Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.
Makan dengan tertib
Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
Kurangkan garam
Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilih serat yang sesuai
Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).
Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebuah kajian terkini menjelaskan apakah manfaat yang diperolehi daripada rutin mandi sebelum tidur yang mungkin tidak banyak dilakukan oleh ramai orang. Anggapan bahawa mandi malam dapat menyebabkan penyakit rematik turut menjadi salah satu dari alasannya.
NAMUN, MENURUT KAJIAN TERBARU YANG DILAKUKAN OLEH CENTER FOR SLEEP MEDICINE DI NEW YORK, MANDI SEBELUM TIDUR DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG NYENYAK DAN LEBIH RILEKS.
“Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya boleh merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan dan membuat anda mudah untuk tertidur,” ujar Dr. Dianna Augelli selaku peneliti.
Lalu bilakah sebenarnya waktu yang tepat untuk anda mandi? Dianna mengatakan berikan jarak dalam 90 minit sebelum waktu untuk anda tidur untuk mandi. Mandi pada waktu tersebut, menurutnya, dapat memberikan isyarat pada tubuh bahawa anda telah siap untuk berehat.
“Biasanya ia akan dimulai dengan rasa ngantuk setelah mandi,” tambah dia.
Mungkin beberapa saat setelah mandi, tubuh kelihatan lebih segar. Namun seiring dengan perjalanan waktu anda akan mengalami proses pendinginan yang bakal mendatangkan rasa ngantuk luar biasa. Dalam tahap ini anda akan mulai tertidur dengan nyenyak dan bangun dalam keadaan yang lebih segar pada keesokan harinya
Oleh itu bolehlah untuk anda mengamalkan mandi sebelum setiap kali anda ingin tidur agar anda lebih mudah untuk berasa ngantuk. Seterusnya membolehkan anda untuk tidur lebih lena dan bangun dengan lebih segar pada keesokannya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ayah itu pelindung. Ayah itu pejuang kasih sayang. Dan ayah itu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya.
Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan tentang seorang lelaki yang telah mencuri perhatian ramai terutamanya warganet di Thailand di atas kasih sayang terhadap anaknya. Malah tindakannya telah membuatkan ramai terasa terharu dan sebak.
Kisah yang tular di laman media sosial Thailand tersebut menyaksikan bagaimana seorang ayah membawa anak perempuannya untuk meraikan hari jadi ke sebuah restoran shabu-shabu.
Namun dilaporkan bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk makan berdua. Jadi dia menyuruh anaknya untuk makan dan menikmati hidangan di restoran tersebut sambil dia menunggunya di luar. Ia dilakukan demi untuk menggembirakan hati anaknya yang tersayang.
Walaupun begitu anak perempuannya enggan makan kecuali mereka makan bersanma-sama. Telatah dua beranak tersebut kemudian diperhatikan oleh seorang pelayan restoran tersebut yang terdengar perbualan mereka.
Pelayan tersebut kemudian segera memberitahu pemilik restoran tersebut. Kemudian pemilik restoran telah berjumpa dengan mereka dan menghalang mereka dari meninggalkan premis dan mengajak mereka makan secara percuma.
Tindakan pemilik restoran yang baik hati itu tidak terhenti di situ sahaja. Selepas mengetahui tentang hari jadi anak kepada lelaki tersebut dia segera mengarahkan pekerjanya untuk mendapatkan kek istimewa untuknya.
Sebuah hantaran dari seorang warganet di Thailand turut menceritakan bagaimana pemilik dan pekerja restoran tersebut turut menangis terharu di atas kasih sayang yang ditunjukkan oleh ayah kanak-kanak itu.
Menurut laporan Bangkok Post, pemilik restoran tersebut berkata dia dapat saksikan sendiri bagaimana kasihnya seorang ayah kepada anaknya.
Selepas selesai menikmati juadah ayah dan anak tersebut berulang kali mengucapkan terima kasih dan penghargaan mereka. Satu lagi pengajaran yang berguna buat kita ialah perkara yang mungkin kecil bagi anda mungkin besar maknanya kepada orang lain seperti makan di restoran.
Tindakan pemilik restoran tersebut juga telah mendapat pujian daripada warganet. Semoga kasih sayang ini menjadi inspirasi untuk kita semua terutamanya yang bergelar ayah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayangkan anda sedang lepak bersama beberapa orang kawan-kawan. Tiba-tiba salah seorang kawan tu mula ‘sound’ girlfriend dia sebab lambat reply WhatsApp.
Bukan sekadar sound tapi dengan penuh rasa amarah nada tinggi, muka berkerut sampaikan semua orang jadi senyap.
