
Semperna Tahun Baru Cina, Sunway Lagoon akan membawa anda rasai sendiri pengalaman ‘RAT-tical’ Bersama mascot Captain Quack & rakan-rakannya menerokai kawasan Surf Beach dengan tema Tahun Baru Cina yang cukup menggemparkan bermula 23 Januari hingga 6 Februari.
Pelbagai aktiviti yang ada, antaranya Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh and CNY Sand Art yang cukup menarik.
Selain itu, anda juga boleh memanjat Gunung Cheese Huat dan membaling syiling di dalam kolam untuk realisasikan impian anda.
Malah anda juga boleh mencuba nasib dengan permainan the Fortune Chest.
Bukan itu sahaja, pada 25 dan 26 January 2020, para tetamu akan dihiburkan dengan tarian singa dan persembahan khas “A Mouse’s Tale” daripada Captain Quack & Rakan-rakan Bersama Sifu Lao Shu.
Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Tak ada sesiapa pun sukakan suasana yang cukup stress kerana ia boleh mengganggu prestasi kerja dan kehidupan harian kita.
Tambahan pula, stress boleh membuatkan anda mengalami perkara seperti berikut :
- Hilang fokus
- Tidak digemari orang sekeliling
- Cepat panas baran
- Sukar memberi tumpuan dan perhatian
- Cepat mengantuk dan letih
- Tidak produktif
- Hilang seri pada wajah
- Kesihatan boleh terjejas
Sehubungan itu bagi menyelesaikan masalah anda, penulis ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan bagi menghilangkan stress seterusnya kembali ceria dan aktif :
1. Hubungi orang yang tersayang
Percayalah.. apabila mendengar suara orang yang tersayang, anda akan berasa sedikit lega. Tidak kiralah orang yang tersayang itu ibu, ayah, isteri atau anak. Mendengar suara mereka walaupun hanya melalui telefon, sesak di dada boleh berkurangan kerana secara automatik, anda akan menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembus segala kekusatan yang ada. Lebih-lebih lagi kalau anda terdengar suara si manja anda yang sedang riuh belajar untuk bercakap.
2. Urut telinga berulang kali
Nampak macam kelakar tetapi urut telinga ini sebenarnya merupakan antara cara sangat efisien untuk melegakan tekanan. Tambahan pula teknik ini boleh membebaskan
endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Endorfin adalah satu perasaan tenang yang boleh muncul secara automatik. Cara untuk mengurut telinga ini adalah dengan menggosok kawasan luar telinga (bahagian hadapan) dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Picit kawasan tersebut dari cuping telingan dan ke atas. Kemudiannya, teruskan urutan sehingga ke kawasan belakang telinga.
3. Lukis dengan jari atau conteng sepuas-puasnya
Apa kata ekspresikan diri anda melalui apa sahaja kaedah seni yang berfungsi sebagai satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan. Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.
4. Cium bau epal hijau
Mencium bau epal hijau atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.
5. Lihat keindahan alam
Ambil masa untuk bercuti buat seketika dan lihatlah keindahan alam. Kajian menunjukkan dengan melihat alam, anda dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.
6. Makan makanan yang boleh hilangkan stress
Mungkin ada dia antara anda tidak tahu wujudnya makanan yang boleh menghilangkan stress. Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan. Tak cuba, tak tahu hasilnya.
7. Pecahkan belon
Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.
8. Beri ganjaran untuk diri sendiri
Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.
9. Letak pokok di meja kerja
Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.
10. Solat dan beribadat
Bagi umat Islam, anda digalakkan untuk bersolat. Begitu juga dengan penganut agama lain, anda boleh berserah diri kepada Tuhan dan luahkan segala kekusutan yang ada. Namun bagi umat Islam, anda perlu tahu ketika melakukan solat darah anda akan mengalir dengan lebih baik. Misalnya apabila sujud, darah akan mengalir terus ke otak dan anda meneutralkan cas positif dan negatif anda. Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan. Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda. Pasti anda akan menemui ketenangan.
Mudahnya Nak Bersihkan Aircond, Boleh Buat Sendiri Hanya Guna Remote!

Lepas ini tak perlu lagi anda panggil orang untuk bersihkan aircond kerana anda boleh lakukannya sendiri. Cara nak bersihkan aircond ni cukup mudah iaitu hanya menggunakan remote sahaja.
CARANYA:
Selepas anda gunakan aircond pada waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut.
TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND
– Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
– Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
– Kemudian, barulah matikan aircond.
MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ? Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran serta kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
PESANAN…
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Kredit: Malaysia Viral Story
Tabiat Tahan Untuk Buang Air Kecil Boleh Mengundang Bahaya

Perkara ini sering dilakukan oleh lelaki terutamanya bila memandu pada jarak jauh atau melakukan kerja pada waktu pejabat. Usah amalkan begitu kerana kotoran air kencing yang ditahan itu perlu dikeluarkan dengan seberapa segera daripada badan.
Tabiat menahan diri daripada membuang air kecil jika diamalkan berlarutan boleh memberikan kesan sangat negatif terhadap kesihatan. Akan tetapi ia mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan umur.
KOMPLIKASI
Sebagai contoh kanak-kanak yang menahan kencing akan berdepan dengan komplikasi lain di masa akan datang. Bagi orang dewasa pula ia boleh menyebabkan jagkitan pada saluran kencing. Malahan dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan masalah inkontinens iaitu masalah hilang kemampuan untuk menahan kencing.
Sedar tak sedar seluar sudah basah dek kerana badan sudah tak mampu menahan kencing secara semulajadi.
HILANG KAWALAN
Dalam kes lebih teruk seseorang berdepan masalah ini boleh terkencing di mana-mana dan bila-bila sahaja. Apabila batruk atau bersin, air kencing boleh keluar tanpa disedari. Bagi mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang, uretra yang tersumbat atau pun kerosakan saraf turut berlaku.
Tahukah anda bahawa jika kencing melebihi lapan kali dalam sehari ia merupakan indikasi sesuatu yang tidak normal berlaku. Jangan pula anda mengurangkan jumlah pengambuilan air kerana ingin elak tahan kencing kerana itu adalah tindakan salah.
Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
RAWATAN LANJUTAN
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.