
Minggu ini netizen dikejutkan dengan berita penutupan akaun twitter Raja Permaisuri Agong. Namun pagi tadi, baginda membuat kemunculan semula di laman twitter untuk meredakan keadaan yang agak tegang kerana mengundang pelbagai spekulasi.
‘Seperti yang saya katakan, saya menyahaktifkan (akaun twitter saya) bukan kerana saya kesal dengan komen-komen yang dibuat kepada saya tetapi ia adalah atas sebab peribadi,’ tulisnya.
BACA: Akaun Twitter Raja Permaisuri Agong ‘Ditutup’, Tiada Lagi Gelagat Manis Pasangan Diraja
Namun tidak lama selepas itu, baginda menutup kembali akaun twitternya.
MASKULIN sempat melihat antara beberapa respon rakyat jelata yang mana rata-ratanya menyambut baik ciapan baginda serta menzahirkan rasa terharu di atas ciapan tersebut.
Ternyata rakyat sangat mengambil berat terhadap telatah Tuanku Azizah di laman twitter.
“Ambil Contoh Pengurusan 41 Pelajar Tahfiz” D.G Hisham Abdullah Lega Pelajar Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum Pulih

Terbaru, melalui Facebook Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah memanjat syukur kerana seramai 41 pesakit positif COVID-19 daripada kalangan pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah selamat sembuh dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).
Menurutnya ia merupakan sebahagian dari kuster tabligh yang sebelum ini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April 2020.
Tambahnya, Para pelajar terbabit adalah pelajar lelaki berumur dari 14 hingga 29 tahun. Mereka telah terdedah kepada COVID -19 samada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac 2020 dan juga daripada persekitran masjid selepas perhimpunan.
“Kesemua mereka tidak mengalami sebarang simptom dan 2 ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan pada 24 Mac adalah negatif.
“Mereka telah dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan pada 2 April, keputusan ujian swab ke 3 yang di ambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19. Para pelajar seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut.
“Rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simpton batuk pada 5 April 2020 dan diberikan rawatan Hydrochloroquine. Kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada hari ini 12 April 2020.” Tulisnya di Facebook.
Menurutnya lagi, daripada aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal amatlah penting bagi memastikan pesakit positif COVID 19 berpeluang sembuh sepenuhnya.
Kumpulan pelajar ini merupakan pesakit pada usia muda. Justeru proses penyembuhan dan prognosis mereka adalah lebih baik berbanding pesakit yang berusia ataupun yang menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis.
“Walau bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal semasa di tahap 1 sehingga 3 adalah amat penting. Daripada aspek kawalan COVID-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi kesemua 41 pelajar ini selepas didapati positif merupakan langkah yang amat penting.” Tulisnya lagi.
Di dalam kes ini, kesemua 41 mereka tidak mengalami sebarang simptom tetapi mampu untuk menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka telah dijangkiti.
Malah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini menyuruh mengambil contoh pengurusan kesemua 41 pelajar tahfiz ini untuk keperluan kepada proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal merupakan langkah tepat membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran dan memutuskan rantaian jangkitan COVID -19.
Pandang Pertama Edisi Terhad adidas Stan Smith x Human Made

Bagi penggemar sneakers terutamanya dari jenama adidas Originals, silhoutte Stan Smith merupakan rekaan klasik yang wajib ada dalam koleksi mereka.
Kasut yang dihasilkan untuk pemain tenis pada era 1960-an kini menjadi antara sneakers ikon terutamanya buat penggemar fesyen. Malah rekaannya dianggap tidak lekang dek zaman dan sentiasa relevan.
Terbaru pereka fesyen hi-end streetwear Nigo menerusi jenamanya Human Made tampil melakukan kolaborasi bersama adidas menghasilkan sneakers Stan Smith x Human Made.
Tiada perubahan besar yang dapat kita lihat menerusi rekaan kolaborasi ini. Tiga belang kecil di bahagian tepi kasut diganti dengan lubang berbentuk ‘love’. Begitu juga pada bahagian luarnya dengan lubang tebukan ‘love’ yang sangat sinonim dengan jenama Human Made.
Sentuhan daripada pereka Jepun ini dijangka akan mendapat sambutan yang baik daripada penggemar kedua-dua jenama. Walaupun rekaan secara keseluruhannya tidak banyak yang berubah namun dengan namanya yang berpengaruh rekaan ini dijangka akan menjadi buruan ramai.
Ia dijangka dikeluarkan pada penghujung bulan Januari dengan kuantiti yang cukup terhad.
Foto: adidas
Susah Nak Faham Girlfriend Korang? Tak Tahu Dia Marah Atau Tidak? Usah Risau, Jom Baca!

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki. Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami. Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami. Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?
Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.
* SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
* CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.
* HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.
* IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
* PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
* PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
* MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.
* EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
* CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.
Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!
* SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?
sumber: cerita-menarik-blog.blogspot.my