Pada era wabak COVID-19 yang masih lagi menghantui kehidupan harian kita di antara jenis sakit yang pastinya cukup membuatkan kita takut ialah demam.
Apa yang lebih merisaukan lagi di kalangan anak-anak kecil berusia 5 tahun ke bawah yang masih belum layak untuk menerima vaksin.
Sebagai ibu bapa pastinya demam merupakan satu perkara cukup merisaukan. Bila bercakap tentang demam kita secara tidak langsung akan turut membicara tentang ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair.
Contoh ubat demam paracetamol kanak-kanak
Setiap kali demam pasti doktor akan memberikan preskripsi ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair. Tapi tahukah anda ubat demam cecair sebenarnya tidak elok disimpan terlalu lama? Dan ia juga tidak elok untuik disimpan lama di dalam peti sejuk!
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi untaiannya di Twitter tentang hal penyimpanan ubat demam paracetamol di dalam peti ais.
Jelasnya suatu ketika dahulu dia sentiasa berasa pelik kerana ramai ibu bapa membawa anak berjumpanya mengatakan anak demam panas tak kebah.Walhal sudah diberikan ubat demam di rumah.
IKLAN
Apabila diselidiki rupanya anak tersebut diberikan ubat demam yang sudah lama tersimpan di dalam peti sejuk. Tambah Dr Ahmad Luqman lagi besar kemungkinan ubat tersebut telah pun rosak dan langsung tak berkesan.
SEBAB TAK BOLEH SIMPAN LAMA
Untuk pengetahuan anda ubat demam paracetamol yang dibotolkan dari kilang sudah terisi dengan ‘clean air’. Malah ada juga terisi dengan nitrogen. Manakala ubat deman cecair itu pula sudah dicampur dengan bahan pengawet untuk elak pembiakan bakteria di dalam ubat tersebut.
Apabila botol ubat dibuka, ‘clean air’ tersebut akan terkeluar dan kemudian udara biasa pun akan memasuki ruang botol.
Itulah sebabnya tak bagus untuk menyimpan ubat demam yang sudah dibuka dalam tempoh yang lama keranakemungkinan udara luar mengandungi bakteria dan kulat.
Lebih mengeruhkan keadaan bila ubat demam tersebut kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk. Sedangkan pada suhu rendah boleh membuatkan proses kondensasi berlaku di dalam botol.
Lihat sahaja bahagian dalam botolyang disimpan lama di dalam peti sejuk pastu ada wap iar yang terkumpul di dalam. Wap air tersebut tiada bahan pengawet lalu boleh menyebabkan bakteria dan kuman membiak.
IKLAN
Selama ini kita fikir simpan ubat di dalampeti sejuk itu baik untuk buat ia tahan lama sedangkan hakikatnya pula sebaliknya!
Nasihat Dr Ahmad Luqman lagi, ubat demam seharusnya disimpan di dalam kondisi suhu bilik. Paling bagus susah simpan ubat demam apabila anak sudah pulih dan sihat. Jika mahu simpan juga, biarlah tidak lebih dua bulan.
Terima kasih Dr Ahmad Luqman di atas perkongsian yang sangat berguna ini. Semoga ia memberikan manfaat kepada anda semua!
Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update paling terkini.
Minggu lalu, filem ikonik XX Ray 3 telah menemui penonton. Terdahulu filem terbaharu sutradara, Aziz M. Osman ini mendapat sedikit kecaman oleh mereka yang terlalu mahukan kesempurnaan.
Segelintir penonton tersebut sering membanding-bandingkan karya tempatan dengan luar negara yang umumnya mengetahui beberapa filem luar sememangnya memiliki bajet serta kepakaran yang lebih tinggi.
Dan itulah yang berjaya melepasi untuk memasuki pasaran pawagam di seluruh dunia biar pun pada masa sama, ada juga beberapa filem ‘sampah’ dari luar negara yang turut menerima kecaman daripada rakyat mereka dan tidak dibawa ke luar negara.
Namun begitu menerusi entri ini, Maskulin tertarik dengan review santai daripada Facebook Movie Addict Malaysia (MAM) yang menggambarkan secara umum mengapa XX Ray 3 harus ditonton :
8 Sebab Kenapa Anda Harus Tonton Filem XX Ray 3
XX RAY 3 berkisar mengenai misi penyelamatan dunia dari krisis pemanasan global oleh sekumpulan anak muda dengan dibantu oleh ‘the old master himself’, Amir Hamzah dalam memastikan kesejahteraan penduduk bumi. Filem ini bukan sahaja telah lama dinantikan peminat franchais XX Ray, malah peminat fiksyen sains tempatan secara amnya. Setiap karya tidak dapat lari dari kelemahan dan kekurangan. Namun di sini kami senaraikan 8 sebab kenapa anda harus tonton XX RAY 3 di pawagam:
1. Misi selamatkan dunia
Tak main lah selamatkan tebusan di atas pulau atau selamatkan puteri di atas gunung. Abang Aziz pergi ‘all out’, dan jadikan bumi sebagai objektif utama. Berapa kerap anda tonton hero-hero tempatan dalam misi menyelamatkan dunia? Jarang-jarang kan?
