Man photo created by shayne_ch13 - www.freepik.com

Setiap bulan pasti anda kehairanan melihatkan bil elektrik yang semakin lama semakin naik. Walhal anda merasakan penggunaan elektrik di rumah adalaj biasa-biasa sahaja.

Tapi benarkah begitu? pernahkah anda tertanya-tanya sama ada penggunaan ‘biasa-biasa’ itulah sebenarnya merupakan penggunaan yang agak banyak. Pastinya anda tidak mahu menerima bil elektrik mencecah tinggi hingga RM200 setiap bulan kerana pastinya ia menelan kos yang agak tinggi.

Perkara penting yang harus anda lakukan dalam usaha meniiamtkan elektrik ialah mengubah sedikit gaya hidup serta lebih peka dengan penggunaan elektrik. Sebenarnya tidak susah mana pun untuk jimatkan elektrik kerana sudah ramai yang amakan perkara MASKULIN kongsikan di bawah ini telah terbukti berkesan.

Hanya dengan sedikit perubahan tabiat sahaja anda mampu menurunkan lebih separuh daripada penggunaan elektrik dan bil dari RM200 boleh menjadi kepada RM30 sahaja!

Berikut merupakan beberapa tip penjimatan elektrik yang terbukti berkesan.

IKLAN

PENGHAWA DINGIN

Guna ketika benar-benar perlu sahaja. Salah satu tip ramai yang guna ialah sebelum tidur buka penghawa dingin sealam setengah jam. Kemudian tutup apabila suhu bilik sudah sejuk.

LAMPU

Sebelum tidur pastikan semua lampu di dalam rumah ditutup. Jika perlu buka lampu di bahagian luar rumah sahaja.

Hand photo created by teksomolika – www.freepik.com

MODEM WI-FI

Begitu juga dengan modem Wi-Fi. Kalau nak keluar rumah atau tidur tutuplah suisnya. Hanya ON bila nak guna sahaja.

IKLAN

TELEVISYEN

Bataskan masa untuk menonton televisyen sama ada untuk anda atau anak-anak. Lakukan aktiviti bersama keluarga lebih baik berbanding menghadap televisyen setiap masa.

People photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

PLAG PENGECAS

Pastikan plag pengecas peranti anda ditutup apabila tidak digunakan. Begitu juga dengan plag laptop yang menggunakan bateri. Jika bateri sudah penuh anda boleh tutup plagnya. Cukup sekadar cas dua hingga tiga jam sahaja.

IKLAN
People photo created by shayne_ch13 – www.freepik.com

CABUT PLAG

Ketika anda ingin pulang kampung atau bercuti pastikan kesemua plag dicabut daripada soket. Malah jika anda rajin ketika keluar rumah pergi kerja dan tiada siapa di rumah, juga boleh lakukan perkara sama.

BARANG ELEKTRIK BERKUALITI

Pastikan anda membeli barngan elektrik yang mendapat pengiktirafan baik dan mempunyai label lima bintang. Kebiasaanya produk jenis ini memang direka untuk menjimatkan elektrik.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!