Apabila kita bercerita tentang bagaimana hendak menjadi bijak, pasti ada yang berkata pergilah belajar di sekolah, kolej atau mana-mana institut pendidikan tinggi. Tapi kalau anda dah berumur, takkanlah nak masuk belajar dengan orang-orang muda yang lain, mestilah segan kan?
Jangan risau, nak jadi bijak tak semestinya anda perlu masuk semula ke institusi pendidikan. Kami kongsikan dengan anda apa yang boleh anda buat untuk jadi bijak dengan cara menggunakan hobi anda. Sila baca 5 hobi yang membantu anda menjadi bijak ini dengan teliti ya.
1. Bermain Alat Muzik
Tahukah anda bahawa bermain alat muzik ini boleh membantu anda menjadi bijak? Tidak kiralah anda bermain peralatan apa, sama ada gitar, piano, drum dan lain-lain lagi, ia membantu meningkatkan keupayaan kognitif anda, menguatkan memori, keupayaan membaca dan juga meningkatkan keupayaan otak anda untuk memproses sesuatu maklumat.
Ads
2. Membaca Jambatan Ilmu
Sesuai dengan kata pepatah ‘Membaca Jambatan Ilmu’, membaca sememangnya boleh membantu anda menjadi bijak. Dengan membaca ia akan meningkatkan bilangan perbendaharaan kata anda, kemahiran menulis dan juga pengetauan am. Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa dengan membaca dapat meningkatkan rasa empati, mengurangkan tekanan dan meningkatkan keupayaan kita untuk mengingat.
3. Menulis Dengan Tangan
Ads
Pada zaman serba canggih ini, ramai orang memilih untuk menulis menggunakan gajet-gajet seperti laptop ataupun tablet. Tetapi, apa kata kali ini jalankan hobi menulis anda dengan menggunakan tangan. Menurut kajian, menulis menggunakan pen ataupun pensel dapat meningkatkan keupayaan otak apabila anda perlu fokus pada maklumat visual dan juga kemahiran bermotor (motor skills) anda.
4. Bermain game
Ads
Sama ada anda bermain video game ataupun game yang lain seperti puzzle game dan board game, ia dapat meningkatkan aktiviti neuroplasticity di dalam otak anda di mana ia berkaitan dengan fungsi fokus dan sensorimotor anda. Selain itu, ia juga dapat meningkatan keupayaan mengingat dan juga menyebabkan mood anda berada dalam keadaan baik.
5. Bersukan
Bagi anda yang mempunyai hobi bersukan, anda sebenarnya sedang berada di laluan yang betul untuk menjadikan anda lebih bijak. Bersukan membantu meningkatkan pembangunan neuron dan mengaktifkan pengaliran darah ke otak yang merangsang otak untuk bertindak dengan lebih baik.
Adakah hobi anda adalah salah satu daripada 5 hobi yang membantu anda menjadi bijak ini? Jika ada, maka tahniah! Anda sedang berada pada landasan yang betul untuk menjadi lebih bijak. Jangan lupa kongsikan perkara ini dengan kawan-kawan anda agar lebih ramai orang di sekeliling anda menjadi bijak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Trend ini merujuk kepada individu atau pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai anak, sama ada atas alasan peribadi, ekonomi, kesihatan, atau keutamaan hidup yang lain. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara-negara Barat, tetapi juga mula menular di negara-negara Asia termasuk Malaysia.
Berikut merupakan perkongsian seorang peguam di laman Tiktok dikenali sebagai Syazwan Ahmad mengenai ‘trend’ yang mula diamalkan ramai ini.
Menurut peguam ini, ‘Childfree Lifestyle’ merujuk kepada pasangan yang memutuskan untuk tidak mempunyai anak selepas berkahwin. Apabila saya membuat pencarian mengenai istilah tersebut, didapati bahawa negara Indonesia antara yang aktif membincangkannya.
Antara faktor yang menyebabkan pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak adalah kerana belum bersedia dan terutama sekali faktor kewangan. Dalam perkongsian tersebut, belia turut bertanya sama ada fahaman ini diterima di Malaysia dan adakah ramai yang sudah mula mengamalkan gaya hidup sebegini.
Berkahwin dengan niat mahu mencegah kehamilan semata-mata inginkan keseronokan serta kebebasan adalah berdosa dan hukumnya haram, kerana ia tidak selari dengan matlamat perkahwinan menurut syariah. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memberitahu, Islam melarang umatnya yang berkahwin mencegah kehamilan tanpa sebab yang munasabah.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
“Berkahwinlah dan beranak pinaklah, sesungguhnya aku akan berbangga dengan ramai umatku pada hari kiamat…”
Islam amat menggalakkan agar setiap pasangan suami isteri berazam dan berusaha untuk mempunyai anak. Bagi mereka yang tidak mempunyai anak setelah berusaha atau tidak berusaha mendapatkan anak dengan kaedah-kaedah alternatif adalah tidak dikira sebagai satu kesalahan dan berdosa di sisi syarak. Hal ini kerana, Allah SWT sahaja yang berhak dan berkuasa untuk menciptakan setiap nyawa di muka bumi ini. Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Tiada suatu nyawa pun yang diciptakan melainkan Allahlah Penciptanya- Riwayat al-Bukhari (7409) dan Muslim (1438)
*Nak merancang itu boleh, tapi janganlah sampai berniat untuk tidak mempunyai anak. Siapa nak terus bawa legasi nama dan doakan untuk kita boleh kita dah tiada?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama menerusi Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.