Dihidangkan dengan krisis yang mampu mengganggu gugat kesejahteraan penduduk bumi, ini adalah misi ’22 years in the making’, sehinggakan ‘old timer’ Amir Hamzah terpanggil untuk bekerjasama dengan genius generasi baru seperti Rayyan dan Sam.
2. Babak ‘first contact’ dengan makhluk asing dan kaitannya dengan kumpulan rock lagenda, Wings
Di awal filem ini, anda bakal dihidangkan dengan ‘gorengan’ gitar oleh Sam. Gorengan gitar lagu Sejati dari kumpulan rock lagenda, Wings betul-betul dimainkan di hadapan UFO. Babak ini pasti mengingatkan kita pada filem Close Encounter For The Third Kind.
‘First contact’ bersama makhluk asing kebiasaannya adalah ‘memorable’, seperti di dalam filem The Day the Earth Stood Still, E.T. mahupun Arrival. Pastinya cara Sam berkomunikasi dengan makhlus asing ini sangat unik dan menimbulkan keterujaan buat penonton.
3. Rujukan budaya pop
Sekian banyak ‘easter eggs’ atau ‘homage’ yang ditampilkan atau dituturkan oleh watak-watak di dalam filem ini. Antaranya Star Wars, X-Men, Harry Potter, Back To The Future, Transformers serta banyak lagi.
Percayakah anda Hang Tuah sebenarnya peminat Harry Potter? Tak percaya? Anda tonton sendiri pengakuan abang Tuah yang melucukan dalam filem ini.
4. Gandingan pelakon baru dan lama
Walau dibarisi dengan ramai pelakon-pelakon muda seperti Izzue Islam, Adam John dan Nonny Nadirah, filem ini turut menampilkan pelakon-pelakon ‘otai’ seperti Saiful Apek, Datuk Rahim Razali, Jalaluddin Hassan dan Razak Ahmad.
Biarpun peranan pelakon-pelakon otai ini tidak besar, kekuatan lakonan mereka jelas terasa dan tidak membayangi pelakon-pelakon muda. Adam John mewakili barisan pelokan muda menampilkan beberapa ‘punchline’ yang melucukan, sekaligus memberi ‘comic relief’ dalam situasi-situasi yang tegang.
5. Dibikin khas untuk peminat tegar francais XX Ray yang datang dengan ‘merchandise’ eksklusif
Sangat jarang filem tempatan mengeluarkan merchandise filem tersebut, apatah lagi menghasilkan replika props yang digunakan untuk dimiliki oleh peminat.
XX RAY 3 menampilkan bukan sahaja t-shirt atau poster untuk dimiliki, malah ia turut menampilkan 3 merchandise unik seperti figura aksi, set VHS eksklusif serta replika prop helmet XX Ray pada skala 1:1 yang boleh dipakai oleh pemiliknya. Now you can be part of the movie too!
6. Penceritaan skala besar dengan pengembaraan di beberapa lokasi menarik
Mengagumi kecantikan Jordan, menikmati keropok lekor di Terengganu, meneroka kebudayaan bandar bersejarah Melaka, filem XX RAY 3 akan membawa anda menyelusuri tempat-tempat menarik ini.
Malah, lokasi pengambaran di Jordan pasti akan mengingatkan anda pada filem arahan Michael Bay, Transformers 2 kerana filem XX RAY 3 berkongsi lokasi perfileman yang sama.
7. Mengangkat kebudayaan Melayu
Walaupun ini filem fiksyen sains, pengarah sama sekali tidak mengabaikan dari mengangkat kebudayaan melayu di layar skrin. Siapa sangka di sebalik kecanggihan teknologi masakini, ‘earth last defend’ sebenarnya adalah sebuah senjata klasik pahlawan melayu yang tersimpan di dalam muzium.
Babak akhir yang menampilkan gandingan dua ‘superhero tua’ beraksi sambil diiringi lagu Mentera Semerah Padi bakal memberi rasa ‘goosebump’ buat penonton. Babak tersebut mengingatkan kita kepada babak sewaktu Thor mendarat di Wakanda dalam filem Infinity Wars.
8. Penampilan istimewa
Seperti filem Cinematic Marvel, penghujung kredit filem XX RAY 3 juga menampilkan penampilan istimewa dari watak filem XX Ray sebelum ini yang tak dijangka. Bagaikan Nick Fury dalam filem Iron Man, watak ini muncul sambil memberi mesej seolah-olah akan ada sambungan atau ‘sekuel’ selepas ini.
Adakah cubaan Rayyan dan Sam menyelamatkan dunia telah membuatkan mereka menjadi sebahagian dari ‘universe’ yang besar?
Ayuh beramai-ramai turun ke pawagam berdekatan untuk menonton filem sains fiksyen arahan Aziz M Osman ini. XX RAY 3 sedang hangat menggegarkan pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sejak 24 Januari lepas. Apa tunggu lagi, ayuh kita tangkap UFO.
“Setiap Saga Ada Sambungan”
Adakah anda sudah menonton filem XX Ray 3 ini? Apa pula komen anda?
Dua hari lepas industri sukan tanah air terutamanya bola sepak mendapat perkhabaran sedih iaitu dengan pemergian serta kehilangan Legenda Bola Sepak Malaysia Era 60-an dan 70-an Datuk M. Chandran.
Memetik laporan Astro Awani, mendiang disahkan meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik di rumahnya di Ampang Jaya. Beliau meninggalkan seorang isteri Datin A. Pushpalatha dan dua anak lelaki yang masing-masing berusia 36 dan 38 tahun.
Antara yang paling terkesan dengan pemergian mendiang Datuk M. Chandran adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut Berita Harian, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa Chandran adalah inspirasi kepada semua rakyat Malaysia dengan semangat dan dedikasinya terhadap bola sepak ketika mengetuai pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972.
Selain itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Negeri & Kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun turut menyatakan rasa sedih di atas pemergian mendiang M. Chandran yang juga bekas presiden persatuan itu.
“Beliau adalah contoh terbaik sebagai pemain & pentadbir. Beliau mengetuai persatuan itu dengan cemerlang sebagai Presiden dan saya rasa amat sukar untuk memenuhinya apabila mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2014,” katanya kepada Berita Harian.
Sungguhpun garam adalah penambah rasa dalam masakan, namun tahukah anda garam juga sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.
Garam berlebihan terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi. Hipertensi atau tekanan darah tinggi antara penyakit senyap yang boleh membunuh kerana ia mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain tanpa tanda amaran.
Kajian Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan penduduk Malaysia mengambil 8.7 gram garam sehari. Ia adalah 1.7 kali lebih tinggi daripada lima gram garam sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tekanan darah tinggi adalah faktor terbesar menyumbang kepada kematian pramatang iaitu mati pada usia yang lebih muda. Kebarangkalian mereka yang meninggal dunia berusia antara 30 hingga 70 tahun daripada empat penyakit tidak berjangkit utama (NCD) iaitu diabetes, kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik dan kanser adalah kira-kira 20 peratus.
Sodium biasanya terdapat dalam garam, tetapi ia juga boleh didapati dalam penambah rasa, makanan proses serta makanan dalam tin.
Ini adalah beberapa keburukan garam buat kesihatan anda…
#1: Kerap Haus
Jika anda kerap haus, dahagakan air masak, ini bermakna tubuh badan anda sudah terlebih garam. Kandungan garam mempunyai 40% sodium dan 60% klorida yang menarik air dalam badan anda.
Jika anda mengambil makanan yang mempunyai garam yang tinggi seperti pizza,burger pastikan anda minum air secukupnya. Seeloknya minum air masak sebelum anda memulakan aktiviti harian.
#2: Selalu ke tandas
Tentulah jika dah selalu minum air, pasti anda akan ke tandas setiap masa. Tentu anda akan rimas jika anda terpaksa ke tandas ketika anda sedang dibuai mimpi kan?
Kerap ke tandas boleh menyebabkan kalsuim dalam badan anda berkurang. Jika kalsium dalam darah anda berkurang, badan anda akan meminta dari tulang anda.
Bila dikaitkan dengan garam, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan peluang anda untuk dapat osteoporosis sangat tinggi.
#3: Kaki cramp
Jika anda kerap sakit kaki, cramps sana sini, tapi anda jarang bersukan mungkin anda boleh salahkan pengambilan garam anda.
Kenapa ini berlaku? Seperti yang kita tahu, garam mempunyai sodium dan klorida. Sodium dan kalsium menguatkan otot anda, walhal potassium membantu untuk menaturalkan badan anda.
Jadi dengan pengambilan berlebihan, ia akan menjadikan badan anda mudah sakit-sakit.
#4: Sakit kepala
Anda mungkin tidak perasan yang garam punca anda sakit kepala. Garam yang berlebihan boleh mengurangkan hidrat dalam tubuh badan anda.
Kurangkan pengambilan garam, dan mulalah makan makanan yang seimbang.
#5: Badan bengkak di tempat tak sepatutnya
Salah satu bengkak yang paling umum jika anda terlebih garam adalah pada bawah mata.
Ini terjadi kerana badan anda tidak boleh menampung jumlah garam berlebihan dalam badan anda, jadi ia akan membengkak di mana-mana sahaja. Kalau tak di bahagian mata, mungkin dibahagian kaki.
#6: Anda kurang fokus
Ini merupakan perkara paling rare sekali untuk seseorang mengesan puncanya daripada garam. Tahukah anda jika anda tidak fokus dalam melakukan setiap tugasan, ini bermakna kandungan garam dalam badan anda sebenarnya tinggi?
Pada tahun 2011, kajian dijalankan ke atas pelajar di Kanada menunjukkan 1200 orang dewasa yang terlebih garam dalam badan berkait dengan produktiviti badan.
Kurang hidrat dan sodium berlebihan boleh membuatkan anda murung dan mengelirukan anda dalam membuat keputusan. Anda akan menjadi lesu.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...