasan akan perbezaan ketaera di antara denim dari Kurabo Mills dan pengeluar lain. Pertama sekali ia menggunkan pewarna semula jadi dan menggunakan mesin tenun lama untuk menghasilkan fabrik selvedge.
Jenama Big John antara yang paling awal menggunakan denim tersebut dan menghasilkan seleksi seluar denim siri ‘M’. Bermula dari situ industri baru telah bermula di Kojima dan berkembang terkenal ke seluruh dunia hingga ke hari ini.
1. MOMOTARO
Jenama jenas handmade dari Kojima yang menggunakan material unik seperti kain kapas dari Zinmbabwe. Ia juga terkenal dengan proses pewarnaan indigo semula jadi.
2. ONI DENIM
Antara jenama denim Jepun terbaik dan cukup popular. Sehingga kini Oni tidak mendedahkan teknik sulaman denim yang digunakan kepada umum. Lenurut legenda setiap pasang jeans mereka disulam tangan dengan menggunakan mesin tenunan dihasilkan pakar tenun bersama Oishi.
3. JAPAN BLUE JEANS
Mengeluarkan jeans yang seimbang dari segi kualiti dan juga harga. Japan Blue menawarkan denim selvedge pada harga lebih murah daripada pesaingnya.
4. BLUE BLUE JAPAN
Namanya seakan Japan Blue Jeans tetapi ia merupakan jenama yang berbeza. Jenama ini menggunakan teknik tradisional untuk mewarnakan denim mereka. Setiap pasang jenans dihasilan Blue Blue Japan mempunyai karakter tersendiri.
5. EVISU
Antara jenama yang mungkin dikenali di negara kita. Malah terdapat lambakan seluar Evisu tiruan dijual dek kerana popularitinya. Dilancarkan pada era 90-an, Evisu pada mulanya hanya menghasilkan 14 pasang seluar denim dalam masa sehari bagi menjamin kualiti.
6. IRON HEART
Bagi mereka yang ingin sepasang denim yang berkualiti dan tahan lasak, Iron Heart adalah jenama Jepun yang paling sesuai buat anda. Diinspirasikan dari komuniti motosikal ia menggunakan denim tahan lasak atau heavyweight.
7. SAMURAI JEANS
Pernah tular suatu ketika dahulu pengumpul jenama Samurai Jeans berkongsi foto seluar mereka boleh berdiri sendiri. Ia dikenali sebagai raw denim terbaik dihasilkan di Jepun.
8. SUGAR KANE
Dihasilkan menggunakan inspirasi vintaj workwear Amerika, Sugar Kane & Co. telah menghasilkan denim tahan lasak sejak era tahun 1970-an lagi. Ia terkenal sebagai jenama yang sering menggunakan bahan fiber mesra alam ke dalam fabriknya lalu menghasilkan tekstur unik tidak sekata.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat penggemar dua jenama yang cukup sinonim dalam fesyen lelaki bersiaplah untuk meraikan pelancaran kolaborasi Stüssy & Levi’s® terbaru untuk musim bunga 2024 yang tidak akan mengecewakan.
MASKULIN difahamkan koleksi ini mengetengahkan hembusan semangat California yang autentik, membawa bersama empat potongan pakaian yang mesti dimiliki setiap peminat fesyen yang menghargai gabungan antara gaya jalanan yang santai dan kecanggihan kasual.
Setiap potongan dirancang dengan perhatian terhadap detail yang tidak ada bandingannya, menjadikan ini bukan hanya pakaian, tetapi juga ekspresi diri buat penggemar fesyen.
Melihat kepada kejayaan kolaborasi sebelumnya, Stüssy & Levi’s® kembali lagi dengan rangkaian yang terdiri dari jaket kulit, trucker berbahan crispy rinse, seluar jean yang serasi, dan tali pinggang kulit, semuanya menggambarkan perpaduan ciri klasik dan sentuhan moden.
Mengambil inspirasi dari California, kedua-dua jenama ini memperkenalkan ciri-ciri rekaan yang inovatif dan bahan berkualitas untuk mencapai keseimbangan antara gaya dan fungsi.
Jaket kulit yang dibuat dari kulit Itali berkualiti tinggi ini hadir dalam rekaan kotak yang sedikit pendek, menawarkan keanggunan yang tak lekang oleh waktu.
Jaket ini menampilkan sulaman Stüssy dengan slogan “Built Tough Worldwide Since 1980”, shank butang yang diperbesar, dan patch Dua Kuda Tarik kustom dengan logo skrip Stüssy, yang semuanya menambahkan sentuhan eksklusiviti.
Tali pinggang kulit, diilhami oleh gaya barat klasik, ditawarkan dalam warna coklat tan yang menonjol dengan embossing cap timbul dan detail cat hitam, menambahkan unsur gaya yang berani dan maskulin.
Ini adalah aksesori yang sempurna untuk melengkapi apa saja dari koleksi ini atau dari lemari pakaian anda.
Trucker Crispy Rinse menampilkan siluet yang sama dengan jaket, sedikit besar dan dicipta dalam denim dua warna (coklat & hitam) dengan jahitan kontras yang menambahkan dimensi dan karakter.
Ditambah dengan embel-embel eksklusif seperti cap sulaman di bawah kantong dada dan patch serta shank butang bersama, jaket ini menggambarkan kolaborasi klasik dengan sentuhan kontemporari.
Sementara itu, Jean Crispy Rinse, yang juga dihiasi dalam denim yang sama, dirancang sebagai seluar lima poket dengan fokus pada detail dan kualiti. Dengan cap sulaman pada kaki kiri belakang, penutupan laluan kancing, jahitan kontras, dan elemen bersama, seluar jean ini tidak hanya nyaman tetapi juga menonjolkan kepakaran dalam kerajinan.
Koleksi ini, yang mencerminkan dedikasi terhadap kualiti dan inovasi, akan dilancarkan secara global pada 26 April 2024.
Buat peminat dua jenama ini yang berminat boleh dapatkannya secara eksklusif di butik Levi’s® Suria KLCC dan di laman sesawang Levi.com.my. Koleksi yang cukup eksklusif ini menawarkan dua gaya dari dua ikon fesyen Amerika yang telah membentuk dan terus mendefinisikan budaya pakaian kasual global.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Astro BizOne Watch Party kembali lagi pada minggu ini di tiga lokasi menarik bagi menyaksikan pertembungan dua kelab terbesar Liga Perdana, Manchester United dan Liverpool.