Di kalangan kawan-kawan anda sendiri, ada yang rasa dia tu ‘tegas’, ada juga yang rasa dia sebenarnya agak ‘over’.
Tapi persoalan besar, adakah itu bukti dia lelaki sejati yang sentiasa ‘in control’, atau sebenarnya dia terjebak dalam perangkap toxic masculinity?
Perkara ini sebenarnya boleh merebak kepada sesuatu yang lebih serius. MASKULIN ambil contoh kisah dari sebuah drama Tamil, ‘Aadhira’ yang bakal menayangkan episod akhirnya tidak lama lagi.
Drama ini menonjolkan bagaimana seorang suami, Dharma yang pernah menjadi seorang cukup karismatik. Namun, lama-kelamaan menjadi seorang lelaki penuh toksik hingga membawa penderitaan kepada isterinya Aadhira.
Puncanya? Dharma menjadi lebih toksik selepas menyertai sebuah kumpulan lelaki yang bersifat narsistik dan penuh rasa ego lelaki dengan cara yang salah.
To be a man is to be in charge.
Inilah naratif yang dah lama melekat. Lelaki yang dominan dianggap lebih ‘jantan’, yang tak pernah menangis dianggap ‘tough’, yang sentiasa menang dianggap ‘alpha’. Tapi bila semua itu dipaksa, percayalah ia boleh bertukar menjadi racun.
Seporang pakar psikologi Michael Flood pernah menulis bahawa toxic masculinity lahir daripada ‘skrip sosial’, sebuah expectation masyarakat bahawa lelaki mesti ada kuasa, mesti ada kawalan dan mesti keras.
Akhirnya lelaki belajar untuk menekan dan membenam emosi mereka. Apabila berdepan tekanan maka mereka menggunkan kekerasan sama ada dalam bentul fizikal atau pun penderaan mental.
Seolah ini juga menjadi pengukur mereka menilai diri melalui sejauh mana dia boleh tundukkan orang lain.
Lelaki sejati sebenarnya bukan tentang menunjukkan diri siapa paling hebat dan kuat. Tapi sebenarnya tentang siapa yang paling seimbang.
Healthy masculinity ialah bila kekuatan itu digunakan untuk melindung, bukannya menindas. Bila ego dikawal dengan respect atau hormat. Bila keberanian datang sekali dengan empati.
Kajian oleh American Psychological Association (2019) mendapati lelaki yang tegar dengan stereotaip ‘lelaki keras’ lebih cenderung alami depresi, masalah penyalah gunaan dadah, dan berdepan kegagalan hubungan.
Sebaliknya, lelaki yang mendakap maskuliniti sihat lebih berdaya tahan, lebih bahagia dan lebih dihormati pelbagai pihak.
Dengan kata lain, lelaki sejati tak perlu bising atau tunjuk kuat untuk dihormati.
Tak dinafikan ramai sebenarnya lelaki tak sedar. Sama ada kurang peka atau mungkin tidak ada pengetahuan bahawa selama ini mereka sebenarnya banyak memiliki karakteristik lelaki toksik. Jadi tidak hairanlah sesetegah lelaki tak sedar bahawa dia sebenarnya sedang bernafas dalam sebuah kehidupan dengan ruang toksik.
Cuba anda periksa tanda-tanda di bawah!
Kalau lebih separuh checklist ni kena dengan anda—itu petanda anda mungkin dah terjebak dalam toxic mode, walaupun anda tak sedar.
Dr. Ronald Levant, pakar psikologi lelaki dan bekas Presiden APA pernah kata: “The future of manhood isn’t about dominating others – it’s about integrating strength with care, courage with empathy.”
Real manhood bukan tentang siapa paling keras, tapi siapa paling matang dalam menggunakan kuasa dia. Lelaki sejati ialah bila anda boleh protect tanpa control, respect tanpa ego dan jadi inspirasi tanpa perlu menindas.
Jadi persoalan sekarang, adakah anda nak terus jadi “lelaki yang keras luar tapi rapuh dalam”, atau lelaki yang kuat luar dalam sebab tahu keseimbangan di antara kuasa dan empati?
Bersempena Hari Wanita Malaysia pada 25 Ogos, rasanya inilah mesej yang cukup baik untuk lelaki sama-sama angkat demi menjadikan peranan mereka bersama wanita menjadi lebih bermakna, harmoni dan bahagia.
Ingatlah, tanpa wanita bahagia yang rasa selamat dan dilindungi, sebuah rumahtangga tidak akan berfungsi dengan baik.
Jangan lupa untuk saksikan episod finale drama ‘Aadhira’ pada hari Khamis, 28 Ogos di saluran 202 Vinmeen jam 9 malam!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.