Anda sendiri mungkin sudah sedia maklum dan sentiasa mendengar tentang khasiat bawang putih.

Namun sejauh manakah yang anda tahu. Dan adakah benar ia mempunyai khasiat seperti yang diperkatakan umum selama ini?

Pertama sekali, kita tidak dapat sangkal bahawa bahawa bawang putih merupakan antara elemen penting dalam masakan. Tidak kiralah dalam mana-mana peradaban budaya sama ada di negara Timur atau Barat, bawang putih merupakan antara bahan terpenting dalam diet seharian.

Uniknya bawang putih ia bukan sahaja memberi rasa yang signifikan tetapi menawarkan banyak khasiat kesihatan.

Jadi kali ini MASKULIN ingin mengajak anda untuk sama-sama mengetahui apakah khasiat bawang putih dalam menu seharian.

KEKUATAN HUBUNGAN

Ya, bawang putih memang terkenal sejak dari dulu sebagai antara bahan yang mampu memperbaiki kualiti hubungan intim anda. Ia telah lama dianggap sebagai salah satu jenis aphrodisiac.

IKLAN

Bawang putih membantu pengaliran darah lalu memperbaiki fungsi tenaga dalaman dan seks anda. Jadi makanlah bawang putih demi untuk diri anda dan isteri, ya.

KESIHATAN JANTUNG

Bawang putih bukan sahaja mampu membantu anda meningkatkan kualiti seksual anda bersama pasangan tetapi ia juga boleh memberikan faedah untuk jantung.

IKLAN

Bawang putih mampu membantu untuk melawan penyakit jantung, merendahkan tekanan darah dan menghalang berlakunya darah tersumbat. Ia juga dipercayai boleh merangsang merendahkan kadar kolestrol.

KESIHATAN PROSTAT

Salah satu ancaman besar buat lelaki ialah kanser porstat. Malah terdapat kajian bahawa lelaki yang mengamalkan diet tinggi bawang putih boleh merendahkan risiko terhadap benign prostatic hyperlasia (BPH).

Selain bawang putih, bawang besar juga memberikan efek lebih efisyen melawan BPH.

IKLAN

ANTIOKSIDAN, ANTIBAKTERIA & ANTIVIRAL

Bawang putih mengandungi allicin. Ia memberikan banyak khasiat kepada lelaki seperti antioksidan, memerangkap free radicals dan membantu tubuh untuk membuang toksin dan meningkatkan fungsi hati.

Kajian juga menunjukkan orang yang sering makan bawang putih lebih rendah risikountuk jatuh sakit. Jika anda demam selsema, bawang putih boleh membantu melegakan hidung yang tersumbat.

UNTUK KAKI

Jika anda sebagai seorang atlet atau sentiasa aktif dalam aktiviti larian atau hiking, kesihatan kaki pastinya menjadi keutamaan. Bawang putih mengandungi enzim yang boleh membantu melawan fungus di bahagian kaki.

Lenyek dua ulas bawang putih dan tambahkan di dalam air suam untuk hasilkan footbath. Rendamkan kaki selama 30 minit. Ia boleh membantu kaki anda lebih segar dan tidak dijangkiti fungus.

MELAWAN KANSER

Bwang putih juga mengandugi selenium yang boleh membantu menghalang kanser yang sering menghantui lelaki seperti prostat, usus, rectum dan perut.