Ramai yang mengamalkan tidur singkat di waktu tengah hari sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa mengantuk tanpa mengetahui sebenarnya amalan yang dikenali sebagai Qailulah ini mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Menurut artikel dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Qailulah merupakan perkataan bahasa Arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu Manzur Qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. (Rujuk Lisan al-Arab, 11/572).

Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud Qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. (Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 2/396)

Maksud Qailulah boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

مالي ولِلدُّنيا إنَّما مَثَلي ومَثَلُ الدُّنيا كمثل راكبٍ قالَ في ظلِّ شجرةٍ ثم راحَ وتركها

Maksudnya: ”Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.” – Riwayat al-Tirmizi (2377), Ibnu Majah (4109)

Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :

IKLAN

قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ

Maksudnya: ”Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.” – Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat

Bukan itu sahaja, kebaikan tidur singkat di waktu tengah hari ini juga dikongsikan Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya.

Kesan baiknya akan kekal selama 155 minit

Menurut beliau, tidur singkat di waktu tengah hari ini boleh meningkatkan prestasi otak, mengembalikan tenaga dan memulangkan semula kesegaran tubuh.

Ini merupakan kajian di Australia yang dimuatkan dalam Journal of Sleep dan sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

IKLAN

Apa yang menariknya, kesan baik daripada amalan tidur singkat di waktu tengah hari ini akan kekal selama 155 minit.

Menerusi perkongsian beliau yang lain, memadai untuk tidur di waktu tengah hari ini selama 20-30 minit.

Menurutnya, Prof Sara Mednick, Professor of Psychology dari University of California, Riverside telah membuat kajian bersama rakan-rakannya untuk mengetahui kesan ujian kecerdasan minda orang yang tidur pada waktu tengah hari ini.

IKLAN

Kecergasan orang yang tidur lebih baik daripada yang berjaga

Peserta kajian diuji sebanyak empat kali. Mereka mendapati peserta yang tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai keputusan ujian kecerdasan lebih baik berbanding orang yang berjaga.

Hasil kajian beliau diterbitkan di Jurnal Nature Neuroscience pada tahun 2002. Ada banyak lagi kajian yang mengaitkan kebaikan tidur pada waktu tengah hari ini.

Antaranya, kajian yang mengaitkan dengan peningkatan memori dan mood. Bahkan ada yang menyebut, orang tidur di waktu tengah hari akan lebih alert dan fokus serta persepsi dan kreativiti juga menjadi lebih baik.

Dan disebabkan itulah, syarikat-syarikat seperti Google, Nike, Amazon, Nasa, Uber dan Zappos menyediakan ruang dan waktu untuk zzzz ketika waktu tengah hari.

Lakukan Ini:

Bolehlah cuba untuk tidur sekejap di waktu tengah hari. Gelapkan sedikit bilik dan biarkan suhu bilik sekitar 22-24 darjah Celsius. Anda boleh makan tengah hari selepas anda bangun nanti.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI