Baru-baru ini, tular satu video dashcam di TikTok yang dimuat naik oleh pengguna bernama Day Day Eric, memaparkan situasi di mana beberapa kenderaan didapati melawan arus di sebuah jalan.

Dalam rakaman itu, Eric yang sedang memandu keluar dari simpang dan cuba memasuki lorong kanan tiba-tiba berdepan dengan sebuah SUV putih yang datang dari arah bertentangan jelas melawan arus berdasarkan tanda arah jalan.

Kereta Lawan Arus Kena Siasat Dengan Hon

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Eric terus memandu di lorong tersebut dan menemui beberapa lagi kenderaan dari arah bertentangan, termasuk Honda HR-V dan MPV Toyota Vellfire, yang turut melawan arus.

Eric, yang jelas tidak berpuas hati, membunyikan hon panjang sebagai tanda protes.

Setiap kali berdepan dengan pemandu yang tidak bertanggungjawab ini, dia membunyikan hon tanpa kompromi sehingga mereka mengubah laluan ke kiri namun masih berada dalam laluan yang salah.

@daydayeric Korang suruh hon kan? HARI NI AKU BUAT! 😤🔊 #LawanArusLagi #HonChallenge #MalaysiaRoad #DashcamMY #AkuDahHon #KeretaGila ♬ original sound – daydayeric

Ads

“Korang Suruh Hon Kan? Hari Ni Aku Buat!” – Eric

Salah satu detik menarik dalam video itu adalah ketika Eric berdepan pula dengan sebuah Mercedes, turut melawan arus.

Tanpa teragak-agak, dia membunyikan hon lagi buat kali ketiga.

Dalam kapsyen video, Eric sempat berseloroh: “Korang suruh hon kan? Hari ni aku buat!”

Kawasan Didakwa Sering Sesak, Jadi ‘Shortcut’ Hantar Anak Sekolah

Beberapa netizen yang tinggal di kawasan berkenaan tampil di ruangan komen dan mendedahkan bahawa insiden sebegini sering berlaku, terutama pada hari Selasa, Rabu dan Khamis hari puncak kesesakan lalu lintas.

Ads

Difahamkan, ramai ibu bapa menggunakan laluan tersebut sebagai jalan pintas untuk menghantar anak ke sekolah, terutamanya bagi mengelakkan kesesakan lampu isyarat di arah bertentangan.

Tambahan pula, cuaca hujan juga menyumbang kepada kesesakan apabila lebih ramai memilih untuk menggunakan kereta berbanding motosikal.

Ramai Puas Hati Tengok Pemandu Hon Kereta Lawan Arus, Video Tular Di TikTok

BACA LAGI : Ronaldo Rai Hari Jadi Tukang Masak, Peminat Puji Sikap Rendah Diri

Ads

Ramai Sokong Tindakan Pemandu Bunyi Hon Panjang

Tindakan Eric yang berani dan tegas menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Rata-rata menyatakan rasa puas hati apabila melihat pemandu yang tidak bertanggungjawab diberi ‘pengajaran’ melalui bunyi hon.

Ramai yang bersetuju bahawa peraturan jalan raya perlu ditegakkan, dan sudah tiba masanya pemandu seperti Eric tampil bersuara atau dalam kes ini, berbunyi demi keselamatan pengguna jalan yang lain.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads