Dunia telekomunikasi perlu berterima kasih kepada jenama Nokia yang suatu ketika dahulu menjadi jenama telefon bimbit paling popular. Namun dengan kemunculan telefon pintar, nama Nokia dilihat semakin tenggelam.

Jadi tidak hairanlah jika ada di antara anda mungkin tidak tahu bahawa Nokia sebenarnya masih lagi wujud di pasaran.

Terbaru untuk pasaran di Malaysia, Macpie Distribution Sdn Bhd anak syarikat Macpie Berhad telah diumumkan sebagai rakan pengedar sah yang baharu di Malaysia.

Macpie Distribution Sdn Bhd sebagai pengedar sah baharu untuk HMD Mobile Malaysia Sdn Bhd, (anak syarikat HMD Global Oy) akan mengedarkan telefon pintar & telefon bimbit Nokia di Malaysia melalui rakan saluran dan rakan korporatnya.

Ramai Tidak Tahu Bahawa Nokia Masih Wujud, Kini Dibawa Pengedar Baharu Ke Malaysia

IKLAN

Macpie Distribution Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Sean Ng yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam perniagaan industri teknologi mudah alih. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam menerusi industri ini dengan rangkaian rakan niaga dan pemain industri yang luas.

Pada tahun 2012, beliau membangunkan telefon pintar berjenama terkenal di Malaysia dengan pengasas bersamanya yang lain dan ia mendapat perhatian dengan cepat, membangun di pasaran dan berjaya mengukuhkan kedudukannya di rantau ASEAN.

Dan dalam masa hanya dua tahun, jenama ini telah berkembang ke Indonesia dan terus mengembangkan sayapnya ke pasaran ASEAN yang lain.

IKLAN

“Dengan rasa rendah diri kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan HMD Global yang telah membantu kami menjadikan ia satu realiti. Memandangkan kekuatan kami dalam perniagaan mudah alih, kami yakin dapat bekerjasama dengan HMD Global untuk meneruskan pengembangan telefon mudah alih Nokia di Malaysia.

“Memandangkan kita menuju ke arah teknologi 5G, kami yakin bahawa fokus HMD Global pada inovasi dan kualiti akan menghasilkan telefon pintar 5G yang lebih mudah diakses pada masa akan datang.

Ramai Tidak Tahu Bahawa Nokia Masih Wujud, Kini Dibawa Pengedar Baharu Ke Malaysia

IKLAN

“Kebanyakan telefon pintar Nokia juga diperakui sebagai peranti yang disyorkan oleh Android Enterprise dan menjadi pilihan syarikat besar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencari peranti berprestasi cemerlang, selamat dan terkini untuk pekerja mereka,” kata Pengarah Eksekutif Macpie Distribution Sdn Bhd, Sean Ng.

Pengurus Negara (Malaysia dan Myanmar) HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, “Di HMD Global Malaysia, kami amat bangga berkhidmat untuk peminat setia telefon mudah alih Nokia serta pengguna baharu. Perubahan struktur ini adalah sebahagian dari agenda transformasi kami bagi memperkenalkan cara baharu untuk bekerjasama dengan saluran & rakan korporat kami agar perniagaan kami ‘terus menjadi lebih baik’.

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami yang baharu sahaja dilantik, Macpie Distribution Sdn Bhd dan berharap kami dapat bersama-sama mengembangkan perniagaan telefon pintar Nokia sambil terus menyokong permintaan telefon bimbit kami”.

Jadi buat penggemar jenama Nokia anda boleh nantikan deretan teelfon pintar yang terbaharu daripada mereka.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI