Buat penggemar seni kustom automotif dan gerakan sub budaya counter culture, Art of Speed (AOS) merupakan acara gergasi yang pasti anda nantikan kemunculannya setiap tahun. Kejayaan luar biasa yang menyaksikan penganjuran terbesar AOS telah menjadi pembakar semangat buat penganjurnya untuk sekali lagi mengulangi pada tahun ini.
Untuk edisi AOS 2023 ia sekali lagi bakal berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan ruang tetutup seluar 350,000 kaki persegi, ruang luar seluar 8.6 ekar dan juga buat pertama kali mengambil setiap dewan acara.
Ini sekali gus memberi bayangan pelbagai acara lebih menarik akan diadakan dan dipamerkan sepanjang penganjurannya pada 29 sehingga 30 Julai 2023. Di antara tarikan utama AOS 2023 pastinya penyertaai komunititi kustom antarabangsa dari pelbagai negara.
Di antara nama-nama besar yang sudah mengesahkan penyertaan mereka ialah dari Jepun iaitu MOONEYES, Wild Road Choppers dan Cosmic Road Chopper City. Selain itu, kemunculan istimewa tetamu dari Speedhunters.com seperti Dino Dalle Carbonare dan Alexander Iain juga turut mengujakan.
Berikut beberapa komuniti kustom dan media antarabangsa yang mengambil bahagian pada AOS 2023;
1. Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
2. Wild Road Choppers; Jepun dan juga 1941 Harley-Davidson Chopper Show Bike
3. Cosmic Chopper City; Jepun dan juga 2020 Harley-Davidson Chopper Show Bike
4. Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com, Global
5. Alexander Iain dari Speedhunters.com, Global
6. Side Yakotani; Jepun dan juga 1959 Volkswagen Type2 Safari Custom Show Car
7. Ya Seat; Thailand
8. Kustomstyle, Jepun
9. Joints Custom Show, Jepun
10. 2 Percenter, Jepun
11. Vibes Magazine, Jepun
12. Roller Magazine, Jepun
13. Weller Magazine, Jepun
14. Mow; Australia
15. Choppajoop, Singapura
16. Hisa Artes 66 Paintlab, Indonesia (kumpulan 15 artis pinstripe)
17. Fahmi Freeflow, Indonesia
18. Irvine Jasta, Indonesia
19. Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapura
20. Bangkok Hot Rod Show, Thailand
21. Kustomfest, Indonesia
22. Borneo Kustom Show, Brunei
23. BBQ Ride, Indonesia
24. Wicked Wallop, Singapura
25. 645 magazine, Indonesia
26. Mill Art, Indonesia
27. Ignite magazine, Thailand
28. Dinggo Company, Indonesia
29. Von Dutch, Indonesia
Penganjuran AOS 2023 juga menyaksikan beberapa acara baharu akan diperkenalkan. Di antara yang disebut-sebut bakal mendapat sambutan hebat ialah Outdoor ThunderCircus ‘Brotehrhood Rally’ di mana sebuah ruang atau kawasan terbuka kahs disediakan untuk penunggang dan peminat motosikal berkumpul.
Manakala di Dewan B pula menyaksikan Hot Wheels Collector Convention bakal diadakan. Lebih istimewa ia merupakan penganjuran konvensyen pertama kali dianjurkan di Asia Tenggara.
Pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels, paparan diorama – yang termasuk Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy And Sell, sesi perkongsian pengumpul, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi. Peminat Hot Wheels juga akan dapat bertemu dan menyapa pereka Hot Wheels terkenal Matt Gabe dari Amerika Syarikat.
Dan buat peminat item edisi terhad pastinya teruja dengan kolaborasi AOS 2023 dan VANS.
Mereka bakal menampilkan kasut edisi terhad dan “Coffee Table Book” khas kulit keras Art of Speed 10 tahun peringatan untuk peminat-peminat AOS. VANS akan menyediakan taman mini untuk bermain papan selaju dan basikal BMX, percuma untuk digunakan di Hall DG bersebelahan Food Park.
Dan turut kembali pada AOS 2023 ialah konsert SoundCircus Festival yang bakal membariskan band seperti Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah perkara yang paling menyeksakan bila memandu di negara bercuaca panas tropika seperti Malaysia?
Tak lain tak bukan ialah bila terpaksa memandu atau menjadi penumpang kereta yang mempunyai penghawa dingin tak berfungsi!
Umum kita sudah tahu bahawa negara kerap berdepan dengan cuaca yang sangat panas. Malah cuaca panas ini boleh datang dan pergi lebih cepat daripada biskut.
Dan dalam cuaca panas begini amatlah penting untuk kita mempunyai penghawa dingin kereta yang berfungsi dengan baik.
Bayangkanlah anda memandu atau menjadi penumpang di dalam kenderaan pada jam 12 tengahari. Memang akan cukup menyeksakan dengan kepanasan melampau.
Penghawa dingin kereta anda sebenarnya mungkin tak rosak. Antara sebab mengapa ia tak sejuk adaah kerana filter sudah lama tak dibersihkan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Kredit: Mohd Farhan Alias
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai pemilik kereta gemar menambah aksesori untuk keselesaan dan gaya, tetapi tahukah anda bahawa ada aksesori yang boleh membahayakan nyawa?
Seorang lelaki telah berkongsi tentang empat barang yang patut dielakkan dalam kereta kerana ia boleh mengancam keselamatan pemandu dan penumpang.
Walaupun nampak biasa atau berguna, aksesori ini boleh menjadi faktor utama dalam kemalangan jalan raya.
Karpet kereta sering digunakan untuk memastikan lantai kenderaan kekal bersih dan selesa.
Namun, memilih karpet kereta yang terlalu tebal boleh menyebabkan masalah besar, terutama ketika anda perlu menekan brek dengan pantas.
Karpet yang tidak sesuai atau tidak dipasang dengan betul boleh tergelincir dan menyekat pergerakan pedal, menjadikannya sukar untuk membrek dalam situasi kecemasan.
Selain itu, karpet yang terlalu tebal juga boleh menyebabkan pedal brek atau minyak tersekat, mengakibatkan pemandu kehilangan kawalan ke atas kenderaan.
Ramai yang menggunakan penutup dashboard untuk melindungi permukaan daripada cahaya matahari atau untuk mencantikkan dalaman kereta.
Namun, anda mungkin tidak sedar bahawa aksesori ini boleh menghalang airbag daripada berfungsi dengan baik semasa perlanggaran.
Airbag direka untuk mengembang dengan pantas dalam kemalangan, tetapi jika terdapat objek seperti penutup dashboard yang menghalang kawasan letupan airbag, impaknya boleh berkurangan dan mengancam keselamatan penumpang.
Seatbelt clip sering digunakan untuk mengurangkan ketegangan tali pinggang keledar, memberikan rasa lebih selesa kepada pemandu dan penumpang.
Namun, hakikatnya penggunaan aksesori ini boleh membahayakan nyawa anda.
Dalam keadaan kemalangan atau brek kecemasan, seatbelt clip boleh pecah dan menyebabkan tali pinggang keledar gagal berfungsi dengan baik.
Ini bermakna, jika berlaku perlanggaran, badan anda tidak akan ditahan dengan kuat, meningkatkan risiko kecederaan serius atau maut.
Lebih memburukkan keadaan, jika pihak insurans mengetahui anda menggunakan aksesori ini, kemungkinan besar tuntutan insurans tidak akan diluluskan kerana anda dianggap tidak menggunakan tali pinggang keledar dengan cara yang betul.
Bagi mereka yang gemar menghias tempat duduk dengan aksesori seperti manik-manik atau kusyen berbatu, anda perlu lebih berhati-hati.
Walaupun aksesori ini mungkin kelihatan cantik dan memberikan keselesaan tambahan, ia sebenarnya boleh menjadi ancaman serius jika berlaku kemalangan.
Jika berlaku perlanggaran dan airbag meletup, manik-manik ini boleh bertaburan dengan kelajuan tinggi dan mencederakan mata atau muka anda. Dalam beberapa kes, serpihan kecil dari aksesori ini boleh menyebabkan kecederaan serius atau buta.
Memasang aksesori dalam kereta bukanlah satu kesalahan, tetapi pastikan pilihan anda tidak mengorbankan keselamatan.
Setiap pemilik kenderaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala aksesori yang digunakan bukan sahaja memberikan keselesaan, tetapi juga tidak menjejaskan aspek keselamatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.