Memang ramai orang zaman sekarang tak tahu yang budaya Melayu ini sebenarnya penuh dengan falsafah yang tersendiri.

Dari cara mempertahankan diri menerusi silat sehinggalah kepada berpakaian, setiap rekaan misalnya mempunyai maksud yang cukup unik.

Cuma itulah.. kerana pembangunan arus zaman yang terlalu pesat, satu demi satu falsafah orang Melayu yang dahulunya sangat mengkagumkan kini semakin beransur hilang.

Pernah pakai baju Melayu? Tahukah anda baju Melayu dikatakan mula direka pada 700 tahun lalu ketika zaman kesultanan Melayu Melaka dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah.

Ada sebab kenapa butang serta poketnya begitu kerana baginda sangat menitik beratkan elemen kebudayaan yang mempunyai maksud.

IKLAN

Sultan Muhammad Shah mahu sebuah pakaian khas untuk golongan diraja dan pembesar-pembesar supaya ia menjadi satu pakaian istimewa ketika menghadap sultan dan permaisuri.

1. Butang lima baju Melayu

Bukan sengaja mereka ada lima butang pada baju Melayu tapi ialah adalah relik kepada lima Rukun Islam.

IKLAN

Jika pada baju Melayu Teluk Belanga pula yang mempunyai satu butang bermaksud tauhid iaitu percaya hanya pada satu tuhan.

IKLAN
2. Tiga poket

Tiga poket iaitu pada bahagian kiri dada, dan dua bawah baju mewakili Islam, Iman dan Ihsan bermaksud kesempurnaan.

Dua elemen ini sangat penting bagi menggambarkan betapa tertibnya dan kukuhnya bangsa Melayu dengan sifat-sifat yang baik.

Namun hari ini, semuanya telah diubah kerana segelintir pereka fesyennya pun belum tentu tahu maksud di sebalik rekaan asal itu.