Shell Malaysia Official Online Store ini akan memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen. Selain daripada memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna kerana membeli produk Shell Helix dari sumber rasmi yang terjamin kualitinya, pembelian di gedung dalam talian ini adalah begitu menyenangkan kerana harganya adalah termasuk penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Para pemilik kereta yang meyakini Shell Helix untuk memenuhi keperluan pelinciran enjin kereta mereka juga pastinya berasa senang bila mengetahui bahawaShell Malaysia Official Online Store menawarkan nilai yang hebat bagi pakej-pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor.
Pakej lengkap tersebut dari harga serendah RM103, merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.
Sempena pelancaran ini, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017.
Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untukmengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untukkereta mereka.
Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman berkata, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.
“Ini adalah satu lagi inisiatif daripada Shell, hari ini kami berbangga kerana menjadi syarikat minyak dan gas yang pertama di Malaysia yang mempunyai kehadiran rasmi di platform e-dagang yang ternama seperti Lazada Malaysia.
“Inisiatif ini akan membantu mengembangkan pasaran dan meluaskan jangkauan kami serta melengkapi jaringan perniagaan sedia ada di negara ini, yang telah terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan bahawa syarikat tersebut begitu teruja dengan penyertaan Shell, sebuah jenama global yang terkemuka, di platform e-dagangnya yang ternama di Malaysia.
“Kerjasama ini adalah sesuatu yang amat baik untuk Lazada dan Shell kerana ia mengutamakan pelanggan di mana mereka kini mempunyai akses yang tiada bandingannya kepada pelbagai rangkaian produk rasmi Shell Helix menerusi platform kami.
“Jenama seperti Shell memperakui kepentingan strategik e-dagang di Asia Tenggara dan kami ingin bekerjasama dengan Shell dalam mengembangkan kehadirannya dalam talian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.
Dalam langkah besar untuk memperkasakan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas, Malaysian Industrial Skills Academy (MISA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SIRIM Academy dan SRC Global Resources.
Kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam melahirkan profesional dalam bidang Non-Destructive Testing – Radiography Testing (NDT-RT) dengan ekosistem latihan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kerjasama ini bukan sekadar memperkenalkan program latihan berpiawaian tinggi, malah turut memastikan graduan diberikan peluang penempatan kerja di syarikat-syarikat terkemuka dalam industri minyak dan gas.
Ketua Pegawai Eksekutif MISA, Siti Patimah Hussin, menegaskan bahawa bidang NDT-RT memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan rangkaian industri, terutama dalam menangani cabaran teknikal serta pembinaan infrastruktur baharu.
“Program latihan ini akan melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam sektor minyak dan gas. Secara tidak langsung, ia meningkatkan produktiviti serta daya saing tenaga kerja tempatan, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” jelas Siti Patimah.
Dengan sasaran melahirkan 200 graduan NDT-RT pada tahun ini, MISA menetapkan durasi latihan selama sebulan dengan kapasiti 20 pelajar bagi setiap sesi mengikut piawaian industri. Ini bertujuan memastikan kualiti latihan yang terbaik serta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap peserta.
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Academy, Nik Sazali Nik Hussin, turut menjelaskan bahawa program latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini terbuka kepada belia berusia antara 18 hingga 35 tahun, tidak kira sama ada mereka lepasan SPM atau pekerja yang ingin menambah kemahiran.
“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka yang baru ingin menceburi bidang ini, malah ia juga sesuai untuk pekerja sedia ada yang ingin meningkatkan kemahiran serta kelayakan mereka dalam industri,” katanya.
Pengarah SRC Global Resources, Dato’ Norhisham Mohd. Arifin pula mendedahkan bahawa pihaknya menyasarkan 3,000 penempatan pekerjaan dalam sektor minyak dan gas tahun ini.
“Industri ini memerlukan tenaga kerja mahir dalam jumlah besar kerana ia terus berkembang. Pelajar yang mengikuti program NDT-RT ini tidak perlu risau mengenai peluang pekerjaan kerana penempatan kerja akan disediakan melalui SRC,” ujarnya.
MISA juga mengambil satu langkah signifikan dengan memperkenalkan Pusat Latihan Teknikal MISA (MISA TTC) yang bertujuan menjadi pusat latihan bertaraf global.
MISA TTC menyediakan program kemahiran tinggi dalam sektor minyak dan gas serta teknologi dron, dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri moden.
Melalui kursus jangka pendek yang relevan, peluang mendapatkan lesen profesional, serta jaminan penempatan pekerjaan, MISA TTC menjadi platform utama dalam merapatkan jurang antara pendidikan teknikal dan dunia pekerjaan.
Ikon Pelaut MISA, Al Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai CEO Kapal, turut menekankan bahawa industri minyak dan gas menawarkan prospek masa depan yang cerah.
Dengan pengalaman selama 24 tahun dalam bidang perkapalan, beliau yakin bahawa tenaga mahir dalam sektor ini tidak hanya diperlukan di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Industri ini bukan sahaja stabil, malah menawarkan pendapatan yang lumayan. Bagi mereka yang ingin membina kerjaya yang menjanjikan, ini adalah peluang terbaik,” katanya.
Buat mereka yang berminat untuk menyertai program latihan NDT-RT atau kursus lain yang ditawarkan oleh MISA, maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi mereka di www.yegmy.com.
Dengan langkah ini, MISA terus mengorak langkah sebagai peneraju dalam pembangunan tenaga mahir tempatan demi masa depan industri minyak dan gas yang lebih cemerlang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.