Pertama sekali, orang-orang kita perlu fahamkan apa itu persembahan agama dan apa itu persembahan budaya.

Ini kerana walaupun sudah hampir menuju ke tahun 2020, masih ada individu yang gagal membezakan perkara ini dan memukulnya secara rata.

Rare! Tarian Singa Diiringi Majlis Perkahwinan Pasangan Melayu Di Sarawak
Gambar : Syafiq Avy

Misalnya, perayaan seperti Aidilfitri, Deepavali, Krimas dan Thaipussam adalah perayaan agama manakala Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai adalah perayaan budaya.

Uniknya Malaysia

Uniknya Malaysia adalah kerana kita memiliki kepelbagaian ini. Sudah Tuhan atur dan takdirkan komuniti kita hidup dalam keadaan yang aman, damai dan harmoni.

Malaysia mendapat kelebihan dari segi agama dan budaya kerana kita dapat melihat dan menghormatinya secara ‘real’ kerana ia wujud dalam negara kita.

Percampuran budaya

Rare! Tarian Singa Diiringi Majlis Perkahwinan Pasangan Melayu Di Sarawak
Gambar : Syafiq Avy

Baru-baru ini, tular video pasangan pengantin Melayu di Sarawak, Nursafarida Razali serta pasangannya Muhammad Afif Ahmad Bihar.

IKLAN

Dalam video itu, tarian singa dilakukan rumah Nursafarida dan kelihatan Muhammad Afif menunggu serta menyaksikan persembahan itu.

Kalau di negeri Johor, ‘aktiviti’ ini hampir menyerupai tol kerana pengantin lelaki akan berdepan dengan beberapa halangan sebelum dapat berjumpa pengantin perempuan.

Rare! Tarian Singa Diiringi Majlis Perkahwinan Pasangan Melayu Di Sarawak
Gambar : Syafiq Avy

Namun, ia bukanlah sesuatu yang menyusahkan atau dianggap leceh oleh segelintir pihak kerana tujuan asalnya adalah untuk memeriahkan majlis.

Meraikan perbezaan

IKLAN

Penulis pernah menetap di Sarawak selama empat tahun semasa  belajar dahulu. Apa yang penulis boleh kongsikan, percampuran budaya ini bukanlah sesuatu yang ganjil di sana.

Berdasarkan pengalaman sendiri, wujud situasi dalam sebuah rumah, ibu bapa rakan penulis masih beragama Kristian tetapi dia sudah memeluk Islam.

Namun hubungan kekeluargaan mereka, masih tetap utuh dan kalau di Semenanjung, permainan ‘rasis’ ada kalanya agak jelas dipamerkan.

Tetapi kalau di Sabah dan Sarawak, prinsip dan keharmonian 1Malaysia itu lebih lama wujud sebelum slogan berkenaan diperkenalkan bekas Perdana Menteri.

IKLAN
Rare! Tarian Singa Diiringi Majlis Perkahwinan Pasangan Melayu Di Sarawak
Gambar : Syafiq Avy

Jadi bercerita tentang majlis perkahwinan Nursafarida dan Muhammad Afif, keunikan ini adalah sesuatu yang diraikan masyarakat di sana.

Walaupun berbeza agama dan budaya, elemen hormat-menghormati itu tetap didahulukan untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Impi tarian singa sejak remaja

Rare! Tarian Singa Diiringi Majlis Perkahwinan Pasangan Melayu Di Sarawak
Gambar : Syafiq Avy

Kata Nursafarida yang berdarah Cina, mimpi jadi nyata apabila hajatnya sewaktu remaja yang mahu melihat tarian singa dalam majlis perkahwinannya berjaya direalisasikan.

Suaminya, Muhammad Afif juga tidak kisah tentang perkara itu dan majlis perkahwinan itu bukan sahaja dihadiri rakan-rakan Melayu malah turut dihadiri ahli keluarga berbangsa Cina.

Kena pula dengan Tahun Baharu Cina yang akan berlangsung tidak lama lagi, memang ‘ngam’!

Sepanjang musim cuti dan banyak majlis perkahwinan yang telah anda hadiri, ada tak anda jumpa majlis kahwin yang sama rare seperti ini? Kongsikan bersama kami.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI