rambut gugur
Foto: Freepik

Masalah rambut gugur merupakan satu kondisi yang biasa dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita. Tahukah anda seorang lelaki secara puratanya keguguran 50 helai rambut dalam masa sehari?

Sebenarnya ia adalah proses semula jadi yang biasa. Cuma bila rambut gugur itu lebih banyak dari biasa – itulah kondisi yang perlu anda bimbang. Ia boleh gugur di mana sahaja dan dalam keadaan berbeza-beza.

Sebagai contoh ketika menyikat atau mencuci menggunakan syampu. Ia pasti akan gugur walaupun sedikit.

Jika rasa ia gugur lebih banyak daripada normal, lakukan beberapa perkara yang MASKULIN kongsi di bawah.

IKLAN

CUCI GUNA SYAMPU

Cucilah dengan rutin yang baik. Ia boleh membantu mengurangkan keguguran dan memastikan kulit kepala bebas kelemumur. Secara tidak langsung ia mengurangkan risiko sebarang jangkitan yang boleh sebabkan rambut gugur.

PENGAMBILAN PROTEIN

Pastikan diet harian anda lengkap dengan protein seperti daging, ikan, kacang dan pelbagai produk tenusu. Ia boleh membantu mengurangkan keguguran.

Rambut Gugur Tidak Akan Teruk Jika Ikut Beberapa Tip Ini
Foto: Freepik

URUT GUNA MINYAK

Sesiapa berdepan masalah kulit kepala boleh dapatkan rawatan urutan dengan menggunakan essential oil. Ia membantu folikel kekal aktif.

IKLAN

JANGAN SIKAT KETIKA BASAH

Ketika rambut anda basah itulah masanya ia cukup lemah. Jadi elakkan memberus atau menyikat rambut ketika kepala basah. Jika perlu menyikat juga pilihlah sikat yang mempunyai jarak ‘gigi’ lebih lebar.

MINUM AIR

Pastikan anda meminum air dengan cukup. Badan yang mempunyai kadar hidrasi yang baik boleh membantu pertumbuhan rambut lebih sihat.

IKLAN

JANGAN MEROKOK

Tabiat merokok juga boleh menyebabkan ia mudah gugur. Rokok boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan rosak. Sekali gus membuatkan rambut gugur.

JANGAN STRES

Kesihatan mental juga memberi impak sangat besar kepada fizikal anda. Banyak kajian mendapat seseorang yang sentiasa berdepan stres menghadapi masalah rambut gugur dengan teruk.

Jika anda mencari syampu yang berkualiti pada harga menarik, boleh dapatkan di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI